Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Sep 22, 2013
Sep 9, 2013
Rakaman Kuliah Maghrib : 4 Takbir Kematian - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif
Rakaman Ceramah Perdana : 4 Takbir oleh Ustaz Tarmizi Shamsul Arif di
Masjid Jamek Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 31hb Ogos
2013.
~ Bilal tikam ekor
~ Peraturan buat tahlil mesti pizza hut
~ Orang 3 suku sambut Merdeka
~ Mengaji dalam hutan
~ Hukum Allah
~ Tilawah Quran vs Maharaja Lawak
~ Syarat sah syahadahhttp://www.blogger.com/blogger.g?blogID=9090541271135881381#editor/target=post;postID=8571214752590294746
Kredit : KOsuKE
*Untuk update terkini sila like Facebook Page kami : https://www.facebook.com/teamkosuke atau https://www.facebook.com/zonkuliah
dan Group Facebook : https://www.facebook.com/groups/zonkita/
Twitter : @zonkitaorg (http://twitter.com/zonkitaorg)
Sekiranya ada sebarang persoalan agama yang ingin ditanyakan kepada mana-mana ustaz, sila kemukakan soalan di FB page Ubat Apa Tok Wi? (https://www.facebook.com/tanyatokwi), insyaAllah kami akan postkan video jawapan di channel kami **

Aug 31, 2013
Merdeka?
Assalamualaikum ,
Tajuk post ini berkisar dengan apa yang berlaku pada tarikh ini 56 tahun yang lepas . Merdeka? Walaupun Post dihujung waktu :P -Abaikan
Kita sering kali mengucap merdeka-Merdeka-Merdeka tapi kita lupa yang kita masih dijajah. Dijajah oleh pengaruh Barat . Dihidangkan dengan Konsert AMBANG MERDEKA? . Menagapa semua ini berlaku ? Mengapa masjid masih KOSONG sepi tanpa jemaah sedangkan kita sudah merdeka ? Mungkin ramai yang akan kata pada Hafiz " SyukurlahMalaysiaDahMerdeka" "Malaysia Aman ja , yang kau nak Protes Kenapa ? " . Hafiz tahu Malaysia merdeka tapi ROHANI kita belum merdeka . Memang Hafiz pelajar sekolah , tapi Hafiz terfikir macam mana masa depan Hafiz dan Keluarga Islam Hafiz jika MALAYSIA masih mendedahkan Rakyatnya dengan Konsert Hiburan Maksiat . Hafiz tak hairan jika Peratus Anak Tak sah Taraf Meningkat dari Tahun ke tahun kerana Masih ada pihak yang menaja Konsert2 ini untuk hidangan Anak Muda.
Bagi Hafiz Anak muda Wajib didahkan dengan Pengisian Ilmu Agama , ini tidak , masakan mendedahkan aurat menjadi perkara biasa ? Ingat Hafiz kepada sepotong Hadis:

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
Tapi Hafiz tengok dekat taman hafiz sendiri , Dedah aurat .. Naik Moto lepas balik sekolah Rambut terbang , kalau cantik tak apa juga , ini tak :P heheh Jujur Hafiz cakap . Hafiz rasa cara terbaik memaksa mereka menutup aurat adalah dengan mengenakan Undang2 ketat . Kalau tidak Allah akan hantar BALA? sapa suka . Ingat Tsunami 2004 di ACEH ? sehingga kita Malaysia terima Tempiasnya? . Bala Allah tak kenal sesiapa . Kalau kita Hafal Al-Quran 30 Juzuk , solat tak tinggal sekalipun jika Bala Allah datang , Kenapa pada semua Orang. Rahmat Allah itu Penting :D
Aug 20, 2013
KMMI : Ustaz Hanif Haron -Masjid Taman Guar Perahu-
Kuliah Maghrib Malam Ini ( KMMI) - Perkongsian Sekadar Rakaman .
Rakaman Kuliah Pilihan :D -
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq , Taman Guar Perahu
Kuliah Maghrib
9 Januari 2013
Nama sebenar penceramah ialah mohamad hanif bin haron. dilahirkan pada 22/9/86. beliau merupakan anak kelahiran negeri pulau pinang adalah berkelulusan dalam bidang usuluddin (hadith) universiti al-azhar kaherah mesir. semasa di mesir beliau sentiasa memberi tumpuan untuk menuntut ilmu secara formal di kuliah dan juga secara tidak formal di luar kuliah dengan bertalaqqi bersama ulamak-ulamak di masjid al azhar dan tempat-tempat pengajian yang lain.
Turut dibanggakan juga bahawa beliau adalah salah seorang anak melayu yang dijemput sebagai tenaga pengajar di masjid al azhar ash sharif. kitab yang diajar oleh beliau ialah subjek mustolah hadith iaitu kitab matan baiquniah. beliau banyak menyumbang kepada mahasiswa/wi ketika dijemput untuk menjadi tenaga pengajar bagi kelas-kelas pengajian sepertoi tafaqquh fid din, kelas tutorial, diskusi kitab, pembentangan kertas kerja ilmiah dan banyak lagi.
