Menakutkan : Antara
kisah semalam
Bab 1 : Permulaan Cerita Cinta
Suasana
pejabat yang suram dan muram ditegah oleh...
pemilik syarikat Tan Sri Kamarul .
Tan Sri Kamarul merupakan pemilik kepada syarikat Aizafa Holding . Tan Sri
Kamarul juga bapa kepada Zafa . Disaat kemuraman pejabat tersebut dipagi hari ,
Tan Sri Kamarul berteriakan memanggil pekerja-pekerjanya berkumpul untuk
pengkhabaran satu berita . “ Staff-staff
semua berkumpul cepat , saya nak kenalkan seseorang . Staff baru yang bakal
mengantikan Zain di bahagian pengurusan pemasaran . Saya kenalkan ini Haris
pekerja baru di syarikat kita . Haris akan mengambil tempat Zain dan bekerja
dibawah anak saya Zafa .” Tan Sri Kamarul mengenalkan Haris kepada semua
pagawai disyarikatnya . “Saya Haris ,
berasal dari Pulau Pinang , ermmm… Minta tunjuk ajar dari semua .” Haris mula mengenalkan dirinya . “Haris mulai hari ini kamu akan bekerja
dengan anak saya Zafa .Selamat bekerja” Tan Sri menyambut katanya sambil
berjabat tangan dengan Haris .
“Mari saya tunjukkan pejabat
kamu.” Haris
disapa dari belakang oleh seorang gadis jelita , itulah Zafa. Terpaku Haris
seketika “Haris….Haris….Haris….. En.Haris
bin Kamal .” Tegur Zafa . “ Ya saya …
Maaf puan , apa yang puan kata tadi ? ”
Jawab Haris yang malu kerana mengelamun . “
Saya cakap jom saya tunjukan kamu office kamu , kamu akan bersama-sama membantu
saya dalam melancarkan urusan syarikat .”Setelah beberapa ketika berjalan
mengelilingi kawasan pejabat sambil disapa oleh pekerja-pekerja lain yang
ramah.“Ini bilik kamu , bilik saya dekat
sebelah kamu , depan bilik kamu itu bilik ayah saya Tan Sri Kamarul , Surau dan
tandas dekat tingkat bawah , ada apa-apa yang boleh saya tolong lagi ?” Terang dan soal Zafa panjang lebar . Haris
masih mengelamun menatap wajah Zafa “ En.Haris bin Kamal , fokus boleh tak ?” . Sambung Zafa
“Baik Puan” Haris akur.
Kesibukan
Haris bermula , Haris memulakan kerja dengan bersemangat . Pintu bilik Haris
diketuk dari luar “Knok..knok..knok..” Kelihatan Zafa dari luar , “Boleh saya
masuk ?” Soal Zafa . “ Silakan Bos”. Jawab Haris . “ Haris jom kita lunch ,
saya belanja . Boleh lah kalau saya nak raikan staff baru kalau awak tak kisah
.” Ujar Zafa panjang lebar . “Boleh Bos , kalau bos besar hati nak belanja saya
, saya pun besar hati nak ikut pelawaan bos itu .” Jawab Haris tanda setuju.
Mereka berdua beredar dari bilik turun ke parkir kereta . “Haris kamu nak
kemana ? , kereta dekat sini .” Jerit Zafa dari jauh . “Oh.. naik kerata awak
ya. okey .” . Sepanjang perjalanan mereka asyik berbual soal diri masing-masing
.
Setiba
direstoran untuk makan tengah hari , Haris leka dibuai soalan-soalan indah dari
Zafa . “Haris… kenapa ini …” Soal Zafa. “Tak da apa-apa Zafa, tengah tunggu
makanan ini , lapar”.Haris tersenyum sipu-sipu malu . Zafa pelik dengan sikap
Haris yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu .Zafa hanya menganggukkan kepala
tanda memahami apa yang Haris katakana . Pulangnya mereka berdua ke pejabat ,
Haris terus mengelamun . “Ya Allah , kenapa dengan aku ini ? Haris , jangan nak
ingatkan Zafa sangat la , dia itu bos kau . Lagipun itu dah dikira zina hati.
Ya Allah .” Haris cuba menenangkan diri . Haris meneruskan kerja sambil
tersenyum sinis .
Bab 2 : Menakutkan.
