Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

May 4, 2013

DARURAT

Assalamualaikum ,

Saya Yang Dipertuan Blog , Dato'seri Muhammad Hafiz Bin Muhammad Ahyat , dengan ini mengistiharkan DARURAT berkuatkuasa ESOK 5 . MEI 2013 (Ahad) sehingga 31 MEI 2013 (Jumaat) . Pengistiharaan Darurat ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN .

Peraturan Ketika Darurat .

Anda Tidak Dibenarkan :

  1. Tidak dibenarkan menggunakan Alat Komunikasi kecuali Kecemasan 
  2. Tidak dibenarkan menggunakan Komputer Kecuali Atas Hal Sekolah 
  3. Tidak dibenarkan keluar rumah , kecuali Kecemasan dan mempunyai hal Mustahak 
  4. Wajib mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya 2 Jam Sehari . 
Dan beberapa Peraturan yang bakal diputuskan dari semasa ke semasa.

Sekian  .

Yang Menurut Perintantah

h#f1)

Dato'seri Muhammad Hafiz Bin Muhammad Ahyat





Ish.-Ish.-Ish. Ingatkan darurat betul , Ana sebenarnya mengistiharkan darurat ini bagi memastikan persediaan ana menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun sekaligus Penilaian Menengah Rendah . Peperiksaan yang akan berlangsung pada Minggu-Minggu depan ini adalah penentu hala tuju ana.  HEHEHHE

May 3, 2013

Hadir Sekadar Impian

Assalamualaikum ,


Hadir sekadar impian , engkau hadir dikala ana sedang mimikirkan masa depan , hala tuju ana kian rungsing , mengapa ana perli mengingatimu sedangkan Cinta anaTerhadap ALLAH masih ditahap yang kurang memuaskan, jujurnya ana memang mencintaimu wahai Hawa , namun ana rasa , ana tidak sanggup menduakan Cinta Ilahi , ya Ana mencintaimu tapi cinta Allah mengatasi segalanya , Jika soal hati ana tidak mahu memaksa , ana tidak mahu dipaksa dan ana tidak suka melihat Kamu wahai Hawa Terpaksa senyum tidak ikhlas kerana ana , Ana tahu , Ana sedar ana memang tidak sekufu sebab itu ana yang jadikan kehadiran anti sekadar impian yang agak Mustahil untuk dicapai . Orang kata cinta tidak boleh dibeli kerana cinta datang dari hati , mungkin ana mencintai anti , tetapi ana tidak mahu memaksa anti kerana ana tahu bahawa hati hawa tidak suka dipaksa . Macam ana tahu ? Jawapannya Mudah ..



Hawa dijadikan dari rusuk kiri Adam , Yang Bengkok , Jika dipaksa untuk luruh ianya akan patah , dan jika dibiarkan ianya akan terus bengkok. Hawa dijadikan dari rusuk kiri yang dekat dengan hati , jadi jika dia benar pemilik pemilik tulang rusuk Ana , tentunya hati ana dan hati nya bersama .  Apapun bukan masanya untuk ana fikirkan itu semua , kerana bagi ana perjuangan masih jauh . Masih ada banyak lalaun yang ana perlu lalui . Tangga Utama PMR . Jika anti membaca setiap warkah cinta yang ana tuturkan di laman cetusan idea iaitu blog ana , anti akan mengetahui isi hati ana , Tapi ana tidak mengharapkan apa-apa kerana Allah bersama Ana

May 1, 2013

Bukan Dari Mulutku

Assalamualaikum ,

Walaupun ana tahu , dah berjuta kali sahabat anti bagitahu ana , dan ana sendiri telah syak yang anti mengetahui isi hati ana , tapi ana pasti yang anti tidak pernah dengar luahan sebenar dari mulut ana , Ana boleh jadi seperti sahabat ana yang lain , sahabat yang mempunyai hasrat yang sama iaitu menyukai anti , sahabat ana yang lain jauh berani untuk meminta no telefon , bercakap mahupun memberi hadiah UlangTahun kelahiran . Tapi bagi ana biarlah ana mendiamkan diri , ana tidak berhak untuk menentukan siapa yang anti suka , ana juga gembira jika anti gembira memilih Insan yang anti suka . Allah mengurniakan hati dan akal agar sama-sama saling membantu supaya tidak dikawal Nafsu .



