Pages

May 25, 2013

Cerpen : Mencari Sebuah Cinta

Bab 1 - Mengapa  ?             




Fakri, seorang pelajar Sains Tulen di sebuah sekolah diutara semenanjung , Fakri seorang pelajar pintar yang kini berada ditingkatan 4 , sewaktu PMR yang lepas Fakri memperoleh keputusan 8A yang membuatkan Fakri diCop pelajar pilihan oleh guru-guru disekolahnya . Fakri mempunyai rupa paras yang agak kacak , berkaca mata yang menyebabkan ramai gadis disekolahnya tertarik untuk berkawan , tetapi dapatkah Fakri Mencari Sebuah Cinta yang suci tulus dari Ilahi .Perjalanan pulang dari sekolah Fakri terserempak dengan Aina , seorang rakannya di kelasnya , Aina pelajar yang diam , wajahnya , ilmunya dan hatinya membuat Fakri tertarik dengan Aina , persoalannya adakah Aina akan tahu rahsia hati ini . Di Saat dia memerhati Aina datang Fiqah dari belakang menyapa dengan Gedik Fakri , "Hai Fakri , sorang je ke . Nak ngorat boleh ? " Fakri dengan senyuman menjawab " Maaflah saya ada kerja nak kena balik awal , bye " Fakri terus beredah dari situ . Setibanya dirumah , Fakri menenagkan fikiran , solat dan berdoa , Fakri pelik mengapa dirinya dicampakkan oleh Allah rasa takut apabila berhadapan dengan Aina . Fakri cuba lupakan Aina kerana khuatir mengganggu fokus belajarnya .

             Keesokan harinya , Fakri mendiamkan diri , mencari kawasan sunyi untuk bersendirian sehingga keadaan pelik itu mengkuatirkan sahabatnya Aiman , Aiman menyapa dan menanyakan Fakri "Fakri kau nape? aku tengok macam ada problem je , cer kongsi dengan aku " . Fakri hanya senyum sahaja . "Aku ok , tak ada apa-apa , cuma aku takut sebab exam Pertengahan tahun dah dekat itu saja ." Dengan senyuman itu meyakinkan Aiman bahawa Fakri tiada masalah . "KRINGGGGG" Locong rehat berbunyi , kawan-kawan Fakri yang lain sudah turun , Fakri menunggu semua rakannya turun kemudian dia terus berada di dalam kelas . Kamal musuh utama Fakri yang dengki akan kecemerlangan Fakri melihat Fakri didalam kelas membuatkan Kamal mengatur langkah untuk mengenakan Fakri , Kamal menunggu sehingga Fakri beredar , selepas Fakri turun ke Kantin , Kamal masuk keKelas dan menyelongkar beg Aina dan mengambil Wang kelas yang dipegang oleh Aina dan meletakkan didalam beg Fakri ."KRINGGGGG"  locong berbunyi menandakan waktu rehat tamat , suasana naik keKelas bertambah kecoh dengan tangisan Aina . Setelah mendapat penerangan dari Aina , Badan Pengawas sekolah mengadakan pemerikasaan mengejut kepada semua orang di dalam kelasnya .

            Kamal dari belakang hanya tersengih apabila pengawas memulakan pemeriksaan . Sampai kepada geliran Fakri diperiksa , mereka terkejut kerana wang yang hilang itu ada didalam beg Fakri , Fakri mengaku tidak bersalah , beliau dihadapkan keMahkamah sekolah dan gagal membela diri dan menyebabkan Fakri dihukum , hukuman Fakri tidak terlalu berat hanya sebatan 2 rotan di tangan , tetapi agak memalukan kerana hukuman itu dilakukan dihadapan semua guru dan murid ketika waktu perhimpunan . Selepas itu dihari berikutnya , Fakri disihkan dan digelar Pencuri oleh rakan sekolahnya kecuali Aiman . Pulangnya Fakri kerumah dengan tangannya yang bengkak , disorokan dari pengatahuan ibunya . Fakri berlari ke Surau didalam rumahnya , mengambil wudu' dan solat zohor , selepas solat zohor beliau berdoa , selesai berdoa , dia berasa hairan MENGAPA ini semua terjadi , mengapa dia dituduh mencuri wang AINA ? mengapa Aina . Persoalan itu tidak dapat dijawabnya . Fakri tertidur sehingga waktu Asar.


