Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Nov 1, 2013

Umat Islam Akhir Zaman - Sheikh Zainul Asri





Oct 12, 2013

CERPEN : Mungkin Itu Terbaik

Mungkin sebelum ini saya cuba jauhi kisah itu , kisah yang menghantui diri saya sejak tujuh tahun yang lepas . kisah yang membuatkan aku dan kamu jauh dan tidak pernah bercakap . Mungkin hakikatnya salah saya membenarkan kamu masuk dalam hati saya. Kisah silam yang mebuatkan aku tidak berani melangkah walau selangkah. Pernah pada mula aku cuba , terus mencuba dan mencuba , namun keputusannya sama sahaja . Kadangkala aku sering menangis bila memikirkan perkara itu , ramai orang kata aku ini panas baran , berani sebab seringkali tampil kehadapan mewakili banyak acara. Namun hakikanya aku menangis bila memikirkan perkara itu .  Tapi aku perlu melalui perkara ini juga . Eloklah kita mula berbicara dari mula , orang kata , Tak kenal maka tak cinta . Aku kenalkan diriku , namaku , Fiz pelajar lulusan UPSR disebuah sekolah rendah di utara semenanjung . Kisah yang aku gambarkan ini bermula ketika usiaku , DARJAH 3 , pelik? ha aku juga pelik dengan kisah ini , mengapa aku sudah mempunyai perasaan kasih dan sayang itu walaupun aku masih baru mengenal dunia , mungkin ini anungerah Allah . Aku mula mengenalinya sejak darjah dua . Dia seorang yang bijak , perwatakan baik . melangkah kedarjah tiga aku mula menghampirinya . Aku pernah bercakap dengan dia . Aku mula merasakan hati ini membenarkan dia masuk dalam diri aku .

Tiba-tiba aku tersedar , hakikatnya sekarang aku ini pelajar yang agak bermasalah , malas . Walaupun berada dalam kelas yang sama dengan dia , namun aku ini malas orangnya . Habit buruk itu aku ada sehingga sekarang . Aku merangkak dan terus merangkak , aku terus mengubah diri aku , tapi seorang pelajar yang bermasalah sebagai seorang pengawas , mungkin aku terlalu taksub dengan dia . Kesedaran aku bahawa aku tidak sekufu dengannya , aku mula mendiamkan diri aku , tidak pernah bercakap dengan dia . Aku hanya berkongsi masalah aku dengan rakan karibku Mior , masalah perasaan suka aku juga aku kongsikan bersama Mior . Mior pada ketika itu memahami perasaan aku kerana dia juga sedang berbuih cintanya bersama Nabila . Hebatkan? Baru sekolah rendah perasaan itu kami alami . AKu percaya bahawa Mior boleh memahami aku . Tapi, mior menceritakan perasaan suka aku ini kepada Nabila . Nabila ialah kawan karib dia pada masa itu . Nabila dengan tidak sengaja menceritakan perasaan aku kepada dia.

Aku mula mendiamkan diri , tidak bercakap dengan dia . Aku mula merasakan aku malu dan malu untuk bercakap dengan dia . Sedangkan aku dalam dia memerhati dia ketika dia pandang kearah lain sewaktu dikelas. Aku fikir aku mampu untuk lupakan dia , tapi tidak . Selangkah menuju kearah akhir UPSR , kini aku , dia dan kawan-kawanku melangkah ke alam Sekolah menengah . Di sekolah menegah aku berada satu kelas dengan dia .  Sebenarnya pada waktu ini kisah yang menyatakan perasaan aku sudah tersebar luas .  Sewaktu disekolah menengah dia menjadi tumpuan senior_Senior di sekolah . Pernah sekali seorang senior menyanyakan aku satu soalan yang membuatkan aku terkejut . Soalannya berbunyi " Engkau kenal Zafa ? " . oh , sebelum itu "DIA " yang aku maksudkan adalah "Zafa" . Ok sambung kembali ceritannya. Aku pun menjawab , " Ya, dia rakan sekelasku " . Kemudian senior itu tanya lagi " Kau ada apa-apa dengan dia " . Aku terdiam sambil memikirkan dalam hati "Macam mana dia tahu?".  Mulut aku mengatur bicara "Tidak , kami hanya kawan sekelas " . Senior tadi tersenyum mendengar jawapanku .

