Pages

Nov 25, 2014

CERPEN : MENAKUTKAN (Antara Kisah Semalam)


Menakutkan : Antara kisah semalam

Bab 1 : Permulaan Cerita Cinta

Suasana pejabat yang suram dan muram ditegah oleh...
pemilik syarikat Tan Sri Kamarul . Tan Sri Kamarul merupakan pemilik kepada syarikat Aizafa Holding . Tan Sri Kamarul juga bapa kepada Zafa . Disaat kemuraman pejabat tersebut dipagi hari , Tan Sri Kamarul berteriakan memanggil pekerja-pekerjanya berkumpul untuk pengkhabaran satu berita . “ Staff-staff semua berkumpul cepat , saya nak kenalkan seseorang . Staff baru yang bakal mengantikan Zain di bahagian pengurusan pemasaran . Saya kenalkan ini Haris pekerja baru di syarikat kita . Haris akan mengambil tempat Zain dan bekerja dibawah anak saya Zafa .” Tan Sri Kamarul mengenalkan Haris kepada semua pagawai disyarikatnya . “Saya Haris , berasal dari Pulau Pinang , ermmm… Minta tunjuk ajar dari semua .”  Haris mula mengenalkan dirinya . “Haris mulai hari ini kamu akan bekerja dengan anak saya Zafa .Selamat bekerja” Tan Sri menyambut katanya sambil berjabat tangan dengan Haris .
“Mari saya tunjukkan pejabat kamu.” Haris disapa dari belakang oleh seorang gadis jelita , itulah Zafa. Terpaku Haris seketika “Haris….Haris….Haris….. En.Haris bin Kamal .” Tegur Zafa . “ Ya saya … Maaf  puan , apa yang puan kata tadi ? ” Jawab Haris yang malu kerana mengelamun . “ Saya cakap jom saya tunjukan kamu office kamu , kamu akan bersama-sama membantu saya dalam melancarkan urusan syarikat .”Setelah beberapa ketika berjalan mengelilingi kawasan pejabat sambil disapa oleh pekerja-pekerja lain yang ramah.“Ini bilik kamu , bilik saya dekat sebelah kamu , depan bilik kamu itu bilik ayah saya Tan Sri Kamarul , Surau dan tandas dekat tingkat bawah , ada apa-apa yang boleh saya tolong lagi ?”  Terang dan soal Zafa panjang lebar . Haris masih mengelamun menatap wajah Zafa “ En.Haris bin  Kamal , fokus boleh tak ?” . Sambung Zafa “Baik Puan” Haris akur.
Kesibukan Haris bermula , Haris memulakan kerja dengan bersemangat . Pintu bilik Haris diketuk dari luar “Knok..knok..knok..” Kelihatan Zafa dari luar , “Boleh saya masuk ?” Soal Zafa . “ Silakan Bos”. Jawab Haris . “ Haris jom kita lunch , saya belanja . Boleh lah kalau saya nak raikan staff baru kalau awak tak kisah .” Ujar Zafa panjang lebar . “Boleh Bos , kalau bos besar hati nak belanja saya , saya pun besar hati nak ikut pelawaan bos itu .” Jawab Haris tanda setuju. Mereka berdua beredar dari bilik turun ke parkir kereta . “Haris kamu nak kemana ? , kereta dekat sini .” Jerit Zafa dari jauh . “Oh.. naik kerata awak ya. okey .” . Sepanjang perjalanan mereka asyik berbual soal diri masing-masing .
Setiba direstoran untuk makan tengah hari , Haris leka dibuai soalan-soalan indah dari Zafa . “Haris… kenapa ini …” Soal Zafa. “Tak da apa-apa Zafa, tengah tunggu makanan ini , lapar”.Haris tersenyum sipu-sipu malu . Zafa pelik dengan sikap Haris yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu .Zafa hanya menganggukkan kepala tanda memahami apa yang Haris katakana . Pulangnya mereka berdua ke pejabat , Haris terus mengelamun . “Ya Allah , kenapa dengan aku ini ? Haris , jangan nak ingatkan Zafa sangat la , dia itu bos kau . Lagipun itu dah dikira zina hati. Ya Allah .” Haris cuba menenangkan diri . Haris meneruskan kerja sambil tersenyum sinis .


Bab 2 : Menakutkan.