 GoogleImage

Ada orang tanya kenapa ana tertarik dengan Anti .. Jawabnya , Hanya Allah yang tahu ... Tapi  AKHLAKmu wajahmu , dan Ilmumu itu yang buat ana tertarik . Tapi selbihnya Allah yang mengaturkan hati ana tertarik kepada anti dari ana di bangku sekolah Rendah .

Aku hanya mampu tersenyum kerana Rahsiaku masih tersimpan didalam mulutku , Takkan ku luah , masanya belum tiba... 


Mimpi gapai Mimpi

Assalamualaikum , 

Mimpi biasa dikaitan dengan tidur , namun bukan itu yang ana mahu katakan , yang ana mahu katakan adalah mimpi itu adalah IMPIAN , impian . Bercakap dengan impian , ana punyai banyak impian , impian yang utama tentunya ana mahu menjadi Seorang Penghuni Syurga dan Seorang Khalifah Dunia. Dalam hidup ana , ana punyai impian untuk menjadi seorang pendakwah , gaya penyampaian ana dan bakat yang ana ada adalah 100% hak Allah dan ana mahu gunakan kejalan Dakwah . Impian ana , ana ingin menjadi seorang pendakwah yang berilmu , dan ana ingin Mati Syahid , jika boleh ana mahu terbitkan buku dakwah . Macam yang dilakukan oleh ustaz-ustaz yang lain :D . Ana mempunyai perancangan jangka panjang , entah adakah ana mampu atau tidak ana redha kerana itu semua kehendak Allah .

Perancangan Ana

  1. PMR 
  2. SPM
  3. STAM
  4. UniAl-Azhar.
  5. Pendakwah berilmu
IhaveAdream-Google

ini perancangan ana , tapi perancangan Allah jauh lebih baik . Sepulang ana dari misi Pendakwah berilmu , ana mahu lakukan satu Ibadah yang ana rasa perlu iaitu Kahwin , dalam list ana , kahwin berada selepas berilmu kerana ana mahu kumpulkan ilmu untuk menjadi Imam kepada keluarga Ana. Ana juga mahu menambah umat Islam ...

Semua terletak ditangan Allah . Allah tahu yang mana terbaik .

AkhirKalam , Wassalam




Sebuah Kata Terkunci Mati

Assalamualaikum , 


Sebuah kata terkunci mati , kata itu kadangkala membuatkan ana rungsing , rungsing memikirkan apa yang ada dengan sebuah kata jika ianya terkunci mati dalam hati . ana tidak mampu untuk melafaz kata , jika ana melafazkan jatuhlah erti persahabatan kepada erti percintaan , bukan masanya untuk bercinta , biarkan perasaan ini terkunci mati sehingga masanya tiba , kunci dibuka . memahami erti itu , jujurnya benar tidak dinafikan ana memang mempunyai perasaan kepada Dia namun ana tidak pernah mengharapkan agar dia juga mempunyai perasaan kepada ana , ana tidak berhak menentukan siapa yang Dia suka , namum ada masih mempunyai Allah tempat ana mengadu . Ana fikir ana memang tidak layak untuk meluahkan kata itu , kerana dia jauh lebih baik dari ana . Orang kata tidak SEKUFU . Sekufu ? Apakah sekufu ? 


Sekufu ialah persamaan (setaraf) diantara calon suami dan calon isteri. Persamaan ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu:-
  1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah.
  2. Pekerjaan. Contohnya lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu tidak setaraf dengan anak perempuan tokoh korporat.
  3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
BiarkanCintaItuDiam-Google


Inilah sekufu , jika dilihat ana memang TidakSekufu . Ana bukan lahir dari keluarga yang berada , namun ana bersyukur dengan apa yang ana ada. Kadangkala dikelas , ana cuba pejamkan mata dan bayangkan , Dia pergi jauh dari ana , dan disetiap Kuliah di sekolah , ana cuba untuk tidak melihat wajah Dia , tapi sukar . Ana tidak sangka ianya lebih sukar dari apa yang sangkakan . Mungkin ada pembaca yang mentafsirkan ana ini seperti "Kemaruk, Seronok Sendiri , Bertepuk sebelah tangan " tapi ana tidak pernah kisah dengan apa sekalipun tafsiran yang diungkapkan , kerana Cinta Dalam Diam mampu untuk mengubah dunia . Sejerah Islam telah membuktikan Cinta Mulia Bersenikan Diam juga berkesan........

