Assalamualaikum ,
Mimpi biasa dikaitan dengan tidur , namun bukan itu yang ana mahu katakan , yang ana mahu katakan adalah mimpi itu adalah IMPIAN , impian . Bercakap dengan impian , ana punyai banyak impian , impian yang utama tentunya ana mahu menjadi Seorang Penghuni Syurga dan Seorang Khalifah Dunia. Dalam hidup ana , ana punyai impian untuk menjadi seorang pendakwah , gaya penyampaian ana dan bakat yang ana ada adalah 100% hak Allah dan ana mahu gunakan kejalan Dakwah . Impian ana , ana ingin menjadi seorang pendakwah yang berilmu , dan ana ingin Mati Syahid , jika boleh ana mahu terbitkan buku dakwah . Macam yang dilakukan oleh ustaz-ustaz yang lain :D . Ana mempunyai perancangan jangka panjang , entah adakah ana mampu atau tidak ana redha kerana itu semua kehendak Allah .
Perancangan Ana
- PMR
- SPM
- STAM
- UniAl-Azhar.
- Pendakwah berilmu
ini perancangan ana , tapi perancangan Allah jauh lebih baik . Sepulang ana dari misi Pendakwah berilmu , ana mahu lakukan satu Ibadah yang ana rasa perlu iaitu Kahwin , dalam list ana , kahwin berada selepas berilmu kerana ana mahu kumpulkan ilmu untuk menjadi Imam kepada keluarga Ana. Ana juga mahu menambah umat Islam ...
Semua terletak ditangan Allah . Allah tahu yang mana terbaik .
AkhirKalam , Wassalam
0 Orang Kata:
Post a Comment