Sewaktu dikelas , biasalah awal tahun . Mencari ketua kelas , rakan sekelasku mencalonkan namaku sebagai ketua dan Zafa sebagai penolong . Aku fikir akulah paling malang masa itu . Aku tidak mahu diperli sewaktu dikelas mengambil keputusan untuk menarik diri , tetapi cikgu tidak benarkan . Hampir 2 minggu juga aku bekerjasama dengan Zafa . Pekerjaan sebagai seorang ketua kelas ini memerlukan aku bercakap dengan Zafa . Aku fikir semua , YaAllah , aku tak pernah cakap dengan Zafa . Aku gagahkan diriku . Selapas dua minggu aku mendapat idea untuk menjauhkan diri aku dari zafa . Aku mengambil keputusan menyertai kepimpinan pengawas. Dan aku berjaya . Kini aku melepaskan tanggungjawab ketua kelas . Tetapi aku mula merasakan satu perasaan yang pelik . Kenapa aku menjauhkan diri dari dia ?

MUNGKIN ITU TERBAIK untuk dirinya dan diriku .

<Bersambung> ...

Oct 8, 2013

Cerpen : Aku dan Mereka (1)

Hari ini , kita telah merdeka , gembiralah , penat lelah usaha kita , kini telah kita buktikan hanya tunggu masanya untuk mengetahui keputusan . Tepat jam 4.00 Petang , aku dan kawan-kawan sedewan menjerit keriangan kerana PMR sudah tamat . Pembelajaran Tingkatan 1 -3 telah habis kami curahkan . Kini masanya aku dan kawan-kawan memikirkan pengembaraan kehidupan kami seterusnya , sama ada berada dalam situati sekarang ini atau maju kealiran masing-masing . MRMS ? Kolej VOkesional ? Sekolah Teknik ? Sekolah berasrama penuh . Semua itu bermain difikiran ku . Wah . Adakah kami sudah merdeka ? Tapi kalau merdeka kenapa kami perlu memilih aliran kami ? Aliran Sains ? Wah banyak pilihan , tapi aku tak tahu mahu memilih yang mana .  Tapi sebelum kita mengembara kehidupan akan datang , Mari aku terfikir cepat betul masa berlalu . Rasa macam mula-mula masuk sekolah Tingkatan 1 masih teringat dikotak fikiranku . Mengimbau Pengembaraan lampau , sejarah silah kisah hidupku bersama rakan sekelas , Kata pujangga " Kita Belajar Dari Sejarah " . Ketika itu aku masih baru dalam alam sekolah menengah . Tingkatan satulah katakan . Aku tergamam dengan situasi ini . Biasalah kita masih baru , tetapi wajib sesuaikan diri dengan segera . Aku masih ingat sewaktu aku dicadangkan sebagai Ketua Kelas oleh rakan sekelas . Sebenarnya rakan sekelas aku nak menyakat aku. Mereka juga mencadangkan Zafa sebagai penolong aku . Penolong ketua kelas .  2 minggu juga aku perlu bekerja bersama Zafa . Selepas ini aku mengambil keputusan untuk menyertai pengawas sekolah , aku pun hantar borang permohonan . Selepas itu kena Temuduga . Lepas Temuduga aku berjaya . Lepas berjaya aku pun Tinggalkan tugasku sebagai ketua kelas

Masuklah aku kedalam kepimpinan pengawas , sehingga sekarang aku berada dalam kepimpinan ini . Kini , aku perlu menabur bakti menjadi orang kanan cikgu . Walaupun bergelumbang dengan Bahaya . Tapi cerita tingkatan satu tidak berakhir disitu . Kami sekelah menerima seorang guru baru , cikgu Zatul . Cikgu yang baik , tegas . Tetapi itulah hakikatnya . Kami terus belajar dan belajar .  Kalau nak aku ceritakan juga , KERANA MULUT BADAN BINASA . Untuk pengetahuan , Kesemua ujian yang aku ambil ditingkatan satu aku tak pernah dapat Gred bawah dari C . Tetapi kerana mulut badan binasalah katakan , aku pernah mengata guru sainsku cikgu Nita . Cikgu Nita pernah masuk lewat kedalam kelas , dan saya cakap sehingga cikgu Nita terasa . Saya cakap "Cikgu lambat sebab jalan Jem " . Mulai hari itu aku tak pernah minta maaf dari cikgu . Dan ketika Peperiksaan akhir tahun dijalankan subjek sains , aku terlalu yakin ketika menjawab . Ketika mendapat result . Akulah satu-satunya pelajar dalam Tingkatan Satu yang GAGAL mendapat gred E dalam mata pelajaran Sains . Jadi aku telah mengejut sekolah dan ibu bapa aku . Kini aku menyesal dan aku berazam tidak akan mengulanginya lagi .