BAB 2 - Bantu agama ALLAH bantu KAMU

           Fakri terjaga dari lena di atas tikar sejadah selepas terdengar azan Asar dari masjid kedengaran , pantas Fakri mengambil wuduk , dan menaiki motosikal keMasjid , dalam perjalanan pergi Fakri terserempak dengan Aina. Fakri malu kerana dia didapati bersalah mencuri wang kelas dari Aina ,walaupun sebenarnya bukan Fakri yang lakukan . Tiba-tiba Fakri terkejut . "Eh kenapa Aina lagi ?  YaAllah  mengapa " . Setibanya Fakri di Masjid Fakri segera masuk menunaikan solat berjemaah ini kerana Fakri sudah lewat untuk solat bersama. Selepas selesai , Fakri terus pulang ke Rumah , Fakri memikirkan kembali mengapakah Aina ? . " Disekolah Aina, Balik sekolah Aina , sampai nak ke Masjidpun Aina . YaAllah kenapa kau uji aku seperti ini ." Hati fakri merungut. Fakri abaikan apa yang orang hendak kata biarkanlah. Mulai saat ini Fakri berjanji akan sentiasa bersama Agama Allah. Dalam keheningan petang , sebelum masuknya Maghrib , awal-awal lagi Fakri bersiap mahu ke Masjid , biasalah masjid baharu , masih tidak sistematik pengurusannya. Fakri datang awal dan menghampar tikar sejadah membuka kipas dan pendingin hawa bagi keselesaan Jemaah lain . Pengerusi masjid melihat Fakri rajin membantu Rumah Allah ini , selepas solat maghrib , ada sesi kuliah Maghrib bersama Ustaz Azhar , guru disekolah Fakri , selesai solat Isyak Fakri mengambil keputusan untuk menanyakan adakah semua yang dialami dirinya ini satu MUSIBAH? Dikejar ustaz Azhar. " USTAZ , USTAZ ! ". "Ya saya , oh kamu Fakri kenapa? " . Fakri mula bercerita . selepas itu Fakri mendapat semangat baru selepas berbual dengan Ustaz Azhar.

Setahun kemudian , semasa menjawab soalan SPM , Fakri merasa tenang , dan menjawab dengan baik disamping diBantu oleh Allah . Ketika didalam dewan peperiksaan , kedudukan Fakri bersebelahan dengan meja Aina . Selesai menjawab kertas terakhir , Fakri mengambil keputusan untuk belajar Ilmu Allah . Dari belakang Aiman , rakan karibnya menyapa. " Fakri macam mana exam ok tak ? " . "Ok sahaja " jawab Fakri sambil senyum . Aiman mula mengatur satu soalan . " Fakri aku nak tanya satu soalan , dah lama aku nak tanya BETULKAH kau suka kan Aina ? " . Fakri terkejut. "Mana kau tahu nie , ya Aku memang sukakannya jaga kau bagi tahu orang lain pula. " . "Patutlah , sebenarnya aku ada rahsia , dah lama Aina bagi tahu aku , tapi aku lupa nak bagi tau dekat kau . " . Semakin hari semakin rapat . Berkat Fakri suka membantu agama Allah ketika di Masjid , mengimarahkan rumah Allah , kini Allah menghadiahkan Isteri pilihan hatinya Aina .

#Moral- Jodoh Itu Rahsia Allah , Jauh Lari jika jodoh tetap Jodoh
#Moral - Bantu agama Allah Allah bantu kamu

KARYA : hafizAhyat

0 Orang Kata:

Post a Comment