Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Jun 25, 2013

Sirah : PEMBUNUHAN SAYYIDINA UMAR AL-KHATTOB

PEMBUNUHAN SAYYIDINA UMAR AL-KHATTOB


 

Muharram pernah menyaksikan syahidnya Sayyidina Umar al-Khattob iaitu khalifah yang kedua daripada khulafa' ar-rashidin. Beliau juga merupakan khalifah ar-rashid yang pertama gugur syahid(akhirat) akibat pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang menjadi musuh dalam selimut kepada umat Islam. Sayyidina Umar semasa hidupnya samada sebelum memeluk Islam mahu pun selepasnya begitu terkenal dengan keberaniannya. Keberanian beliau diketahui oleh kawan dan lawan dan sebagai contohnya bagaimana semasa mahu berhijrah ke Madinah Munawwarah, beliau secara terang-terang memberitahu tentang penghijrahannya kepada kafir Quraisy yang berada di kawasan Ka'bah pada masa itu. Dengan pedang terhunus beliau menyeru : " Wahai kafir Quraisy! aku ingin berhijrah ke Madinah. Sesiapa yang ingin melihat isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi yatim maka cubalah sekat penghijrahan Umar ini".

  Pada zaman pemerintahan Umar juga, kita dapat lihat lebih luasnya penyebaran Islam dan juga pembukaan negara-negara Islam yang baru. Antara yang paling masyhur ialah apabila tentera Islam mampu membebaskan qiblat umat Islam yang pertama iaitu Masjid Aqsa di Palestin pada zamannya. Banyak lagi jasa yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang hayatnya dan kehilangan beliau sukar dicari ganti. Kita juga menyaksikan bagaimana pada zaman beliau menjadi khalifahlah bermulanya penggunaan taqwim Islam berdasarkan peristiwa hijraturrasul S.A.W.

    Beberapa hari sebelum terjadinya peristiwa yang menyayat hati ini, Abu Lu'luah seorang Majusi telah bertemu dengan beliau dan mengadu mengenai jumlah kharaj(macam cukai) yang dikenakan ke atasnya untuk dijelaskan kepada tuannya iaitu Mughirah bin Syu'bah agak tinggi. Kadar jumlah yang terpaksa dibayar ialah 4 dirham setiap hari yang mana Sayyidina Umar yang mendengar pengaduan ini mengatakan bahawa jumlah itu agak bersesuaian dan tidak terlalu membebankan. Ini berdasarkan kepada pendapatnya hasil daripada beberapa kerja yang dilakukan. Sebenarnya Sayyidina Umar memang boleh mempertimbang-  kan rayuannya itu sebagaimana beliau berbuat demikian dengan mereka yang lain tetapi beliau tetap dengan pendiriannya bahawa kadar yang dikenakan tidak membebankan Abu Lu'luah. Apabila rayuannya itu tidak diterima oleh Sayyidina Umar maka dia terys berlalu dari situ dalam keadaan marah dan penuh perasaan dendam. Dia berniat dalam hati untuk membunuh Sayyidina Umar dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan niat jahatnya itu.

    Akhirnya Sayyidina Umar mendapat berita mengenai niat jahat yang ingin dilakukan oleh Abu Lu'luah terhadap beliau. Beliau meminta pandangan Sayyidina Ali mengenai perkara ini lalu Sayyidina Ali berkata : "Adakah perlu kami mengawal engkau wahai Amirul Mukminin?". Jawab Sayyidina Umar dengan tegas : "Cukuplah Allah sebagai pengawal". Beliau tidak melantik pengawal khas bagi mengawal beliau daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku kerana beliau bimbang tindakan ini akan diikuti oleh khalifah selepas beliau nanti. Jika perkara ini berlaku akan menyebabkan orang yang dizalimi tidak lagi mampu menemui khalifah bagi mengadu sebarang masalah dengan mudah dan tidak payah melepasi pengawal terlebih dahulu.

    Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh, Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara sala satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala penjenayah itu.

    Berbalik kepada keadaan Sayyidina Umar di mana beliau terus rebah setelah ditikam. Para muslimin yang berada di situ terus memangku beliau dalam keadaan penuh kebimbangan. Beliau menyeru :" Adalah di kalangan kamu ini Abdul Rahman bin 'Auf?". Para muslimin menyahut : " Ya! ada wahai Amirul Mukminin". Beliau berkata :"Katakanlah kepadanya agar mengimamkan para muslimin dalam menunaikan solat Subuh!. Ia merupakan solat fardhu yang diwajibkan ketika ini". Inilah dia Sayyidina Umar yang begitu mementingkan kewajipan terhadap Allah daripada dirinya sendiri yang sedang berada dalam keadaan parah ketika itu. Adakah layak penganut syiah mengatakan bahawa beliau merupakan ahli neraka?. Siapaka mereka berbanding Sayyidina Umar?.