Haris pulang kerumahnya . Dalam
perjalanan pulang Haris singgah disebuah Masjid untuk Solat Asar. Selesai solat
, Haris bangun dan berjalan untuk keluar dari masjid. “Kita kalau nak bercinta
boleh , tapi bercintalah kerana Allah , Cintakan Allah dan Muhammad Rasulullah
dahulu mengatasi cinta yang lain , cuba bayangkan pengorbanan baginda kepada
kita .” Suara merdu dari sebalik salah satu tiang masjid , kelihatan sekumpulan
pencinta ilmu sedang berhalaqah membincangkan soal cinta abadi . Rupa-rupanya
ketua usrah mereka adalah salah seorang sahabat baik Haris. “MasyaAllah Aiman ,
kamu dekat sini rupanya , lamanya tak jumpa kamu , boleh saya sertai usrah ini
?” soal Haris . “Subahanallah , Haris sahabat ana , sila-sila , duduk,duduk
sertai kami .” Haris duduk dan fokus kepada apa yang diceritakan oleh sahabat karibnya
. Seusai usrah , Haris menyapa sahabatnya . “Aiman , lamanya aku tak jumpa kau
, Sihat ?” soal Haris menanyakan khabar Aiman . “Alhamdulillah . Sihat , kau
Haris dah lama tak jumpa aku , kau apa cerita ini ?” . “ Aku okey saja , baru
mula bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Jom aku belanja minum” jawab Haris
. “Jom , bukan senan anak Dato’ nak belanja ana ini .” gurau Aiman “Apa yang
anak Dato’nya , Datuk mak kepada Ayah aku ada , hahaha” .
Setibanya di warung biasa lokasi
mereka melepak ketika remaja . “Subahanallah Haris , kau ingat lagi warung ini
, rindunya bila terkenangkan kawan-kawan kita . Dulu kita selalu lepak sini kan
..” Aiman mengenangkan masa lalu mereka sewaktu di sekolah menengah mereka
selalu makan dan minum selepas kelas tambahan disini . Disinilah mereka rapat ,
disinilah tempat ukhwah mereka terjalin . “Mana boleh aku lupa , tempat ini
yang banyak dewasakan aku , tempat dimana aku selalu cerita masalah aku dekat
geng kitakan , sekarang mereka semua , masing-masing dah Berjaya .” Ujar Haris
. “Sudah-sudah , nampak tak sedap pula sembang tapi tak minum , kata nak belanja aku , aku
order okay ?” . Aiman mencelah . “Sila-sila , aku lupa pula , order lah , nanti
aku belanja semua , baru best cerita bila tengah makan betul tak ?” Jawab
Haris. “Betul-betul ingat Imam Abu Hamid
al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah berbual-bual
hal-hal yang baik sambil makan atau berbual kisah orang-orang yang soleh dalam makanan.” Sambung Aiman . Haris menyambung
kata-kata Aiman “Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim pula,
pendapat yang benar ialah Nabi SAW bercakap dan berbual semasa makan. Dalam
kitabnya alZaad, “Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan
memuji menu tersebut.” (HR Muslim). “Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan
susila makan kepada kaum keluarganya, ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan
tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman.” (HR al-Bukhari).” Aiman
tersenyum mendengar kata-kata Haris . “Tapi ketika makan janganlah terlalu
banyak bercakap atau bercakap apabila makanan penuh di dalam mulut, benda itu
salah dan tak sopan betul tak ?” Sambung Aiman .
Ketika mereka menjamu makanan yang
terhidang , Haris menanyakan satu soalan kepada Aiman “Man.. aku nak tanya
boleh tak ?” “Boleh ja untuk sahabat aku ini , apapun boleh.” Jawab Aiman .
“Aku ada minat dekat seorang perempuan ini , jujurnya dia macam tak sekufu
dengan aku , dia ini bos aku dekat tempat kerja . Apa perlu aku buat eh ? .”
Panjang lebar soalan yang diajukan . “Kahwin saja , apa susah , hahaha” Jawab Aiman . “Tapi aku baru kenal
dia tadi , tapi hati aku ini dah suka dekat dia lah . Muka dia sebijik macam
Nadhirah kawan kita dulu .”
“Sebab
itu aku suruh kahwin saja , Haris jangan sampai jatuh zina hati , kalau kau
suka dia , pinang dia , kalau suka mintak cara elok , kalau kau masih takut
jatuh zina hati , aku syorkan kau jauhkan diri dari dia , mungkin dengan cara
itu kau boleh lupakan dia sampai kau betul-betul bersedia baru kau pinang dia
terus .”Jawab Aiman . “Betul juga, aku takut aku nak juga fokus dengan kerja ,
dah la aku ini baru je kerja dengan dia . ermmmm.. Aiman dia anak Tan Sri , nak
ke dia terima aku ini . Kau doakan aku
Aiman , supaya aku boleh jauhkan diri dari Bos aku sorang itu .” Pinta Haris.
“InsyaAllah , aku boleh tolong aku
tolong Haris”.
