Pages

Oct 12, 2013

CERPEN : Mungkin Itu Terbaik

Mungkin sebelum ini saya cuba jauhi kisah itu , kisah yang menghantui diri saya sejak tujuh tahun yang lepas . kisah yang membuatkan aku dan kamu jauh dan tidak pernah bercakap . Mungkin hakikatnya salah saya membenarkan kamu masuk dalam hati saya. Kisah silam yang mebuatkan aku tidak berani melangkah walau selangkah. Pernah pada mula aku cuba , terus mencuba dan mencuba , namun keputusannya sama sahaja . Kadangkala aku sering menangis bila memikirkan perkara itu , ramai orang kata aku ini panas baran , berani sebab seringkali tampil kehadapan mewakili banyak acara. Namun hakikanya aku menangis bila memikirkan perkara itu .  Tapi aku perlu melalui perkara ini juga . Eloklah kita mula berbicara dari mula , orang kata , Tak kenal maka tak cinta . Aku kenalkan diriku , namaku , Fiz pelajar lulusan UPSR disebuah sekolah rendah di utara semenanjung . Kisah yang aku gambarkan ini bermula ketika usiaku , DARJAH 3 , pelik? ha aku juga pelik dengan kisah ini , mengapa aku sudah mempunyai perasaan kasih dan sayang itu walaupun aku masih baru mengenal dunia , mungkin ini anungerah Allah . Aku mula mengenalinya sejak darjah dua . Dia seorang yang bijak , perwatakan baik . melangkah kedarjah tiga aku mula menghampirinya . Aku pernah bercakap dengan dia . Aku mula merasakan hati ini membenarkan dia masuk dalam diri aku .

Tiba-tiba aku tersedar , hakikatnya sekarang aku ini pelajar yang agak bermasalah , malas . Walaupun berada dalam kelas yang sama dengan dia , namun aku ini malas orangnya . Habit buruk itu aku ada sehingga sekarang . Aku merangkak dan terus merangkak , aku terus mengubah diri aku , tapi seorang pelajar yang bermasalah sebagai seorang pengawas , mungkin aku terlalu taksub dengan dia . Kesedaran aku bahawa aku tidak sekufu dengannya , aku mula mendiamkan diri aku , tidak pernah bercakap dengan dia . Aku hanya berkongsi masalah aku dengan rakan karibku Mior , masalah perasaan suka aku juga aku kongsikan bersama Mior . Mior pada ketika itu memahami perasaan aku kerana dia juga sedang berbuih cintanya bersama Nabila . Hebatkan? Baru sekolah rendah perasaan itu kami alami . AKu percaya bahawa Mior boleh memahami aku . Tapi, mior menceritakan perasaan suka aku ini kepada Nabila . Nabila ialah kawan karib dia pada masa itu . Nabila dengan tidak sengaja menceritakan perasaan aku kepada dia.

Aku mula mendiamkan diri , tidak bercakap dengan dia . Aku mula merasakan aku malu dan malu untuk bercakap dengan dia . Sedangkan aku dalam dia memerhati dia ketika dia pandang kearah lain sewaktu dikelas. Aku fikir aku mampu untuk lupakan dia , tapi tidak . Selangkah menuju kearah akhir UPSR , kini aku , dia dan kawan-kawanku melangkah ke alam Sekolah menengah . Di sekolah menegah aku berada satu kelas dengan dia .  Sebenarnya pada waktu ini kisah yang menyatakan perasaan aku sudah tersebar luas .  Sewaktu disekolah menengah dia menjadi tumpuan senior_Senior di sekolah . Pernah sekali seorang senior menyanyakan aku satu soalan yang membuatkan aku terkejut . Soalannya berbunyi " Engkau kenal Zafa ? " . oh , sebelum itu "DIA " yang aku maksudkan adalah "Zafa" . Ok sambung kembali ceritannya. Aku pun menjawab , " Ya, dia rakan sekelasku " . Kemudian senior itu tanya lagi " Kau ada apa-apa dengan dia " . Aku terdiam sambil memikirkan dalam hati "Macam mana dia tahu?".  Mulut aku mengatur bicara "Tidak , kami hanya kawan sekelas " . Senior tadi tersenyum mendengar jawapanku .

Sewaktu dikelas , biasalah awal tahun . Mencari ketua kelas , rakan sekelasku mencalonkan namaku sebagai ketua dan Zafa sebagai penolong . Aku fikir akulah paling malang masa itu . Aku tidak mahu diperli sewaktu dikelas mengambil keputusan untuk menarik diri , tetapi cikgu tidak benarkan . Hampir 2 minggu juga aku bekerjasama dengan Zafa . Pekerjaan sebagai seorang ketua kelas ini memerlukan aku bercakap dengan Zafa . Aku fikir semua , YaAllah , aku tak pernah cakap dengan Zafa . Aku gagahkan diriku . Selapas dua minggu aku mendapat idea untuk menjauhkan diri aku dari zafa . Aku mengambil keputusan menyertai kepimpinan pengawas. Dan aku berjaya . Kini aku melepaskan tanggungjawab ketua kelas . Tetapi aku mula merasakan satu perasaan yang pelik . Kenapa aku menjauhkan diri dari dia ?

MUNGKIN ITU TERBAIK untuk dirinya dan diriku .

<Bersambung> ...

0 Orang Kata:

Post a Comment