Saidina Ali, sepupu baginda , memendamkan rasa cinta dan tidak pernah diberitahu kepada seorang Gadis yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Akhir pencintaan DIAM ini , mereka tetap bersama. 

Untuk Bacaan Penuh sila ke -> http://www.inihidupkuhafiz.blogspot.com/2013/02/cinta-mulia-bersenikan-diam.html

Coretan hidupku untuk hari ini berakhir dengan ucapan 

ASSALAMUALAIKUM

Apr 27, 2013

Aku Tahu Aku Tak Layak

Assalamualaikum .


Aku tahu , aku tak layak , orang kata tak sekufu . YaAllah terima kasih kerana kau uji aku dengan kehadirannya. Aku tak nak untuk mengharap lebih dari erti seorang sahabat walaupun aku memang mengharapkan lebih . Tapi lebihnya bukan sekarang tetapi nanti , Menjadi Isteriku . Mesti kamu semua pelik kenapa aku selalu post di FB dan twitter serta tidak dilupakan di laman coretan ini . Sebenarnya sebagai Remaja biasa..aku juga mempunyai naluri ingin menyayangi dan disayangi , perasaan ingin berpasangan . Dalam pada naluri ini datang , Allah hadirkan seorang insan untuk hadir menarik hatiku keluar . Aku tak faham kenapa Insan itu berjaya menarik hatiku .

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu , 
Agar aku dapat menambah cintaku kepadaMU .

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
 Cintakanlah aku dengan seseorang yang merindui KekasihMu , 
Agar aku dapat merindui KekasihMu disetiap hidupku .

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang sentiasa mangamalkan AjaranMu
Agar aku mudah membimbingnya ke Syurga bersamaku

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang mampu menjadi seorang Ibu
Agar aku mudah menjaga anakku kearah menujuMU.

SAJAK -Jika Aku Jatuh Cinta (HafizAhyat99)

Aku tahu aku tak layak, dia jauh berilmu , jauh berharta , jauh Kehadapan . Dalam islam dia tidak sekufu denganku . Jadi aku tak nak harap lebih kerana aku takut kecewa tak sudah . Sejujurnya aku mencintainya disaat sekolah rendah namun ketika itu tidak sehebat sekarang . Bermula apabila bekerjasama aku merasakan tenang dan mudah bekerjasama , aku pelik mengapa perasaan yang mula-mula aku rasakan adalah perasaan sayang kepada nya. Aku lihat akhlaknya baik , sentiasa menjaga maruahnya dan Akhlaknya .. YaAllah aku sudah serik bercinta kerana aku takut nafsu menguasai jiwa tambahan pula aku seorang CALON PMR .  Tapi Allah uji aku dengan kehadirannya . YaAllah ..TERIMA KASIH KERANA MENUNJUKKAN SAYANGMU KEPADA KU . 

Sebenarnya dia tak tahu aku Mencintainya....... 


 Secret Admire - Stalker - Crush

Lambaian Pulau

Assalamualaikum,

Hari ini ana yang cerita yang ana telah pergi jauh ke satu tempat pendalaman yang tenang , disapa angin laut dan bunyi derusan ombak . Ana disana merasa tenang seakan tidak mahu pulang . Ana melihat ciptaan Allah yang buatkan ana menangis. Tujuan sebenar disana ianya Kenduri Adik Beradik atau kalau nak gempak lagi .. HIMPUNAN ADIK BERADIK 1.0 haha.. Semuanya indah , himpun adik beradik..

Ana bersama adik sepupu baik ana , Raziq .. kami ini macam adik beradik .. senyum sokmo .. Nak share Gambar...

Dari Tanah kita dijadikan Kepada Tanah tempat kita Kembali


 Inilah kita satu masa Dahulu.




Apr 24, 2013

UAI

Assalamualaikum

Gambar lama baru post ..

KULIAH PERDANA UAI di MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ














Bertepuk Dengan Tangan

Assalamualaikum .

