Pages

Apr 24, 2013

Bertepuk Dengan Tangan

Assalamualaikum .

Peribahasa melayu mengambarkan situasi aku sekarang , "Bertepuk Sebelah Tangan Tidak Berbunyi" dan "Bunga bukan sekuntum" . Peribahasa ini mengajar Ana. Eloknya Ana kenalkan diri Ana dahulu , kerana laman cetusan minda iaitu blog Ana ini dah lama Ana tidak usik , Ana Muhamad Hafiz Bin Muhamad Ahyat . Ana pelajar PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah :D . Sudah habis intro , izinkan ana kembali keTopik asal iaitu : Bertepuk Dengan Tangan

Sejujurnya ana ini remaja PMR . Remaja tidak akan pernah lari dari istilah "PerasaanInginBerpasangan" . Jujur dalam pada ana ingin menjaga cinta wanita ajnabi ana hanya kepada Isteri ana , ana bergelumang dengan nafsu dan perasaan Naluri Remaja . 2012 detik hitam ana , ada telah Meluahkan Perasaan kepada DIA yang bukan Halal untukku . Bagi yang rapat dengan ana , mereka akan tahu siapakah DIA yang dimaksudkan . Alhamdulillah Allah sedarkan ana , ana berjaya memutuskan hubungan Cinta Nafsu itu dengan mudah , walaupun SUKAR . Ana telah melupakkan dia dalam hati Ana buat selamanya , dia insan yang bersama berada didalam hati ana kerana nafsu , jadi ana tidak akan masukkan dia kedalam hati ana . Kerana hati ana hanya untuk insan yang bergelar Isteri .



BertepukDenganTangan , tangan siapa ? tentulah jawapannya tangan ana , tapi ana hanya bertepuk sendirian. Jujurnya dikesempatan keizinan ILAHI disini ana ingin berkongsi Naluri REMAJA "PerasaanInginBerpasangan" . Naluri yang Allah bagi ini ana telah dapat sejak dibangku sekolah rendah , Ana menyukai seorang gadis yang buatkan ana tertarik , namun ana cuba untuk tidak meluahkan perasaan sayang ini kepadanya kerana Perkataan itu hanya untuk Isteri ana sahaja . Isteri yang mampu menjadi ibu yang solehah kepada anak-anak anasatu hari nanti . Ucapan SAYANG dan perasaan ini hanya akan ana berikan kepada insan terpilih sahaja iaitu :

  1. Allah dan AgamaNYA
  2. Muhammad S.A.W dan Sunnahnya
  3. IbuAyah dan Redhanya
  4. UlamaTuanGuru dan Ilmunya 
  5. Isteriku dan Keberkataannya
  6. Anakku dan rezekinya
  7. SAHABATKU Selamanya.
 Orang sekarang tak sebut , bertepuk sebelah tangan tapi sekarang orang sebut "SS" atu Crush walaupun ana sendiri tak tahu apa maksud sebenarnya. Tapi tak mengapa ana akan tunggu ISTERI ana  INSYAALLAH




0 Orang Kata:

Post a Comment