HarianMetro - 25/5/2013
Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa
lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam
tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi
semalam.
Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu
menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai
kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.
Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.
MANGSA bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya.
Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.
0 Orang Kata:
Post a Comment