            Haris pulang kerumahnya . Dalam perjalanan pulang Haris singgah disebuah Masjid untuk Solat Asar. Selesai solat , Haris bangun dan berjalan untuk keluar dari masjid. “Kita kalau nak bercinta boleh , tapi bercintalah kerana Allah , Cintakan Allah dan Muhammad Rasulullah dahulu mengatasi cinta yang lain , cuba bayangkan pengorbanan baginda kepada kita .” Suara merdu dari sebalik salah satu tiang masjid , kelihatan sekumpulan pencinta ilmu sedang berhalaqah membincangkan soal cinta abadi . Rupa-rupanya ketua usrah mereka adalah salah seorang sahabat baik Haris. “MasyaAllah Aiman , kamu dekat sini rupanya , lamanya tak jumpa kamu , boleh saya sertai usrah ini ?” soal Haris . “Subahanallah , Haris sahabat ana , sila-sila , duduk,duduk sertai kami .” Haris duduk dan fokus kepada apa yang diceritakan oleh sahabat karibnya . Seusai usrah , Haris menyapa sahabatnya . “Aiman , lamanya aku tak jumpa kau , Sihat ?” soal Haris menanyakan khabar Aiman . “Alhamdulillah . Sihat , kau Haris dah lama tak jumpa aku , kau apa cerita ini ?” . “ Aku okey saja , baru mula bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Jom aku belanja minum” jawab Haris . “Jom , bukan senan anak Dato’ nak belanja ana ini .” gurau Aiman “Apa yang anak Dato’nya , Datuk mak kepada Ayah aku ada , hahaha” .
            Setibanya di warung biasa lokasi mereka melepak ketika remaja . “Subahanallah Haris , kau ingat lagi warung ini , rindunya bila terkenangkan kawan-kawan kita . Dulu kita selalu lepak sini kan ..” Aiman mengenangkan masa lalu mereka sewaktu di sekolah menengah mereka selalu makan dan minum selepas kelas tambahan disini . Disinilah mereka rapat , disinilah tempat ukhwah mereka terjalin . “Mana boleh aku lupa , tempat ini yang banyak dewasakan aku , tempat dimana aku selalu cerita masalah aku dekat geng kitakan , sekarang mereka semua , masing-masing dah Berjaya .” Ujar Haris . “Sudah-sudah , nampak tak sedap pula sembang  tapi tak minum , kata nak belanja aku , aku order okay ?” . Aiman mencelah . “Sila-sila , aku lupa pula , order lah , nanti aku belanja semua , baru best cerita bila tengah makan betul tak ?” Jawab Haris. “Betul-betul ingat  Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah berbual-bual hal-hal yang baik sambil makan atau berbual  kisah orang-orang yang soleh  dalam makanan.” Sambung Aiman . Haris menyambung kata-kata Aiman “Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim pula, pendapat yang benar ialah Nabi SAW bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad, “Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut.” (HR Muslim). “Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya, ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman.” (HR al-Bukhari).” Aiman tersenyum mendengar kata-kata Haris . “Tapi ketika makan janganlah terlalu banyak bercakap atau bercakap apabila makanan penuh di dalam mulut, benda itu salah dan tak sopan betul tak ?” Sambung Aiman .

            Ketika mereka menjamu makanan yang terhidang , Haris menanyakan satu soalan kepada Aiman “Man.. aku nak tanya boleh tak ?” “Boleh ja untuk sahabat aku ini , apapun boleh.” Jawab Aiman . “Aku ada minat dekat seorang perempuan ini , jujurnya dia macam tak sekufu dengan aku , dia ini bos aku dekat tempat kerja . Apa perlu aku buat eh ? .” Panjang lebar soalan yang diajukan . “Kahwin saja , apa susah ,  hahaha” Jawab Aiman . “Tapi aku baru kenal dia tadi , tapi hati aku ini dah suka dekat dia lah . Muka dia sebijik macam Nadhirah kawan kita dulu .”