Beliau juga aktif terlibat dalam persatuan induk pelajar-pelajar mesir iaitu persekutuan melayu republik arab mesir (pmram). antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah :
1-ketua biro dakwah badan kebajikan pelajar pulau pinang mesir (bkpppm) sesi 2006
2-yang dipertua bkpppm sesi 2007/2010
3-ketua badan penasihat bkkpppm sesi 2010
4-pengerusi biro manhal (markaz pengumpulan kajian & hasil penyelidikan) pmram sejak awal 23/8/2010 hingga 22/4/2012

Aug 11, 2013
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid 210112 - Masjid Al-Islah Permatang Tok Mahat
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Kuliah Subuh 21 Januari 2012
Masjid Al-Islah Permatang Tok Mahat Nibong Tebal
Jul 10, 2013
Ramadan Yang Dinanti : Fadhilah Sahur
Assalamualaikum , Ramadan yang dinanti kini tiba lagi .. Kini dengan satu seri baharu :D
Ramadan kali ini lebih baik dari tahun0tahun lepas InsyaAllah.
Ramadan kali ini lebih baik dari tahun0tahun lepas InsyaAllah.
FADHILAH SAHUR
Assalamu’alaikum Wr Wb
Bapak Ustadz, mohon disebutkan
tentang fadhilah makan sahur. Karena keluarga saya paling susah diajak makan
sahur. Semoga dengan adanya penjelasan pak ustadz membuat mereka tidak malas
lagi. Hamidah
– Kaltim.
Jawaban :
Pengertian Sahur
Sahur berasal dari kata sahar,
yang artinya akhir malam,
atau waktu menjelang subuh. Lawan
katanya ialah ashil, akhir siang. Adapun secara istilah Sahur adalah
segala sesuatu yang dikonsumsi pada waktu sahur, baik itu
berupa makanan, susu, tepung (dan sebagainya).[1]
Rasulullah
Saw memerintahkan agar orang yang berpuasa tidak meninggalkan sahur
Banyak
riwayat dari hadits nabawi yang menyebutkan bahwa Nabi Saw sangat menganjurkan
umatnya untuk makan sahur ketika mengerjakan puasa, diantaranya adalah :
Rasulullah
Saw bersabda, “Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan
sesuatu.” (HR. Ibn Abi Syaibah, Abu Ya’la dan al-Bazzar)
Dalam
riwayat lain, beliau juga bersabda, “Makan sahurlah kalian karena dalam
sahur ada barakah.” (HR. Bukhâri dan Muslim)
Beliau juga bersabda, “Sahurlah
kalian walaupun dengan seteguk air.” (HR. Abu
Ya’la)
Hukum
Makan Sahur
Ulama bersepakat bahwa hukum makan
sahur bagi orang yang akan berpuasa adalah sunnah bukan wajib. Tidak ada
perbedaan pendapat mengenai hal ini. Imam Ibnul Mundzir berkata dalam Al-Isyraf,
“Umat islam telah ijma’ bahwa sahur itu dianjurkan lagi disunnahkan,
tidak ada dosa bagi yang meninggalkannya.”
Ibnu Qudamah rahimahullah juga berkata tentang hukum sunnah bagi
sahur, “Kami tidak mengetahui adanya perbedaan pendapat di kalangan ulama dalam
masalah ini.”[2]
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata : “Para ulama
telah bersepakat tentang sunnahnya makan sahur dan bukan suatu kewajiban.”[3]
Demikian pula al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah menukilkan dalam kitab beliau mengenai
ijma’ ulama atas kesunnahan makan sahur.[4]
iiyyuy
Fadhilah makan sahur
1.
Sahur mengandung berkah
Dari Sulaiman ra, Rasulullah
Saw : “Keberkahan terdapat dalam tiga : Dalam
kebersamaan (jama’ah), dalam berbuka dan dalam makan sahur.” (As
Shaghir)
Beliau
juga bersabda, “Makan sahurlah kalian karena dalam sahur ada barakah.” (HR.
Bukhâri dan Muslim)
Dari Abu
Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya
Allah menjadikan keberkahan dalam sahur dan literan.” (HR. Bukhari)
Makan sahur
itu mengandung keberkahan, disebabkan karena ia adalah sunnah Rasulullah Saw
yang mulia. Diantara keberkahannya akan menguatkan orang yang puasa, menambah
semangat orang untuk terus berpuasa dan amal shalih lainnya, mencegah akhlak
yang buruk yang timbul karena pengaruh lapar dan sebagainya.[5]
2.
Allah dan para malaikatnya bershalawat pada orang yang makan sahur
Mungkin, karunia
terbesar dari sahur adalah ketika Allah ta’ala bershalawat kepada orang-orang
yang bersahur. Begitu pula malaikat-Nya memohon ampunan untuk mereka,
memintakan limpahan karunia-Nya, supaya mereka dibebaskan Ar-Rahman dari api
neraka dalam bulan Al-Qur’an itu.
