27864

Pages

May 1, 2013

Sebuah Kata Terkunci Mati

Assalamualaikum , 


Sebuah kata terkunci mati , kata itu kadangkala membuatkan ana rungsing , rungsing memikirkan apa yang ada dengan sebuah kata jika ianya terkunci mati dalam hati . ana tidak mampu untuk melafaz kata , jika ana melafazkan jatuhlah erti persahabatan kepada erti percintaan , bukan masanya untuk bercinta , biarkan perasaan ini terkunci mati sehingga masanya tiba , kunci dibuka . memahami erti itu , jujurnya benar tidak dinafikan ana memang mempunyai perasaan kepada Dia namun ana tidak pernah mengharapkan agar dia juga mempunyai perasaan kepada ana , ana tidak berhak menentukan siapa yang Dia suka , namum ada masih mempunyai Allah tempat ana mengadu . Ana fikir ana memang tidak layak untuk meluahkan kata itu , kerana dia jauh lebih baik dari ana . Orang kata tidak SEKUFU . Sekufu ? Apakah sekufu ? 


Sekufu ialah persamaan (setaraf) diantara calon suami dan calon isteri. Persamaan ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu:-
  1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah.
  2. Pekerjaan. Contohnya lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu tidak setaraf dengan anak perempuan tokoh korporat.
  3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
BiarkanCintaItuDiam-Google


Inilah sekufu , jika dilihat ana memang TidakSekufu . Ana bukan lahir dari keluarga yang berada , namun ana bersyukur dengan apa yang ana ada. Kadangkala dikelas , ana cuba pejamkan mata dan bayangkan , Dia pergi jauh dari ana , dan disetiap Kuliah di sekolah , ana cuba untuk tidak melihat wajah Dia , tapi sukar . Ana tidak sangka ianya lebih sukar dari apa yang sangkakan . Mungkin ada pembaca yang mentafsirkan ana ini seperti "Kemaruk, Seronok Sendiri , Bertepuk sebelah tangan " tapi ana tidak pernah kisah dengan apa sekalipun tafsiran yang diungkapkan , kerana Cinta Dalam Diam mampu untuk mengubah dunia . Sejerah Islam telah membuktikan Cinta Mulia Bersenikan Diam juga berkesan........

Saidina Ali, sepupu baginda , memendamkan rasa cinta dan tidak pernah diberitahu kepada seorang Gadis yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Akhir pencintaan DIAM ini , mereka tetap bersama. 

Untuk Bacaan Penuh sila ke -> http://www.inihidupkuhafiz.blogspot.com/2013/02/cinta-mulia-bersenikan-diam.html

Coretan hidupku untuk hari ini berakhir dengan ucapan 

ASSALAMUALAIKUM

0 Orang Kata:

Post a Comment