<Bersambung>.....

Sep 22, 2013

Ceramah Perdana - Ustaz Ismail Kamus





Masjid Taman Brown, Pulau Pinang.


Sep 10, 2013

Kuliah Perdana - Ustaz Yo - Masjid SABAS, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam

Rakaman di Masjid SABAS, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam pada 1hb Mei 2013.

~ Usaha mencari redha Allah
~ Kitab mahal dari MyVi
~ Tau hukum, tapi dok silap pilih



Sep 9, 2013

Rakaman Kuliah Maghrib : 4 Takbir Kematian - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif

Rakaman Ceramah Perdana : 4 Takbir oleh Ustaz Tarmizi Shamsul Arif di Masjid Jamek Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 31hb Ogos 2013.





~ Bilal tikam ekor
~ Peraturan buat tahlil mesti pizza hut
~ Orang 3 suku sambut Merdeka
~ Mengaji dalam hutan
~ Hukum Allah
~ Tilawah Quran vs Maharaja Lawak
~ Syarat sah syahadahhttp://www.blogger.com/blogger.g?blogID=9090541271135881381#editor/target=post;postID=8571214752590294746

Kredit : KOsuKE

*Untuk update terkini sila like Facebook Page kami : https://www.facebook.com/teamkosuke atau https://www.facebook.com/zonkuliah
dan Group Facebook : https://www.facebook.com/groups/zonkita/
Twitter : @zonkitaorg (http://twitter.com/zonkitaorg)
Sekiranya ada sebarang persoalan agama yang ingin ditanyakan kepada mana-mana ustaz, sila kemukakan soalan di FB page Ubat Apa Tok Wi? (https://www.facebook.com/tanyatokwi), insyaAllah kami akan postkan video jawapan di channel kami **


Sep 6, 2013

Sains Dan Islam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera . Mungkin benda ini saya perasan atau semua orang dah tahu . Hakikatnya Sahabat saya yang menyedarkan saya tentang hal ini ; Azim Farhan


"Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;"
(Yaa Siin 36:38)

Percaya atau tidak jika kita baca tafsir secara sepintas lalu kita akan perasan bahawa Allah bersabda dan menerangkan  "
matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya"  Secara logik fakta sains yang kita gunakan hari ini kita tahu bahawa Matahari tidak bergerak . Bumi dan Planet yang lain sahaja bergerak dalam Laluannya . Tapi jika kita lihat Allah berFirman Matahari kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkannya . Persoalannya sekarang ini adakah fakta yang kita gunakan hari ini adalah SALAH ? kerana Mustahil Al-Quran MENIPU . Al-quran diturukan sebagai petunjuk . 

Perkara ini yang merungsingkan . Kata cikgu kita terpengaruh dengan Fakta Barat yang sengaja menipu kita . Wallaualam :D 

 

Sep 4, 2013

40 MIN USTAZ DON - 28 JULAI 2013 MASJID ZAHIR

CERAMAH KHAS SEMPENA MOREH TUANKU AGUNG DI MASJID ZAHIR .



Sep 3, 2013

Ustaz Sayang Anda | Stadium MBPJ


  RAKAMAN :


Sempena Program Ustaz Sayang Anda di Stadium MBPJ, Petaling Jaya Selangor.
Sabtu 8hb Sept 2012


Sep 2, 2013

30 minit Ustaz Don - Cinta Rasul

Assalamualaikum , Bersama Ustaz Don selama 30 minit .

Memang Sedih :(



Kredit : Tv Al-Hijrah