Hal ini
sebagaimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadits, dari Abu Sa’id
Al-Khudari ra. katanya, Rasulullah bersabda Saw : “Makan sahur seluruhnya berkah, janganlah kalian
meninggalkannya meskipun hanya minum seteguk air, karena Allah dan para
Malaikat-Nya beshalawat kepada orang-orang yang bersahur”[6]
3.
Menyelisihi puasa ahli kitab
Disebutkan
dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari ‘Amr bin Al-‘Ash ra,
sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda : “Yang
membedakan antara puasa kami (orang-orang muslim) dengan puasa ahli kitab
adalah makan sahur.” (HR. Muslim)
Al-Imam Sarafuddin
Ath-Thiibi rahimahullah
berkata: “Sahur adalah pembeda antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab,
karena Allah SWT
telah membolehkan kita sesuatu yang Allah haramkan bagi mereka, dan
penyelisihan kita terhadap ahli kitab dalam masalah ini merupakan nikmat yang
harus disyukuri.”[7]
Demikian sekelumit penjelasan kami
tentang fadhilah (keutamaan) bersahur,Semoga bermanfaat. Wallahu a’lam.
Jun 10, 2013
Permulaan Persekolahan .
Assalamualaikum,
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani,
Rasulullah saw bersabda,
"Apabila melewati taman syurga, hendaklah
engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya,
"Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis
ilmu."
Alhamdulillah , ana sudah kembali ke Taman Syurga . Taman Syurga itu majlis ilmu , Sekolah Majlis Ilmu .. Alhamdulillah , Alhamdulillah.
Jun 9, 2013
Cuti Sudah Habis Bro .
Assalamualaikum , sedar atau tidak , Cuti penggal pertama sudah Habis ..... YaAllah cepatnya masa berlalu . CEPATnya MASA ?. ingatkan Hafiz dengan :
Diriwayatkan juga dalam Musnad Ahmad (10560), dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallau 'alaihi wa sallam bersabda:
لا تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، فَتَكُونَ السَّنَةُ
كَالشَّهْرِ ، وَيَكُونَ الشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونَ الْجُمُعَةُ
كَالْيَوْمِ ، وَيَكُونَ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ ، وَتَكُونَ السَّاعَةُ
كَاحْتِرَاقِ السَّعَفَةِ
“Tidak akan datang kiamat sehingga
waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti
sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam
terasa hanya sekejap.” (Imam Ibnu Katsir mengatakan: isnadnya
sesuai syarat Muslim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih
al-Jaami’ no. 7422)
Kedua hadits ini menunjukkan bahwa di
antara tanda-tanda dekatnya kiamat adalah berdekatannya zaman (waktu
semakin singkat dan cepat).
Mengenai makna semakin berdekatannya
zaman ini, para ulama berbeza pendapat. Di antara makna yang paling kuat
adalah bahwa berdekatannya zaman boleh jadi berdekatan secara Hissi (inderawi) dan boleh jadi berdekatannya adalah secara Ma’nawi (non inderawi).
Berdekatan waktu secara Ma'nawi
adalah dengan hilangnya barakah pada waktu/zaman tersebut. Ini sudah
terjadi sejak beberapa tahun yang lalu. Sehingga Ibnul Hajar rahimahullah mengatakan, "Hal ini telah kita jumpai pada masa sebelumnya.”
Pendapat ini adalah yang dipilih oleh Imam al-Qadhi ‘Iyaad, Imam Nawawi, dan al-Hafidz Ibnul Hajar rahimahumullah.
(Periksa: Ma’alim al-Sunan oleh al-Mundziri: 6/141-142, Jami’ al-Ushul
oleh Ibnul Atsir: 10/409, dan Fathul Baari: 13/16 –dinukil dari Asyraath
al-Sa’ah, Yusuf al-Wabil: 142)
YaAllah adakah ini tanda Kiamat ? Tiada Berakah(berkat) dalam hari-hari yang terasa laju itu .. Selama Dua minggu Hafiz cuti , Hafiz rasa Hafiz makin jauh dari Allah ..
#YaAllahAmpunKanAku
Jun 6, 2013
Agama: Isra’ dan Mi’raj – Ibrah sepanjang hayat menuju kejayaan dunia akhirat

Sempurna penjagaan solat, membawa kejayaan dunia dan akhirat
Akal manusia bisa berfungsi untuk menilai fitrah sesuatu perkara sama
ada baik atau buruk. Ia juga boleh mencapai tahap berfikir tentang
kebesaran dan nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan dalam hambanya. Sebab
itu, kita lihat dalam al-Quran banyak peristiwa Allah bertanya kepada
manusia tidakkah melihat atau meneliti suatu perkara yang telah terjadi
atau dikurniakan kepada kamu?Pun begitu, sifat insani tidak dapat lari dari kekurangan. Seorang manusia boleh menguasai kebanyakan bidang pengajian tetapi mustahil untuk kuasai kesemuanya sekali. Jika begitu akal manusia yang cetek bagaimana mungkin dia mengingkari suatu perkara yang wujud tetapi tidak tercapai akalnya sedangkan dia tahu bahawa perbatasan dalam penggunaan akal?