    Lalu Abdul Rahman bin 'Auf mengimamkan para muslimin dalam solat Subuh pada pagi itu. Manakala Abdullah bin Abbas bersama beberapa orang muslimin yang lain sibuk menguruskan Sayyidina Umar sehinggalah beliau diusung masuk ke rumahnya dan beliau ketika itu berada dalam keadaan koma. Setelah pagi telah meninggi maka beliau yang telah sedar daripada koma terus bertanya kepada para muslimin dikelilingnya : Adakah para muslimin telah mendirikan solat?". Jawab Ibnu Abbas :" Ya!". Kata Sayyidina Umar :" Tidak Islam bagi orang yang meninggal solat". Selepas itu beliau terus berwudhu' dan solat. Setelah selesai solat beliau terus berkata :" Wahai Abdullah bin Abbas! keluar dan tanya tentang siapakah yang cuba membunuhku?. Abdullah bin Abbas terus keluar dari rumah Sayyidina Umar dan bertanya mereka yang ditemuinya : " Siapakah yang menikam Amirul Mukminin?". Mereka memberitahu bahawa Abu Lu'luah yang telah melakukan perbuatan yang kejam itu terhadap Sayyidina Umar. Mendengar jawapan itu, lalu Abdullah bin Abbas terus kembali semula kepada Sayyidina Umar dan memberitahu beliau tentang orang yang menikamnya. Mendengar jawapan itu maka Sayyidina Umar terus berkata : " Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah yang mana tidak menjadikan orang yang menikamku sebagai orang yang akan mendakwaku di hadapan Allah nanti dengan tempat sujud yang disujudnya bagiNya sahaja". Maksud kata-kata beliau ialah beliau berasa lega kerana orang yang menikamnya bukan daripada kalangan muslim yang tidak berpuas hati dengannya.

    Beliau memanggil ahli perubatan pada masa itu yang mana ramai daripada kalangan mereka yang berada di Madinah datang untuk merawatnya. Mereka menyatakan bahawa kecederaan yang dihadapi oleh Sayyidina Umar agak parah dan tidak mampu dirawat lagi. Mendengar kata-kata ahli perubatan itu maka para muslimin berasa begitu sedih dan menangis  kerana tidak lama lagi mereka akan berpisah dengan pemimpin yang adil dan tegas itu. Mendengar tangisan itu lalu beliau terus menegahnya. Ketika beliau meminum susu maka beliau dapat melihat bagaimana air susu yang putih itu keluar daripada kesan lukanya. Beliau merasa sudah sampai masanya untuk menemui Allah Tuhan Penciptanya. Beliau memandang kepada muslimin sekelilingnya lalu berpesan agar mereka bertaqwa kepada Allah dan mendirikan solat serta bersikap adil kepada rakyat.

    Dalam keadaan yang sugul itu para muslimin mencadangkan agar beliau menentukan khalifah selepasnya. Beliau menjawab kepada mereka :" Aku tidak akan membuatnya maka sesungguhnya orang yang lebih mulia daripadaku telah meninggalkan urusan ini(pemilihan) kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu Sayyidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup(syahid dalam peperangan Mu'tah) nescaya aku akan melantiknya.Jika Salim maula Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan melantiknya". Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu berkata :"Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu". Mendengar kata-kata Sayyidina Umar itu lalu Abdullah bin 'Auf bertanya :" Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini?. Jawab beliau :"Demi Allah aku belum lagi berbuat demikian". Kata Abdul Rahman bin 'Auf :"Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masaalh ini selama-lamanya". Perintah beliau :" Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan mereka". Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil Sayyidina Ali, Sayyidina Uthman, Zubair bin al-Awwam dan Sa'ad bin al-Waqas. Dia berkata :" Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu". Dari sini kita dapat fahami bahawa masalah kepimpinan ini merupakan perkara yang besar dan tidak boleh dipandang ringan. Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan ini terlibat secara langsung dengan masalah agama bukannya sebagaimana dakwaan sesat golongan sekular bahawa agama suku politik suku. Jika benar dakwaan mereka mengapa masalah ini ditekankan oleh muslimin dan juga Sayyidina Umar yang berada dalam  keadaan tenat ketika itu.Kita juga dapat menyaksikan bagaimana cara pemilihan seseorang khalifah itu tidak ditetapkan oleh syarak. Oleh itu semua cara termasuk sistem monarki yang dimulai oleh Kerajaan Umawiyyah dan mereka selepasnya adalah betul selagimana tidak bercanggah dengan syarak dan tidak menggugat pelaksanaan Islam secara menyeluruh bukannya secara juzu' tertentu sahaja dengan menafikan juzu' yang lain bagi menjaga periuk nasi dan kedudukan politik seseorang pemimpin.