“Sebab itu aku suruh kahwin saja , Haris jangan sampai jatuh zina hati , kalau kau suka dia , pinang dia , kalau suka mintak cara elok , kalau kau masih takut jatuh zina hati , aku syorkan kau jauhkan diri dari dia , mungkin dengan cara itu kau boleh lupakan dia sampai kau betul-betul bersedia baru kau pinang dia terus .”Jawab Aiman . “Betul juga, aku takut aku nak juga fokus dengan kerja , dah la aku ini baru je kerja dengan dia . ermmmm.. Aiman dia anak Tan Sri , nak ke dia terima aku ini .  Kau doakan aku Aiman , supaya aku boleh jauhkan diri dari Bos aku sorang itu .” Pinta Haris. “InsyaAllah , aku boleh tolong  aku tolong Haris”.
Keesokan harinya , Zafa makin rapat dengan Haris sedangkan Haris makin hari makin menjauh dari dia , makin hari makin melarikan diri dari Zafa. Pada awalnya Zafa anggap itu Cuma lawak jenaka dari Haris , tapi lama kelamaan ianya bermain diminda Zafa . Haris seolah-olah melarikan diri dari bercakap dengan Zafa , kecuali soal kerja . Bila Zafa mengajak Haris keluar makan , pelbagai alasan yang Haris kemukakan . Jika Zafa nak bersembang dengan Haris , Pasti Haris melarikan diri . “Haris , saya nak fail kerja ini siap dan hantar atas meja saya nanti bila dah siap ya .”Pinta Zafa sambil menghulurkan satu fail kepada Haris . Haris hanya mengangkukan kepala tanda setuju . Selepas beberapa ketika , Haris ingin menghantar fail kepada Zafa . “Assalamualaikum , puan” . “Waalaikumussalam Oh , Haris , silakan , tak payah berpuan-puan dengan sayalah .nak bagi fail eh ? jemput duduk” . Jawab Zafa . “Tak pa puan , saya nak hantar fail ja , kalau puan tak da apa-apa boleh saya minta diri dulu ? banyak kerja saya yang belum saya siapkan ini .” Jawab Haris sambil meletakkan fail ke atas meja Zafa dan menundukkan kepalanya kebawah . “Awak okey ?” soal Zafa . “Puan kalau tak ada perkara yang penting soal kerja boleh saya minta diri.?” Pinta Haris sekali lagi . “Baiklah.” Jawab Zafa.

Bab 3 : Hakikat Cinta.

Rakan-rakan Haris mengajak Haris untuk makan malam bersama di Sunway Hotel . Walaupun pada mulanya  ianya adalah majlis kejutan untuk meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran Haris ,Zafa yang mengaturkan acara ini .Zafa mempunyai agenda tersendiri . Zafa sebenarnya mahukan penjelasan dari Haris , kenapa setiap kali Haris bertemu dengan Zafa , Haris seolah-olah melarikan diri . Persoalan itu sering bermain difikiran Zafa . Jam 8.30 malam , kereta Haris sampai di lobi hotel , disambut mesra Zafa . Zafa membawa Haris ke dewan yang telah disewa khas untuk majlis kejutan itu . Pintu dewan dibuka , dewan gelap tiba-tiba bercahaya . Semua kawan sekerja Haris membuat kejutan . Haris teruja dengan kejutan tersebut .
 “Terima kasih semua , tak sangka semua sanggup buat kejutan macam ini .” . Haris memberi ucapan sambil menangis . “Tak perlu terima kasih pada kami , terima kasih lah pada Zafa , dia yang rancang semua ini .” .Kata salah seorang dari kawan Haris . Perkara tersebut telah mengubah riak wajah Haris . Haris segera berlari keluar daripada dewan dan terus ke luar tanpa sebarang kata. Seluruh dewan hairan terhadap tingkah laku Haris . Juga menjadi hairan adalah Zafa. Zafa terus mengejar Haris dari belakang . Sampai ke tempat letak kereta hotel .
“Haris kenapa Haris perlu lari . Kenapa Haris macam tak boleh dengar nama Zafa . Dari awal Zafa ambil Haris dekat lobi hotel tadi , muka Haris dah lain . Haris memang benci Zafa ka? Atau ada yang Zafa buat tak kena ka ? . Zafa perasan dah lama , setiap kali Zafa Jumpa Haris , mesti Haris lari . Kenapa Haris?” Berteriak Zafa menanti jawapan persoalannya selama ini dari Haris. “Zafa , Haris ada kecemasan  ini , Haris minta diri dulu , minta maaf kepada semua ya” Haris membalas sambil membuka kunci kereta dan menghidupkan enjin keretanya dan beransur pergi . Zafa terkejut dengan perbuatan Haris. Majlis ulang tahun kelahiran tersebut berakhir disitu sahaja .Zafa pulang kerumah dan terus keruang tamu rumah dan melelapkan mata di atas sofa.
Disaat bayu subuh meniup lembut Zafa yang dibuai mimpi terjaga dek kerana kesejukan bayu subuh itu . Zafa ke arah pintu rumah yang terbuka , kelihatan kolam renang indah di dalam lanskap rumah yang kehijauan ditemani lampu-lampu indah . Zafa menarik daun pintu dan menutup rapat pintu  dan kembali ke sofa untuk sambung tidur. Zafa baring di atas sofa , namun hamper 15 minit  Zafa tetap tidak mampu melelapkan mata . Bangun buat kedua kalinya , Zafa bangun dan duduk diatas sofa .Tiba-tiba hati kecil Zafa terfikir sejenak apa yang dikatakan oleh Haris sewaktu Zafa mendesaknya mengaku hal itu. “ Kalau betul apa yang Haris cakap , kenapa Haris perlu lari setiap kali  terserempak dengan aku . Setiap kali aku tanya dia , mesti dia cuba nak ubah topik perbualan . Apa yang sebenarnya disorakkan dari aku ini . Tolonglah Haris , jangan buat aku tertanya-tanya . Aku perlukan keputusan .”. Hati kecil Zafa berbisik . Zafa mendongak ke atas melihat jam di dinding rumah , sudah hampir jam 6.00 pagi . Laungan azan subuh kedengaran dari luar pangsapuri milik Zafa. Seusai solat subuh Zafa duduk di atas sejadah dan terus memikirkan apa yang sebenarnya Haris sorokkan dari Zafa .