Keesokan
harinya , Zafa makin rapat dengan Haris sedangkan Haris makin hari makin
menjauh dari dia , makin hari makin melarikan diri dari Zafa. Pada awalnya Zafa
anggap itu Cuma lawak jenaka dari Haris , tapi lama kelamaan ianya bermain
diminda Zafa . Haris seolah-olah melarikan diri dari bercakap dengan Zafa ,
kecuali soal kerja . Bila Zafa mengajak Haris keluar makan , pelbagai alasan
yang Haris kemukakan . Jika Zafa nak bersembang dengan Haris , Pasti Haris
melarikan diri . “Haris , saya nak fail kerja ini siap dan hantar atas meja
saya nanti bila dah siap ya .”Pinta Zafa sambil menghulurkan satu fail kepada
Haris . Haris hanya mengangkukan kepala tanda setuju . Selepas beberapa ketika
, Haris ingin menghantar fail kepada Zafa . “Assalamualaikum , puan” .
“Waalaikumussalam Oh , Haris , silakan , tak payah berpuan-puan dengan sayalah
.nak bagi fail eh ? jemput duduk” . Jawab Zafa . “Tak pa puan , saya nak hantar
fail ja , kalau puan tak da apa-apa boleh saya minta diri dulu ? banyak kerja
saya yang belum saya siapkan ini .” Jawab Haris sambil meletakkan fail ke atas
meja Zafa dan menundukkan kepalanya kebawah . “Awak okey ?” soal Zafa . “Puan
kalau tak ada perkara yang penting soal kerja boleh saya minta diri.?” Pinta
Haris sekali lagi . “Baiklah.” Jawab Zafa.
Bab 3 : Hakikat Cinta.
Rakan-rakan
Haris mengajak Haris untuk makan malam bersama di Sunway Hotel . Walaupun pada
mulanya ianya adalah majlis kejutan
untuk meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran Haris ,Zafa yang mengaturkan
acara ini .Zafa mempunyai agenda tersendiri . Zafa sebenarnya mahukan
penjelasan dari Haris , kenapa setiap kali Haris bertemu dengan Zafa , Haris
seolah-olah melarikan diri . Persoalan itu sering bermain difikiran Zafa . Jam
8.30 malam , kereta Haris sampai di lobi hotel , disambut mesra Zafa . Zafa
membawa Haris ke dewan yang telah disewa khas untuk majlis kejutan itu . Pintu
dewan dibuka , dewan gelap tiba-tiba bercahaya . Semua kawan sekerja Haris
membuat kejutan . Haris teruja dengan kejutan tersebut .
“Terima
kasih semua , tak sangka semua sanggup buat kejutan macam ini .” . Haris
memberi ucapan sambil menangis . “Tak
perlu terima kasih pada kami , terima kasih lah pada Zafa , dia yang rancang semua
ini .” .Kata salah seorang dari kawan Haris . Perkara tersebut telah
mengubah riak wajah Haris . Haris segera berlari keluar daripada dewan dan
terus ke luar tanpa sebarang kata. Seluruh dewan hairan terhadap tingkah laku
Haris . Juga menjadi hairan adalah Zafa. Zafa terus mengejar Haris dari
belakang . Sampai ke tempat letak kereta hotel .
“Haris kenapa Haris perlu lari .
Kenapa Haris macam tak boleh dengar nama Zafa . Dari awal Zafa ambil Haris
dekat lobi hotel tadi , muka Haris dah lain . Haris memang benci Zafa ka? Atau
ada yang Zafa buat tak kena ka ? . Zafa perasan dah lama , setiap kali Zafa
Jumpa Haris , mesti Haris lari . Kenapa Haris?” Berteriak Zafa menanti jawapan
persoalannya selama ini dari Haris. “Zafa
, Haris ada kecemasan ini , Haris minta
diri dulu , minta maaf kepada semua ya” Haris membalas sambil membuka kunci
kereta dan menghidupkan enjin keretanya dan beransur pergi . Zafa terkejut
dengan perbuatan Haris. Majlis ulang tahun kelahiran tersebut berakhir disitu
sahaja .Zafa pulang kerumah dan terus keruang tamu rumah dan melelapkan mata di
atas sofa.
Disaat
bayu subuh meniup lembut Zafa yang dibuai mimpi terjaga dek kerana kesejukan
bayu subuh itu . Zafa ke arah pintu rumah yang terbuka , kelihatan kolam renang
indah di dalam lanskap rumah yang kehijauan ditemani lampu-lampu indah . Zafa
menarik daun pintu dan menutup rapat pintu
dan kembali ke sofa untuk sambung tidur. Zafa baring di atas sofa ,
namun hamper 15 minit Zafa tetap tidak
mampu melelapkan mata . Bangun buat kedua kalinya , Zafa bangun dan duduk
diatas sofa .Tiba-tiba hati kecil Zafa terfikir sejenak apa yang dikatakan oleh
Haris sewaktu Zafa mendesaknya mengaku hal itu. “ Kalau betul apa yang Haris cakap , kenapa Haris perlu lari setiap
kali terserempak dengan aku . Setiap
kali aku tanya dia , mesti dia cuba nak ubah topik perbualan . Apa yang
sebenarnya disorakkan dari aku ini . Tolonglah Haris , jangan buat aku
tertanya-tanya . Aku perlukan keputusan .”. Hati kecil Zafa berbisik . Zafa
mendongak ke atas melihat jam di dinding rumah , sudah hampir jam 6.00 pagi .