Isra’ dan mi’raj antara satu peristiwa yang tidak mampu seorang manusia menggunakan logic akal untuk mengekspresiasi kejadian tersebut. Namun, akal yang sihat yang terpandu dengan penggunaan dalil agama yang sihat membawa akal manusia membenarkannya. Sebagai contoh dalam bentuk analogi:
Seekor semut yang berada di dalam poket tuannya yang kini berada di Malaysia. Tuannya itu menaiki kapal terbang ke suatu tempat yang agak jauh dan pulang semula pada hari yang sama setelah selesai tugasannya di sana. Setelah pulang semut itu bercerita kepada kawan-kawannya bahawa dia telah pergi ke suatu tempat yang jauh dan telah selamat pulang.
Allah adalah sebaik-baik contoh. Jika kita fikir tidakkah peristiwa ini janggal bagi kumpulan semut yang mendengar? Tetapi bukankah ia benar-benar berlaku? Peristiwa isra’ dan mi’raj juga begitu. Ia benar berlaku kerana Allah sebagai tuan kepada Rasulullah s.a.w dan sekalian alam yang menjemput baginda untuk bertemu-Nya. Bahkan maha suci Allah dari sama dari sesuatu bahkan Allah bisa melakukannya tanpa sebarang alasan dan logic.
Namun sebagai orang yang beriman, kita diwajibkan untuk percaya kerana peristiwa ini disebutkan dalam al-Quran dan hadis. Justeru itu, peristiwa ini secara tidak langsung menjadi ujian bagi mereka yang mempunyai iman yang meragukan.
Seputar Isra’ dan Mi’raj
Secara ringkas pengertian isra’ dari segi bahasa perjalanan pada sebahagian malam dari segi istilahnya sebuah perjalanan Nabi s.a.w yang bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di al-Quds manakala mi’raj adalah tingkatan atau tangga membelah lapisan langit hingga sampai ke Sidaratul Muntaha seterusnya Bait Al-Ma’mur untuk berjumpa Allah s.w.t dengan menaiki binatang yang bernama Buraq.
Berkisar tentang penetapan tarikh peristiwa ini berlaku terdapat 17 pendapat berbeza para ulama’ tentangnya. Yang masyhur adalah dalam bulan rejab. Cuma sebagai penanda, ia berlaku selepas baginda diutuskan dan setelah kewafatan isteri baginda yang pertama iaitu Saidatina Khadijah. Adapun perkara yang lebih penting untuk diteliti adalah ibrah yang menjadi teladan sepanjang hayat yakni solat.
Hal ini kerana orang yang berusaha menjaga solat dengan baik sebenarnya dia sedang menjaga kehidupannya dengan baik. Setiap perkara dalam kehidupan berkait dengan solat.
Sebelum solat selain daripada rukun yang perlu dilunaskan seperti wuduk, perkara-perkara kemaksiatan juga perlu dijaga untuk mendapat kekhusyukan seperti pandangan mata, fikiran positif dari kekusutan dan sebagainya.
Semasa solat, kita diajar berdisplin dengan cuba ikut arahan Allah dalam pergerakan dan bacaan di samping mengajar kita untuk hanya bergantung kepada-Nya.
Selepas solat pula, solat yang sempurna sepatutnya memberi kesan kepada jiwa dengan mendidik sifat rendah diri selain berasa malu untuk membuat maksiat seperti mendedahkan aurat, mencarut kerana manusia itu sebenarnya hanya hamba yang mempunyai Tuan yang perlu dipatuhi bukan pada waktu tertentu.
Di samping itu, isra’ dan mi’raj sebenarnya ubat duka seorang manusia iaitu baginda s.a.w oleh Allah taala setelah peristiwa kematian bapa saudaranya Abu Talib yang kuat mendokong usaha dakwah baginda meskit tidak memeluk islam, serta wafatnya isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah.
Setelah itu, usaha dakwah baginda kian terasa kepahitannya. Quraisy lebih berani hingga sampai tahap menyakiti batang tubuh baginda seperti peristiwa dilemparkan sisa najis kepada baginda ketika solat juga peristiwa baginda dilontar dengan batu hingga darah berlemuran ketika di Thaif.
Ya! Tabiat dakwah sememangnya demikian. Pahit lelah tiada kerehatan. Darah merah bertaburan. Kita mungkin belum sampai ke tahap sedemikan. Namun, Allah meminta daripada manusia untuk dikorbankan jiwa mereka dan hartanya-hartanya dan digantikan dengan nikmat yang besar iaitu mendiami syurga-Nya maka segala kudrat yang terdaya sepatutnya ada dalam jiwa kita cita-cita membantu agama-Nya.