Peribahasa melayu mengambarkan situasi aku sekarang , "Bertepuk Sebelah Tangan Tidak Berbunyi" dan "Bunga bukan sekuntum" . Peribahasa ini mengajar Ana. Eloknya Ana kenalkan diri Ana dahulu , kerana laman cetusan minda iaitu blog Ana ini dah lama Ana tidak usik , Ana Muhamad Hafiz Bin Muhamad Ahyat . Ana pelajar PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah :D . Sudah habis intro , izinkan ana kembali keTopik asal iaitu : Bertepuk Dengan Tangan

Sejujurnya ana ini remaja PMR . Remaja tidak akan pernah lari dari istilah "PerasaanInginBerpasangan" . Jujur dalam pada ana ingin menjaga cinta wanita ajnabi ana hanya kepada Isteri ana , ana bergelumang dengan nafsu dan perasaan Naluri Remaja . 2012 detik hitam ana , ada telah Meluahkan Perasaan kepada DIA yang bukan Halal untukku . Bagi yang rapat dengan ana , mereka akan tahu siapakah DIA yang dimaksudkan . Alhamdulillah Allah sedarkan ana , ana berjaya memutuskan hubungan Cinta Nafsu itu dengan mudah , walaupun SUKAR . Ana telah melupakkan dia dalam hati Ana buat selamanya , dia insan yang bersama berada didalam hati ana kerana nafsu , jadi ana tidak akan masukkan dia kedalam hati ana . Kerana hati ana hanya untuk insan yang bergelar Isteri .



BertepukDenganTangan , tangan siapa ? tentulah jawapannya tangan ana , tapi ana hanya bertepuk sendirian. Jujurnya dikesempatan keizinan ILAHI disini ana ingin berkongsi Naluri REMAJA "PerasaanInginBerpasangan" . Naluri yang Allah bagi ini ana telah dapat sejak dibangku sekolah rendah , Ana menyukai seorang gadis yang buatkan ana tertarik , namun ana cuba untuk tidak meluahkan perasaan sayang ini kepadanya kerana Perkataan itu hanya untuk Isteri ana sahaja . Isteri yang mampu menjadi ibu yang solehah kepada anak-anak anasatu hari nanti . Ucapan SAYANG dan perasaan ini hanya akan ana berikan kepada insan terpilih sahaja iaitu :

  1. Allah dan AgamaNYA
  2. Muhammad S.A.W dan Sunnahnya
  3. IbuAyah dan Redhanya
  4. UlamaTuanGuru dan Ilmunya 
  5. Isteriku dan Keberkataannya
  6. Anakku dan rezekinya
  7. SAHABATKU Selamanya.
 Orang sekarang tak sebut , bertepuk sebelah tangan tapi sekarang orang sebut "SS" atu Crush walaupun ana sendiri tak tahu apa maksud sebenarnya. Tapi tak mengapa ana akan tunggu ISTERI ana  INSYAALLAH




Menghargai Orang ?

Menghargai , satu perkataan yang sering kita lupa . Kadangkala kita tersalah guna. Hargai , pernah kita rasa dihargai? Pernahkah kita menghargai ? Kadangkala dilupan frasa Hargai , disalah erti , namun itulah manusia yang sekiranya berdiri dibumi akan nampaknya seri .

Hargai , aku pernah merasa untuk menghargai , tapi kekadang aku rungsing kenapa aku menghargai orang yang Salah . Aku menghargai Ibunda dan ayahandaku , aku cuba menghargai diriku pula , dalam masa yang sama aku dibawa arus Keremajaan iaitu CINTA,KASIH dan Perasaan untuk berpasangan . Saling sayang menyayangi ,

Tetapi malangnya aku menghargai orang yang salah , kerana aku menghargai Cinta yang mustahil untuk aku kecapi , Cinta dunia. Perbezaan Umur buatkan aku mengalah untuk terus mencintainya . Aku masih muda dia dia jauh lebih tua , namun mengapa naluri remaja ini kadang-kadang meresahkan aku . kata orang tua-tua , MAKAN TAK KENYANG , TIDUR TAK LENA . Melihat kembali dari usia sekolah rendah aku sudah merasi perasaan Remaja . Walaupun aku masih kanak-kanak , mencintai dan menghargai orang satu perkara yang biasa bagiku . Aku mencintai dia yang jauh lebih berusia . Namun kekadang aku rasa pelik , sukar dan mengapa perasaan ini terus ada sehingga sekarang , Dari bangku Rendah hingga ke PMR (sekarang) buatkan aku merasakan bagai Menghargai Orang itu sesuatu yang beharga.