Pages

Apr 27, 2013

Aku Tahu Aku Tak Layak

Assalamualaikum .


Aku tahu , aku tak layak , orang kata tak sekufu . YaAllah terima kasih kerana kau uji aku dengan kehadirannya. Aku tak nak untuk mengharap lebih dari erti seorang sahabat walaupun aku memang mengharapkan lebih . Tapi lebihnya bukan sekarang tetapi nanti , Menjadi Isteriku . Mesti kamu semua pelik kenapa aku selalu post di FB dan twitter serta tidak dilupakan di laman coretan ini . Sebenarnya sebagai Remaja biasa..aku juga mempunyai naluri ingin menyayangi dan disayangi , perasaan ingin berpasangan . Dalam pada naluri ini datang , Allah hadirkan seorang insan untuk hadir menarik hatiku keluar . Aku tak faham kenapa Insan itu berjaya menarik hatiku .

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu , 
Agar aku dapat menambah cintaku kepadaMU .

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
 Cintakanlah aku dengan seseorang yang merindui KekasihMu , 
Agar aku dapat merindui KekasihMu disetiap hidupku .

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang sentiasa mangamalkan AjaranMu
Agar aku mudah membimbingnya ke Syurga bersamaku

YaAllah , 
Andai aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang mampu menjadi seorang Ibu
Agar aku mudah menjaga anakku kearah menujuMU.

SAJAK -Jika Aku Jatuh Cinta (HafizAhyat99)

Aku tahu aku tak layak, dia jauh berilmu , jauh berharta , jauh Kehadapan . Dalam islam dia tidak sekufu denganku . Jadi aku tak nak harap lebih kerana aku takut kecewa tak sudah . Sejujurnya aku mencintainya disaat sekolah rendah namun ketika itu tidak sehebat sekarang . Bermula apabila bekerjasama aku merasakan tenang dan mudah bekerjasama , aku pelik mengapa perasaan yang mula-mula aku rasakan adalah perasaan sayang kepada nya. Aku lihat akhlaknya baik , sentiasa menjaga maruahnya dan Akhlaknya .. YaAllah aku sudah serik bercinta kerana aku takut nafsu menguasai jiwa tambahan pula aku seorang CALON PMR .  Tapi Allah uji aku dengan kehadirannya . YaAllah ..TERIMA KASIH KERANA MENUNJUKKAN SAYANGMU KEPADA KU . 

Sebenarnya dia tak tahu aku Mencintainya....... 


 Secret Admire - Stalker - Crush

0 Orang Kata:

Post a Comment