Perjalanan seorang hamba bukan sekadar rohnya
Ulama’ berbeza pendapat tentang adakah baginda s.a.w diperjalankan dalam keadaan roh sahaja atau roh dan jasadnya sekali. Ada yang mengambil pendapat pertama ada yang kedua. Ada juga berkecuali dengan meletakkan antara isra’ dan mi’raj salah satunya adalah dengan jasad dan roh. Adapun yang paling dekat berdasarkan dalil adalah keduanya sekali iaitu jasad dan roh. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا
حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴿١﴾
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di
Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah
jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Penafsiran ayat ini bagi mengukuhkan hujah baginda diperjalankan dengan keduanya adalah perkataan tasbih (سُبْحَانَ) merupakan perkataan yang agung dan semesetinya digunakan dalam peristiwa yang agung. Jika peristiwa ini berlaku hanya dengan roh maka ia bukan merujuk pada peristiwa yang besar kerana ia ibarat seperti bermimpi. Namun, peristiwa ini antara peristiwa yang agung di sisi umat islam.
Tambahan pula, Allah juga menggunakan istilah hamba (عَبْد) yang merujuk kepada seorang manusia yang mana bersatunya roh dan jasadnya. Hal ini kerana, jika ia hanya berlaku ketika tidur atau sekadar roh sahaja sudah tentu Allah menggunakan istilah “dengan roh hambanya” yang memisahkan asal erti kata hamba yang merangkumi dua aspek tersebut.
Catatan Khusus berkenaan peristiwa sepanjang isra’ dan mi’raj
ISRA’
1. Pembelahan dada (kepentingan bersuci)
Ibn Hajar menyebutkan pembelahan dada berlaku sebanyak tiga kali. Pertama ketika baginda masih kecil di kampung bani Sa’ad sebagai penjagaan daripada gangguan syaitan. Keduanya ketika baginda diutuskan menjadi rasul sebagai pemuliaan dan penyediaan kepada baginda menerima wahyu dengan hati yang bersih. Ketiga isra’ hal ini berlaku ketika hendak bermunajat kepada Allah.
Hikmah kepada pembasuhan anggota sebanyak tiga kali adalah untuk mencapai kepada tahap kesempurnaan. Hal ini berlaku sebagaimana pada syariah baginda s.a.w dalam bersuci. Hikmah ini adalah yang paling agung kerana cara menyucikan itu digunakan air zam-zam yang diisi dalam bakul yang diperbuat daripada emas dan mengandungi iman dan hikmah seperti lafaz hadis dari Bukhari yang menunjukkan keagungannya.
2. Memilih susu berbanding arak (Islam agama fitrah)
Berlaku perbezaan pendapat disini dalam menentukan ketikamana baginda diberi minuman tersebut. Kata Ibn Kathir bermungkinan diberi dua kali pertama kali sebelum baginda di mi’rajkan dan kedua kali selepas baginda sampai ke sidaratul muntaha yang mana baginda melihat empat batang anak sungai yang dua antaranya adalah sungai Nil dan sungai Furat dan dua lagi disembunyikan dari pandangan baginda. Yang masyhur adalah sekali iaitu kondisi yang pertama.
Apapun ibrah yang lebih utama daripada peristiwa ini adalah islam itu adalah agama fitrah kerana Rasul s.a.w memilih susu merujuk kepada simbolik fitrah. Kata ibn Hajar susu itu dikaitkan dengan fitrah adalah ia merupakan minuman pertama manusia setelah dilahirkan. Namun, yang lebih utama apabila disebutkan agama itu adalah fitrah iaitu tidak mungkin tangga langit tersusun indah, pintu-pintunya dibuka ketika peristiwa mi’raj jika ia diselaputi penyakit yang membarah.
Ia memberi gambaran kepada manusia untuk melaksanakan sesuatu ibadah dengan sebaiknya kerana dewasa kini ramai dalam kalangan manusia beribadah namun hanya bertopengkan kerosakan bukan fitrah. Ia terselindung disebalik kecantikan luaran amal padahal hakikatnya ia tidak lebih dari berpura-pura. Dengan sebab itu, kita melihat segala permintaan sukar untuk dikabulkan kerana terdapat penghadang amal itu sampai kepada Allah s.w.t.
MI’RAJ
Langit pertama (menjauhi setiap jenis dosa-dosa)
Bertemu dengan nabi Adam a.s. Antara hikmah yang tersembunyi adalah baginda merupakan nabi yang pertama dan bapa seluruh manusia. Justeru, diperlihatkan baginda. Di samping itu, perkaitan kepada umat seterusnya adalah sebagai peringatan kepada manusia tentang hukuman Allah kepada baginda yang terkeluar dari syurga dan baginda merinduinya semula yang membawa erti manusia juga tidak terlepas dari hukuman sekiranya membuat perkara larangan juga disamakan kisah hijrah Rasulullah ke Madinah hingga merindui pulang Mekkah.
Antara perkara lain yang disebutkan adalah baginda ditunjukkan hadiah khas buat baginda iaitu telaga kauthar dan juga diperlihatkan dua kelompok dari arah kiri dan kanan baginda. Sebelah kanan tersenyum gembira kerana merekalah ahli syurga berlainan sebelah kiri menangis kerana mereka adalah ahli neraka.