    Subuh hari pertama bulan Muharram tahun 22 hijrah menyaksikan kesyahduan suasana apabila Sayyidina Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu sama dengan umur Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar ketika kewafatan keduanya. Selepas jenazah beliau selesai diurus maka Suhaib ar-Rumi telah mengimamkan para muslimin dalam menyembahyangkan jasad yang mulia ini. Beliau dikebumikan dalam bilik Sayyidatina 'Aisyah selepas mendapat keizinannya. Maqam beliau berada berhampiran maqam Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar. Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermesyuarat dan sebulat suara melantik Sayyidina Uthman bin al-'Affan sebagai khalifah ar-rashid yang ketiga menggantikan Sayyidina Umar al-Khattob al-Faruq sebagai pemimpin Daulah Islamiah.

Jun 19, 2013

Tanda-Tanda Allah Cinta Pada Kita

orang berdoa
Sesungguhnya apabila ALLAH mencintai hambaNya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati yang bersih. Ketika ALLAH mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaanNya. Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia, antaranya :
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Dia Menjadi Begitu Berminat Dengan Ibadah
Adakalanya sesetengah orang yang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mencintai ALLAH. Tapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju & mundur, turun dan naik akhirnya tenggelam dipukul arus dunia.
Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu ALLAH mencintai dirinya. Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah ALLAH mengisytiharkan nama kita sebagai orang yang dicintaiNya?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Jika ALLAH mencintai seorang hamba maka ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya Aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)
Maka orang yang yakin bahawa ALLAH mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah ALLAH juga.
Bukan kerana kehebatan atau kewarakan, melainkan ALLAH yang menunjuknya ke jalan taqwa. Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai ALLAH iaitu cinta ALLAH kepada hambaNya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan.
Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak & isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta ALLAH kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Maksiat Membuat Dia Bangkit Mendekati Allah.
Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat & istighfar. Kemudian seseorang bangkit mengejar ALLAH, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa dari rahmat ALLAH. Ia sentiasa mengingati janji ALLAH Yang Maha Pengampun.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Katakanlah : Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi.” (Surah Al-Zumar , Ayat 53-54)
Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit dihatinya,tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan ALLAH.
Rasulullah SAW bersabda bermakud : “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya ALLAH akan mematikan kamu. Kemudia ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada ALLAH lantas ALLAH mengampuni mereka. ” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu di intip hingga ia pulang kembali ke sisiNya. Saat ALLAH mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.
Disitulah ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik : “Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang mafhumnya :
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing dan keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Surah Al-Anbiya’ : 33)
Tanda Allah Mencintai Seseorang Hamba Ialah Apabila Di Lapangkan Dadanya Menerima Ilmu Menjadi Petunjuk Ke Jalan Yang Benar.
Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan di kirim ke atas hati manusia petunjuk hidayahNya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.
Baginda SAW bersabda bermaksud : “Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Wallahu’alam…………..
Sumber : Ustaz Penang

Jun 15, 2013

Cuti Di Pulau Pinang

HARI KELEPASAN AM TAHUN 2013 BAGI NEGERI PULAU PINANG
Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari-hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2013.
CATATAN:-
( * ) Tertakluk kepada perubahan
PERINGATAN
Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong/ Tuan Yang Terutama maka hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.
1. HARI KELEPASAN AM (PERSEKUTUAN)
Hari Keputeraan Nabi Muhamad (S.A.W) (Maulidur Rasul)
-
24 Januari (Khamis)
Tahun Baru Cina (2 hari)
-
10 Februari (Ahad) dan 11 Februari (Isnin)
Hari Pekerja
-
1 Mei (Rabu)
Hari Wesak
-
24 Mei (Jumaat)
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
-
1 Jun (Sabtu)
Hari Raya Puasa (2 hari) ( * )
-
8 Ogos (Khamis) / 9 Ogos (Jumaat)
Hari Kebangsaan
-
31 Ogos (Sabtu)
Hari Malaysia
-
16 September (Isnin)
Hari Raya Qurban  ( ** )
-
15 Oktober (Selasa)
Hari Deepavali ( * )
-
2 November (Sabtu)
Awal Muharam (Maal Hijrah)
-
5 November (Selasa)
Hari Krismas
-
25 Disember (Rabu)
2. HARI KELEPASAN AM (NEGERI)
Tahun Baru 2013
-
1 Januari (Selasa)
Hari Thaipusam
-
27 Januari (Ahad)
Hari Kelepasan Am sempena dengan Pilihanraya Umum Yang Ke 13
>> Klik Untuk Muat Turun <<
-
06 Mei (Isnin)
Hari Ulang Tahun Pengisytiharaan Tapak Warisan Dunia
-
7 Julai (Ahad)
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
-
13 Julai (Sabtu)
Hari Nuzul Al-Quran


