Pages

Jun 19, 2013

Tanda-Tanda Allah Cinta Pada Kita

orang berdoa
Sesungguhnya apabila ALLAH mencintai hambaNya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati yang bersih. Ketika ALLAH mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaanNya. Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia, antaranya :
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Dia Menjadi Begitu Berminat Dengan Ibadah
Adakalanya sesetengah orang yang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mencintai ALLAH. Tapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju & mundur, turun dan naik akhirnya tenggelam dipukul arus dunia.
Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu ALLAH mencintai dirinya. Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah ALLAH mengisytiharkan nama kita sebagai orang yang dicintaiNya?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Jika ALLAH mencintai seorang hamba maka ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya Aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)
Maka orang yang yakin bahawa ALLAH mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah ALLAH juga.
Bukan kerana kehebatan atau kewarakan, melainkan ALLAH yang menunjuknya ke jalan taqwa. Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai ALLAH iaitu cinta ALLAH kepada hambaNya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan.
Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak & isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta ALLAH kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Maksiat Membuat Dia Bangkit Mendekati Allah.
Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat & istighfar. Kemudian seseorang bangkit mengejar ALLAH, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa dari rahmat ALLAH. Ia sentiasa mengingati janji ALLAH Yang Maha Pengampun.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Katakanlah : Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi.” (Surah Al-Zumar , Ayat 53-54)
Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit dihatinya,tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan ALLAH.
Rasulullah SAW bersabda bermakud : “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya ALLAH akan mematikan kamu. Kemudia ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada ALLAH lantas ALLAH mengampuni mereka. ” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu di intip hingga ia pulang kembali ke sisiNya. Saat ALLAH mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.
Disitulah ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik : “Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang mafhumnya :
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing dan keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Surah Al-Anbiya’ : 33)
Tanda Allah Mencintai Seseorang Hamba Ialah Apabila Di Lapangkan Dadanya Menerima Ilmu Menjadi Petunjuk Ke Jalan Yang Benar.
Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan di kirim ke atas hati manusia petunjuk hidayahNya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.
Baginda SAW bersabda bermaksud : “Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Wallahu’alam…………..
Sumber : Ustaz Penang

0 Orang Kata:

Post a Comment