Disebutkan dalam hadis yang diriwayat oleh al-baihaqi bahawa baginda melihat beberapa bentuk seksaan terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan di dunia. Walaubagaimanapun ibn Kathir menyifatkan hadis ini lemah kerana salah seorang perawinya tetapi tetap disebutkan oleh beliau disebabkan ibrah daripadanya terdapat dalil nyata yang menyokong. Antara seksaan tersebut adalah:
i) manusia berperut besar hingga tidak mampu berdiri
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. (al-Baqarah:275)
ii) manusia yang menelan bara api
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; (an-nisa’:10)
iii) memakan daging saudara yang telah mati
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (al-Hujurat:12)
Terdapat pelbagai jenis seksaan lagi. Namun, sekadar suntikan buat kita untuk meninggalkan dosa-dosa yang telah dilarang oleh-Nya. Adapun seksaan yang tidak didatangkan hujah yang lebih kukuh untuk menyatakan kesahihannya adalah ditolak dari kebenaran fakta yang berkait dengan peristiwa isra’mi’raj.
Suatu perkara yang boleh kita muhasabah semula, kebanyakan seksaan yang disebutkan semua terkumpul pada umat kita pada hari. Riba berleluasa. Mengumpat berjela-jela. Justeru bagaimana penyakit ini bisa diubati? Tidak lain tidak bukan dengan kefarduan solat yang sempurna yang telah ditetapkan.
Langit Kedua (menjauhi permusuhan dan sekatan terhadap usaha dakwah)
Bertemu nabi Isa dan Yahya yang sering dimusuhi pengikutnya, telah berlaku permusuhan pada diri baginda Nabi s.a.w pada awal hijrah, baginda selalu dimusuhi orang-orang yahudi, mereka sering melakukan kejahatan terhadap baginda.
Langit Ketiga (menjauhi permusuhan saudara dan lazimi sikap memaafkan)
Bertemu nabi Yusuf a.s. yang dikhianati oleh saudara-saudara dilemparkan ke perigi namun akhirnya dimaafkan segala perbuatan selepas sujud tanda penghormatan begitu juga nabi disakiti oleh kaum kerabat terdekat seperti Abu Sufyan, namun selepas islam beliau memaafkan musuhnya.
Langit Keempat (dakwah untuk keluarga dan masyarakat seluruhnya)
Bertemu nabi Idris yang mempunyai martabat yang tinggi di sisi Allah dan merupakan nabi yang pertama berdakwah selain ahli keluarga iaitu pengikutnya.
Dan ceritakanlah ( hai Muhammad kepada mereka , kisah ) Idris yang terdapat di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 – Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” [Maryam : 56 – 57]
Langit kelima (berbuat baik balasan baik diterima dan teguh atas jalan kebaikan)
Bertemu nabi Harun a.s yang mana kaumnya kembali mencintainya setelah berbuat jahat kepadanya seperti yang berlaku ketika pembukaan kota mekkah bagi Rasulullah.
Langit keenam (sabar dalam perjuangan dibenar sifat cemburu ke arah kebaikan)
Bertemu nabi Musa a.s yang berulangkali disakiti oleh kaumnya seperti mana yang berlaku kepada baginda namun mereka tetap bersabar. Juga nabi Musa. Menangis kerana sedih dan cemburu umat nabi Muhammad s.a.w lebih ramai berbanding dengan baginda.
Langit ketujuh (kekal dalam kebaikan hingga pengakhiran)
Bertemu nabi Ibrahim yang menyandar di sisi Bait Al-Ma’mur (dimasuki oleh tujuh puluh ribu malaikat dan tidak pernah memasuki buat kali kedua) yang menunjukkan hadiah penutup buat baginda dalam umur terakhirnya iaitu manasik haji.
Ibrah umum daripada isra’ dan mikraj
Dalam peristiwa ini terdapat pelbagai macam pedoman yang boleh dijadikan panduan untuk manusia sejagat. Yang utama seperti yang disebutkan sebelum ini berkenaan solat kerana ia merupakan satu-satunya ibadah yang diterima terus oleh Rasulullah daripada Allah berbanding ibadah wajib yang lain. Adapun masih tersirat bermacam mutiara teladan yang lain padanya:
1. Masjidil Aqsa dan isu Dunia Islam.
Keduanya mempunyai perkaitan. Ini kerana makkah selepas perutusan Rasulullah telah menjadi pusat perhimpunan dunia islam dan kesatuan visinya. Peristiwa isra’ dan mi’raj ini juga menunjukkan usaha mempertahankan Palestin sebenarnya mewakili usaha mempertahankan islam itu sendiri.
Setiap orang Islam dari pelbagai ceruk bumi wajib melaksankan dengan apa cara sekali pun. Kecuaian mempertahankan dan membebaskan Palestin merupakan kecuaian terhadap islam. Ia merupakan jenayah yang akan dihukum oleh Allah kepada setiap orang beriman dengan Allah dan rasul-Nya.