Ribut Melanda Di Pulau Pinang

_Sumber :Ribut Melanda Di Pulau Pinang

Urutan dari tragedi ribut yang melanda di hampir 21 lokasi di seluruh Pulau Pinang semalam. Saya sempat membuat lawatan ke lokasi yang paling teruk terjejas kesan dari ribut semalam yakni di Jalan Macalister.

Menjawap soalan dari pihak media. Mesejnya jelas:
keselamatan adalah keutamaan
Meninjau masjid di seberang jalan tapak kejadian. Alhamdulillah, masjid
terpelihara. Hanya serpihan batu kecil dan tembok condong.
Jalan yang rosak dhempap oeh tiang pemancar telekominikasi
hancur menyebabkan paip bawah tanah pecah dan air melimpah
Sebahagian dari kenderaan yang dihempap
Bahagian antena yang runtuh
Tong gas (dari lori yang ditimpa serpihan) telah dialehkan oleh pihak 
keselamatan demi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Butiran lanjut, baca di sini.

Jun 10, 2013

Permulaan Persekolahan .

Assalamualaikum,

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, 
"Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu."

Alhamdulillah , ana sudah kembali ke Taman Syurga . Taman Syurga itu majlis ilmu , Sekolah Majlis Ilmu .. Alhamdulillah , Alhamdulillah.

 

Jun 9, 2013

Cuti Sudah Habis Bro .

Assalamualaikum , sedar atau tidak , Cuti penggal pertama sudah Habis ..... YaAllah cepatnya masa berlalu . CEPATnya MASA ?. ingatkan Hafiz dengan :

Diriwayatkan juga dalam Musnad Ahmad (10560), dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallau 'alaihi wa sallam bersabda:


لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ ، وَيَكُونَ الشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونَ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ ، وَيَكُونَ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ ، وَتَكُونَ السَّاعَةُ كَاحْتِرَاقِ السَّعَفَةِ

Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap.” (Imam Ibnu Katsir mengatakan: isnadnya sesuai syarat Muslim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami’ no. 7422)
Kedua hadits ini menunjukkan bahwa di antara tanda-tanda dekatnya kiamat adalah berdekatannya zaman (waktu semakin singkat dan cepat).

Mengenai makna semakin berdekatannya zaman ini, para ulama berbeza pendapat. Di antara makna yang paling kuat adalah bahwa berdekatannya zaman boleh jadi berdekatan secara Hissi (inderawi) dan boleh jadi berdekatannya adalah secara Ma’nawi (non inderawi).

Berdekatan waktu secara Ma'nawi adalah dengan hilangnya barakah pada waktu/zaman tersebut. Ini sudah terjadi sejak beberapa tahun yang lalu. Sehingga Ibnul Hajar rahimahullah mengatakan, "Hal ini telah kita jumpai pada masa sebelumnya.”

Pendapat ini adalah yang dipilih oleh Imam al-Qadhi ‘Iyaad, Imam Nawawi, dan al-Hafidz Ibnul Hajar rahimahumullah. (Periksa: Ma’alim al-Sunan oleh al-Mundziri: 6/141-142, Jami’ al-Ushul oleh Ibnul Atsir: 10/409, dan Fathul Baari: 13/16 –dinukil dari Asyraath al-Sa’ah, Yusuf al-Wabil: 142)

YaAllah adakah ini tanda Kiamat ? Tiada Berakah(berkat) dalam hari-hari yang terasa laju itu .. Selama Dua minggu Hafiz cuti , Hafiz rasa Hafiz makin jauh dari Allah ..

#YaAllahAmpunKanAku

 

Kisah Media- Susur Keluar Jambatan Kedua Rebah Kebumi .

PULAU PINANG 6 Jun - Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.
Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.
Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.
Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan.






