Assalamualaikum .
Hari ini Hafiz ingin berbicara tentang cinta ..
Apa ada denga cinta Jom Baca :D Adakah kerana Allah Atau Nafsu.....
kerana Allah atau kerana nafsu??? tepuk dada tanya hati… kalau boleh biarlah cinta kita itu kerana Allah. kenapa?? sebab apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat la untuk cinta Allah di hati kita ini…oleh itu banyak2 kan la berdoa supaya cintaNya sentiasa mekar dihati kita ini..
Ya Allah kurniakanlah cintaMu dan juga cinta orang yang mencintaiMu dan jadikan lah cinta terhadap Engkau melebihi dari segala yang kucintai..
Jika kita cinta kepada manusia, cinta kita mestilah yang boleh menghampirkan diri kepada Allah bukan menjauhi kita dariNya. dengan ini kita kena la pastikan apakah cinta kita itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta kita itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta kita itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta kita itu didorong oleh nafsu.
tapi kita tak boleh nak jangka jugak.. kadang2 cinta tu datang tanpa kita minta pon..macam “cinta pandang pertama” yang sememangnya datang tanpa diundang dan boleh menganggu minda dan imaginasi.
kalau jadi macam ni kita digalakkan buat solat sunat istikharah dan berdoa..
Ya Allah,, aku suka pada orang ini.. jika dia adalah pilihan tepat untuk aku dunia akhirat maka pertemukanlah jodoh kami.. jadikanlah dia isteriku(atau suami) tetapi jika sebaliknya maka elakkanlah ia..
jika kita cintakan seseorang,,, minta la kepada yang menciptakannya iaitu Allah S.W.T kerana orang yang kita cintai itu juga makhluk Allah. Allah yang berhak menjadikan makhluknya sama ada suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini,,, terus direct kepada empunya diri…pape pon pikir2kan la ye..
kita hanya merancang,, Allah S.W.T yang menentukan segala2nya…
ermm... good inform :) well, biarlah zahirkan rasa cinta kpd seseorg itu kerana Allah secara total... insyaAllah :)
ReplyDelete