2. lambang ketinggian umat islam
Ia sebenarnya mengangkat ketinggian darjat orang islam dengan mengatasi hawa nafsu dan syahwat dunia. Dia juga wajib menjadi manusia yang tiada tolok bandingnya dalam dikalangan seluruh manusia. Sama ada dari segi kedudukannya yang tinggi, visinya yang mulia dan sikapnya yang sentiasa berlegar-legar dalam nilai-nilai murni islam.
3. Penerokaan angkasa
Peristiwa ini membuka kaca mata manusia dari sudut sains bahawa manusia sebenarnya boleh keluar daripada daya tarikan bumi dan angkasawan pertama secara keseluruhannya adalah baginda s.a.w meskipun ia adalah sebuah mukjizat ia membuka kotak pemikiran manusia untuk meneroka.
Kesimpulan
Isra’ dan Mi’raj merupakan suatu peristiwa agung dalam lipatan sejarah umat islam. Ia bukan sekadar hari yang disambut kemuliaanya dan berlalu begitu sahaja. Bahkan, ia adalah hari di mana manusia itu dimuliakan. Dimuliakan dengan ibadah pada-Nya. Dimuliakan kerana hanya bergantung harap pada-Nya tiada yang kedua kerana ia mengandungi ibrah sepanjang hayat iaitu solat. Justeru itu, mereka yang bijak dan ingin berjaya di dunia dan lebih lagi di akhirat akan berusaha menjaga solat dengan sebaiknya.
Rujukan
Isra’ dan Mi’raj oleh Syeikh Jalaluddin As-Suyuti dan Ibn Hajar Askolani
Sirah Nabawiyah oleh Syeikh Mustafa Sibaie
Rahiq Makhtum oleh Mubarak Furi
Sumber :http://langitilahi.com/12995
Jun 3, 2013
Mutiara Kata Renungan Bersama
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”
37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.
46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”
47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”
48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”
49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”
51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”
54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”
55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”
56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”
57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”
58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”
59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn
64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.
65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi yang Maha Pengasih.
66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.
67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita 'wahai sayang'?
68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna :)
69. " Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! "
70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.
71. "... Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun Kau ilhamkan taubat kepada kami"
72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..
73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi
74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi'e
75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan kami,yang tidak kami terdaya.
76."Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."
77. Manusia itu belajar dari kesilapan.
78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]
79. Allah itu dekat.
80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.
81. Belajar kerana Allah... inshaAllah akhlak akan berubah...
82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang lain.
83. Maksiat lawannya taat.
84. "Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci."
85. "Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat"
86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka menerima hambanya...
87. "Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah.." (Surah Yusuf: 86)
88. mulakan hari mu dengan memuji Allah....
89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..
90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa hidayah dan taufik dari Allah swt~ :)
91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.
92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
93. "Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta dengan hakikat itulah sempurna"
94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.
95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.
96. "cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan" (mafhum)
97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi kita?
98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya diri dulu. 'Diri' kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?
99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do'a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.
100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya - Prof muhaya.
Hadis : SAHABAT
SAHABAT -
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)
Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan: عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا
Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)
Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)
Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)

Berkawan Sampai Syurga...Insyaallah~
Jan 2, 2013
Jan 1, 2013
Berbakti Kepada Ibu Bapa Adalah Segala-segalanya
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akhlak
Hadith:
Dan daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As katanya, “Seorang lelaki
mengadap Rasulullah lalu berkata, “Aku mengikat janji dengan engkau
untuk turut serta berhijrah dan berjuang (jihad) untuk menuntut ganjaran
pahala daripada Allah Taala”, Rasulullah bertanya, “Adakah salah
seorang orang tuamu masih hidup?”,jawabnya, “Ya, bahkan kedua-duanya
masih hidup”. Rasulullah bertanya lagi, “Engkau mahukah menuntut pahala
daripada Allah Taala?” Jawabnya, “Ya”. Kata Rasulullah, “Pulanglah
kepada kedua-dua ibu bapamu dan berbuat baiklah (berbaktilah) kepada
kedua-duanya”.
Huraian Hadith:
-
Menjaga dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
-
Islam menyeru umatnya supaya menjaga ibu bapa mereka dengan sebaik-baiknya.
-
Hubungan sesama manusia adalah lebih penting lebih-lebih lagi golongan yang lebih muda dengan golongan yang lebih tua.
-
Walaupun hijrah itu wajib tetapi apabila bertembung dengan
kewajipannya terhadap ibu bapa maka diutamakan kewajipan terhadapa ibu
bapa jika agama dapat dipelihara (dilaksanakan perintahnya) disisi
mereka, dan jika tidak maka wajiblah berhijrah dengan meninggalkan
mereka untuk menyelamatkan agama seperti yang dilakukan oleh
sahabat-sahabat (muhajirin).
Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin
Sebaik Baik Orang Berhijrah
Sempena Tahun Baru , Jom Berhijrah...
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
(al-Bukhari)
| |||
Dec 28, 2012
Hidup Penuh Semangat
Assalamualaikum.