Susur Jambatan Kedua runtuh: 4 dikhuatiri maut


PULAU PINANG 6 Jun - Empat maut selepas tanjak penyambung jalan sepanjang kira-kira 50 meter di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung di sini, runtuh dan menghempap sebuah kereta kira-kira pukul 7.15 malam ini.
Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada tanjak atau `ramp' di bawah kerja-kerja pembinaan dalam pakej 3A yang giat dijalankan.
Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut telah ditimpa runtuhan besi dan konkrit binaan jambatan berkenaan dari ketinggian 30 meter.
Sehingga pukul 11 malam ini, belum dapat disahkan jumlah mangsa yang terperangkap dalam kejadian berkenaan


PEMILIK KERETA YANG TERPERANGKAP DI DALAM RUNTUHAN DIKENAL PASTI


George Town, 7 Jun - Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.
Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.


so, hanya pemilik kereta kelisa itu sahaja yang dikenalpasti, tp still not sure siapa yg berada didalam kereta kelisa tu




Jambatan runtuh: Penyelamat guna 4 jek hidraulik

PULAU PINANG 7 Jun - Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan empat buah jek hidraulik bagi mengeluarkan mangsa runtuhan tanjak penyambung susur keluar jambatan kedua pulau pinang yang runtuh lewat petang semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd. Shoki Hamzah berkata, setiap jek itu mampu menampung beban sehingga 200 tan.
"Dijangkakan mangsa akan dapat dikeluarkan dalam masa dua jam kerana kerja-kerja mengangkat runtuhan konkrit seberat hampir 500 tan itu mengambil sedikit masa.
"Pihak bomba juga akan membuat operasi mencari sekiranya ada mangsa lain yang terlibat selepas mengeluarkan mangsa ini," katanya.
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai memandu Perodua Kelisa yang dihempap konkrit berkenaan.

Mangsa runtuhan jambatan P.Pinang berjaya dikeluarkanShafizan Johari| Kemas kini: Jun 07, 2013
KUALA LUMPUR: Mangsa runtuhan susur jambatan kedua Pulau Pinang berjaya dikeluarkan pada jam sembilan malam, dalam operasi yang mengambil masa lebih 24 jam.

Mangsa berketurunan melayu mati dalam insiden itu.

Mayat dibawa ke hospital sejurus dikeluarkan daripada runtuhan.

Turut berada di tempat kejadian semasa jenazah mangsa dikeluarkan ialah abang mangsa.
Beliau pengsan setelah gagal menahan sebak.

Pihak bomba kini sedang mengesahkan sama ada masih ada mangsa lain yang berada di bawah runtuhan.


Mangsa runtuhan jambatan dikebumi awal pagi ini

PULAU PINANG 8 Jun - Mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan akan dikebumikan awal pagi ini juga.
Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajudin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.
"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Mayat Zainal yang terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku lewat petang semalam itu berjaya di keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.45 malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Jambatan runtuh: Pakar Patologi sahkan mangsa maut akibat sesak nafasMALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, 7 Jun.- Pakar Patologi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh mengesahkan mangsa yang terbunuh di dalam insiden runtuh susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang meninggal dunia akibat kesesakan nafas.
Katanya, mayat Tajudin Zainal Abidin, 45 mengalami kecederaan teruk di seluruh anggota badan.
"Mangsa patah kedua-dua belah kaki serta tulang rusuk di bahagian kiri.
"Mayat mangsa juga didapati reput berikutan timbunan konkrit yang memhempapnya terlalu berat," katanya selepas membedah siasat mayat mangsa.

Operasi kesan mangsa di bawah runtuhan ditamatkan
PULAU PINANG 8 Jun - Operasi mengesan mangsa terperangkap dalam kejadian runtuhan tanjak penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Kedua di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung dekat sini akan ditamatkan pada pukul 6 petang ini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemberhentian itu dibuat selepas pasukan penyelamat yakin tiada mangsa lain yang masih terperangkap.
"Setakat ini kita telah melakukan sebanyak tiga kali operasi mengesan menggunakan empat ekor anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat tetapi tiada sebarang petanda menunjukkan ada mangsa dan kenderaan lain yang dijumpai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tanjak susur keluar Jambatan Kedua itu runtuh lewat petang Khamis lalu menyebabkan seorang pemandu kereta, Tajudin Zainal Abidin, 45, maut selepas terperangkap di bawah runtuhan itu ketika dia melalui kawasan tersebut ketika kejadian.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 8.45 malam tadi, iaitu selepas lebih 25 jam kejadian itu berlaku. - UTUSAN ONLINE


AL - FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA

KULIAH - Ust Shamsuri = Cinta Berlaga Troli [140113]

KULIAH : Ustaz Don - Ketika Cinta Bertasbih