            Keesokan harinya dipejabat , Zafa masuk kedalam biliknya untuk memulakan tugasan seperti biasa , dilihat sepujuk surat berada di atas mejanya . Dibuka surat tersebut , Zafa membacanya , rupa-rupanya itu adalah surat perletakan jawatan  dari Haris , Haris telah mengundur diri dari syarikat , berkuat kuasa serta merta. Zafa terkejut membacanya . Zafa  berlari kebilik ayahnya , Zafa bertanya kepada Ayahnya mengenai surat itu . “Ya , Haris dah bagi surat ini semalam , ayah yang luluskan dia berhenti .” Jawab Tan Sri . “Tapi kenapa ayah ? kenapa dia nak letak jawatan ?” Soal Zafa . Zafa terus berlari keluar dari pejabat , Zafa keluar mencari Haris . Zafa menghubungi rakan-rakan karib Haris . Rakan-rakan karib Haris memberi tahu Zafa bahwa sekiranya Haris sedih dia selalu naik ke Bukit Biru , tempat Haris menenagkan fikiran . Zafa mencari dan terus ke Bukit Biru dan ternyata Haris berada disitu .

            “Haris , kenapa Haris letak jawatan , apa salah Zafa .” Soal Zafa menyapa Haris yang sedang duduk di atas sebuah batu . Terdengar suara soalan Zafa , Haris bangun dan bergerak meninggalkan tempat tersebut . “Haris berhenti . apa salah Zafa tolonglah jangan buat Zafa macam ini , Haris macam takut sangat nak jumpa Zafa kenapa? Kenapa Haris ?” Soal Zafa lagi . “Haris tak tahu, bukan salah Zafa pun la.” Jawab Haris “Habis , kenapa setiap kali Haris jumpa Zafa , Haris lari ? Kenapa . Tolonglah jujur Haris.Jangan buat Zafa macam ini . Tolong Haris” . Haris memalingkan muka kearah lain menjauhi Zafa sambil berkata “Sebab saya suka awak.” . Zafa terdiam seketika . “Kalau awak suka saya kenapa awak lari dari saya ? .” Soal Zafa . “ Awak itu macam Rose , Walaupun cantik , saya tak boleh miliki awak sebab awak berduri dan saya macam Pokok kaktus , hina sendirian dipadang pasir . Kita tak sekufu Zafa.Sebab itu saya larikan diri dari awak , saya nak cuba lupakan awak . Saya tak nak saya mencintai sekuntum ros berduri yang mampu melukakan hati saya satu hari nanti awak .”

            “Haris , baguslah kamu itu kaktus , Walau panas terik menduga, masih utuh di padang pasir. Walau tak cantik di mata manusia, Tapi disisi Allah tetap mulia. Walau nampak tidak berguna, Tapi masih ada air di dalamnya Walau nampak seperti pohon biasa, Tapi ada durinya yang menjaga.” Jawab Zafa . “ Tapi , layakkan sebuah  pohon kaktus mencintai sebuah pohon ros yang indah , pastinya tidak . Dan yang paling penting . Mustahil untuk Pohon  ros memandang kepada pohon kaktus macam saya ini .” “Siapa kata , Ros tak suka Kaktus? Sebenarnya Ros sayang kaktus, ros cuba jadi baik dengan kaktus sebab ros nak tahu apa yang  kaktus suka , ros nak tahu kaktus siapa , sebab ros pun suka kaktus” Zafa menjawab sambil tersenyum malu . “Tapi ros mahal , ros payah itu dimiliki , lagipun Kaktus ini siapalah , Tan Sri mesti tak suka Kaktus kan .” Jawab Haris. “ Awak jangan cakap macam itu , awak nak tahu ,ayah  suka kita bersama , ayah sedih bila awak letak jawatan , ayah saya tak kisah sapa awak , asalkan awak baik dan mampu pimpin saya .” Jawab Zafa .Akhirnya mereka berdua disatukan dengan satu  ikatan yang sah  iaitu Ijab dan Qabul .

0 Orang Kata:

Post a Comment