Tajuk ini tidak ada kena mengena dengan idola kecil. Hidup kena semangat , itu hakikatnya, Jangan malu kerana islam. Bercerita tentang Idola kecil mungkin ada yang tidak sedar bahawa ianya salah satu program yang menyesatkan umat islam Itu yang aku pernah dengar dalam satu siri Kuliah di MSABA yang menyataakan bahawa program ini terut diluluskan oleh kerajaan yang ketuanya beragama islam. Bukan aku nak aibkan sapa-sapa aku cuma penulis yang mara kerana Allah.
Dari usia Kanak-kanak - Idola kecil
Remaja - Akademi Fantasia
Dewasa - Kilauan Emas.
perkara yang lalai sampai keliang lahad. Allah huAkbar. Itu lah hakikatnya kita dari kecil diajar tentang hiburan yang dimana Nabi kata diakhir zaman ini terlalu banyak umat islam hanya islam dari nama bukan dari Akhlaknya.
Adakah kita tergolong darinya. Aku membaca kitab Tanbihul Ghafilin ( Peringatan bagi yang lupa ) tulisan AbuLaits..
BAHAWA BUMI tiap-tiap hari BERKATA :
1- hai Anak Adam anda berjalan diatasku makan kembalilah kedalam perutku
2-Hai anak adam , anda makan pelbagai makanan diatas ku maka nanti kamu akan dimakan ulat didalam perutku
3-Hai anak adam, kamu ketawa diatas ku , kelak nanti kamu menangis didalam perutku,
4-Hai anak adam , anda membuat maksiat dan dosa diatasku , maka akan tersiksalah kamu didalamku.

Dec 23, 2012
Dec 20, 2012
Perasaan Sebuah keluarga.
Assalamualaikum.
*sebelum saya teruskan penceritaan saya menyusun sepuluh jari agar yang membaca memaafkan saya. Post ini bukan bertujuan mengAibkan tapi ingin memberi kesedaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara Sama.
Ok kita mula bercerita , Cerita ini bermula disebuah kawasan perumah di sungai petani. Sebuah keluarga yang dimana seorang anak seolah-olah menggunakan ibu untuk menjaga Cucu ( cucu ibu. ) . Sedih aku lihat.. bila anak nak sekolah tinggalkan bersama nenek .. bila keluarga nak pergi bercuti kesana-kesini. hantar anak kerumah orang lain.. sedih aku rasa... Sehinggakan si Ibu ini sakit teruk di biarkan .. Bila musin cuti hantar kerumah saudara lain.. Bila dah nak buka sekolah baru ambil , konon bertanggungjawab. Bertanggungjawab atau mengambil kesempatan , bila difikirkan kembali ianya seolah-olah mengambil kesempatan.. Waktu pagi pergi kerja tinggal Nenek keseorangan , mengharapkan anak menghargai seorang ibu, tapi ibu dibiarkan didalam rumah berseorangan. Menunggu cucu pulang kerumah. Tapi si Anak x pernah tahu penyakit Si Ibu... Sedih aku ingat...
p/s: Doakan si Dia mendapat petunjuk ilahi dan Si Ibu pulih dari sakit .
Dec 15, 2012
Jul 4, 2012
Sekadar Renungan
Assalamualaikum,
Ini hanya sebagai renungan . Ini kerana perkara di bawah ini sering berlaku di SMK.GUAR PERAHU INDAH.... Artikel ini dipetik dari: http://bambang.smsselangor.com
Ini hanya sebagai renungan . Ini kerana perkara di bawah ini sering berlaku di SMK.GUAR PERAHU INDAH.... Artikel ini dipetik dari: http://bambang.smsselangor.com
DATUK DR AMRAN KASIMIN - Soalan Mengenai Histeria
Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?
Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.
Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.
S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?
J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.
Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.
Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).
Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.
S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?
J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.
Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.
Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.
Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.
S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?
J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.
Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.
S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?
J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.
S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?
J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.
Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.
Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.
S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?
J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.
Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.
S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?
J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.
S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?
J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.
S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?
J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.
Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”
S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?
J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.
Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.
S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?
J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.
S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?
J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.
S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?
J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.
S: Apakah jenis-jenis jin?
J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

Mencari Kehidupan
Asaalamualaikum,
Tersadai dipintu kehidupan, lama-kelamaan aku hilang kehidupan itu. Seketika aku terfikir dimanakah kehidupan. Aku hilang kehidupan bila kau jauh diri dari Allah. Seketika aku terfikir mana Allah.
Astagfirullah hal azim. Apa aku cakap , Mana Allah. Allah sentiasa dengan aku . Hanya aku yang lari dari Allah. Kemana kehidupan aku . Aku dah jumpa kehidupan aku bila aku dekat dengan Allah . Salam Nisfu Syaaban.
Tersadai dipintu kehidupan, lama-kelamaan aku hilang kehidupan itu. Seketika aku terfikir dimanakah kehidupan. Aku hilang kehidupan bila kau jauh diri dari Allah. Seketika aku terfikir mana Allah.
.....