Sesungguhnya apabila
ALLAH mencintai hambaNya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati yang bersih. Ketika ALLAH mencintai seorang
hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat
dia mengenali tanda kecintaanNya. Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati
manusia, antaranya :
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Dia Menjadi Begitu Berminat Dengan Ibadah
Adakalanya sesetengah orang yang berusaha sekuat-kuatnya untuk
beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya
hanya satu iaitu mencintai ALLAH. Tapi ibadahnya seolah-olah kosong
tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju &
mundur, turun dan naik akhirnya tenggelam dipukul arus
dunia.
Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan
bahawa saat itu ALLAH mencintai dirinya. Pernahkah kita menikmati sujud
yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah ALLAH
mengisytiharkan nama kita sebagai orang yang dicintaiNya?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Jika ALLAH
mencintai seorang hamba maka ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya
Aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)
Maka orang yang yakin bahawa ALLAH mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak?
Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah ALLAH juga.
Bukan kerana kehebatan atau kewarakan, melainkan ALLAH yang menunjuknya ke
jalan taqwa. Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai ALLAH iaitu
cinta ALLAH kepada hambaNya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan.
Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau
anak
& isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat
keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta ALLAH kekal tidak
pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila
Maksiat Membuat Dia Bangkit Mendekati Allah.
Adakalanya
dosa
boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa
kepada keinsafan, taubat & istighfar. Kemudian seseorang bangkit
mengejar ALLAH, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara
maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa dari rahmat ALLAH. Ia
sentiasa mengingati janji ALLAH Yang Maha Pengampun.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Katakanlah : Wahai
hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu
berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni
semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan
kembalilah kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi.” (Surah Al-Zumar , Ayat 53-54)
Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi
mendengar rintihannya, terputus tali langit dihatinya,tertolak segala
doanya dan terusir dia daripada pandangan ALLAH.
Rasulullah SAW bersabda bermakud : “Demi Tuhan yang
diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya
ALLAH akan mematikan kamu. Kemudia ALLAH akan mendatangkan satu kaum
yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada ALLAH lantas
ALLAH mengampuni mereka. ” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan
tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu di intip hingga ia
pulang kembali ke sisiNya. Saat ALLAH mencintai seseorang, tempat
pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.
Disitulah ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan
akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk
berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik : “
Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku”
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang mafhumnya :
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan
masing-masing dan keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Surah
Al-Anbiya’ : 33)
Tanda Allah Mencintai Seseorang Hamba Ialah Apabila Di Lapangkan Dadanya Menerima Ilmu Menjadi Petunjuk Ke Jalan Yang Benar.
Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam
lautan dosa. Bahkan di kirim ke atas hati manusia petunjuk hidayahNya
supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.
Baginda SAW bersabda bermaksud : “Apabila Allah mencintai
seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Wallahu’alam…………..
Sumber : Ustaz Penang