Laungan azan subuh kedengaran dari luar pangsapuri milik Zafa. Seusai solat
subuh Zafa duduk di atas sejadah dan terus memikirkan apa yang sebenarnya Haris
sorokkan dari Zafa .
Keesokan harinya dipejabat , Zafa
masuk kedalam biliknya untuk memulakan tugasan seperti biasa , dilihat sepujuk
surat berada di atas mejanya . Dibuka surat tersebut , Zafa membacanya ,
rupa-rupanya itu adalah surat perletakan jawatan dari Haris , Haris telah mengundur diri dari
syarikat , berkuat kuasa serta merta. Zafa terkejut membacanya . Zafa berlari kebilik ayahnya , Zafa bertanya
kepada Ayahnya mengenai surat itu . “Ya , Haris dah bagi surat ini semalam ,
ayah yang luluskan dia berhenti .” Jawab Tan Sri . “Tapi kenapa ayah ? kenapa
dia nak letak jawatan ?” Soal Zafa . Zafa terus berlari keluar dari pejabat ,
Zafa keluar mencari Haris . Zafa menghubungi rakan-rakan karib Haris .
Rakan-rakan karib Haris memberi tahu Zafa bahwa sekiranya Haris sedih dia
selalu naik ke Bukit Biru , tempat Haris menenagkan fikiran . Zafa mencari dan
terus ke Bukit Biru dan ternyata Haris berada disitu .
“Haris , kenapa Haris letak jawatan
, apa salah Zafa .” Soal Zafa menyapa Haris yang sedang duduk di atas sebuah
batu . Terdengar suara soalan Zafa , Haris bangun dan bergerak meninggalkan
tempat tersebut . “Haris berhenti . apa salah Zafa tolonglah jangan buat Zafa
macam ini , Haris macam takut sangat nak jumpa Zafa kenapa? Kenapa Haris ?”
Soal Zafa lagi . “Haris tak tahu, bukan salah Zafa pun la.” Jawab Haris “Habis
, kenapa setiap kali Haris jumpa Zafa , Haris lari ? Kenapa . Tolonglah jujur
Haris.Jangan buat Zafa macam ini . Tolong Haris” . Haris memalingkan muka
kearah lain menjauhi Zafa sambil berkata “Sebab saya suka awak.” . Zafa terdiam
seketika . “Kalau awak suka saya kenapa awak lari dari saya ? .” Soal Zafa . “ Awak
itu macam Rose , Walaupun cantik , saya tak boleh miliki awak sebab awak
berduri dan saya macam Pokok kaktus , hina sendirian dipadang pasir . Kita tak
sekufu Zafa.Sebab itu saya larikan diri dari awak , saya nak cuba lupakan awak
. Saya tak nak saya mencintai sekuntum ros berduri yang mampu melukakan hati
saya satu hari nanti awak .”
“Haris , baguslah kamu itu kaktus , Walau
panas terik menduga, masih utuh di padang pasir. Walau tak cantik di mata
manusia, Tapi disisi Allah tetap mulia. Walau nampak tidak berguna, Tapi masih
ada air di dalamnya Walau nampak seperti pohon biasa, Tapi ada durinya yang
menjaga.” Jawab Zafa . “ Tapi , layakkan sebuah
pohon kaktus mencintai sebuah pohon ros yang indah , pastinya tidak .
Dan yang paling penting . Mustahil untuk Pohon
ros memandang kepada pohon kaktus macam saya ini .” “Siapa kata , Ros
tak suka Kaktus? Sebenarnya Ros sayang kaktus, ros cuba jadi baik dengan kaktus
sebab ros nak tahu apa yang kaktus suka
, ros nak tahu kaktus siapa , sebab ros pun suka kaktus” Zafa menjawab sambil
tersenyum malu . “Tapi ros mahal , ros payah itu dimiliki , lagipun Kaktus ini
siapalah , Tan Sri mesti tak suka Kaktus kan .” Jawab Haris. “ Awak jangan
cakap macam itu , awak nak tahu ,ayah suka
kita bersama , ayah sedih bila awak letak jawatan , ayah saya tak kisah sapa
awak , asalkan awak baik dan mampu pimpin saya .” Jawab Zafa .Akhirnya mereka
berdua disatukan dengan satu ikatan yang
sah iaitu Ijab dan Qabul .
0 Orang Kata:
Post a Comment