Pages

Oct 8, 2013

Cerpen : Aku dan Mereka (1)

Hari ini , kita telah merdeka , gembiralah , penat lelah usaha kita , kini telah kita buktikan hanya tunggu masanya untuk mengetahui keputusan . Tepat jam 4.00 Petang , aku dan kawan-kawan sedewan menjerit keriangan kerana PMR sudah tamat . Pembelajaran Tingkatan 1 -3 telah habis kami curahkan . Kini masanya aku dan kawan-kawan memikirkan pengembaraan kehidupan kami seterusnya , sama ada berada dalam situati sekarang ini atau maju kealiran masing-masing . MRMS ? Kolej VOkesional ? Sekolah Teknik ? Sekolah berasrama penuh . Semua itu bermain difikiran ku . Wah . Adakah kami sudah merdeka ? Tapi kalau merdeka kenapa kami perlu memilih aliran kami ? Aliran Sains ? Wah banyak pilihan , tapi aku tak tahu mahu memilih yang mana .  Tapi sebelum kita mengembara kehidupan akan datang , Mari aku terfikir cepat betul masa berlalu . Rasa macam mula-mula masuk sekolah Tingkatan 1 masih teringat dikotak fikiranku . Mengimbau Pengembaraan lampau , sejarah silah kisah hidupku bersama rakan sekelas , Kata pujangga " Kita Belajar Dari Sejarah " . Ketika itu aku masih baru dalam alam sekolah menengah . Tingkatan satulah katakan . Aku tergamam dengan situasi ini . Biasalah kita masih baru , tetapi wajib sesuaikan diri dengan segera . Aku masih ingat sewaktu aku dicadangkan sebagai Ketua Kelas oleh rakan sekelas . Sebenarnya rakan sekelas aku nak menyakat aku. Mereka juga mencadangkan Zafa sebagai penolong aku . Penolong ketua kelas .  2 minggu juga aku perlu bekerja bersama Zafa . Selepas ini aku mengambil keputusan untuk menyertai pengawas sekolah , aku pun hantar borang permohonan . Selepas itu kena Temuduga . Lepas Temuduga aku berjaya . Lepas berjaya aku pun Tinggalkan tugasku sebagai ketua kelas

Masuklah aku kedalam kepimpinan pengawas , sehingga sekarang aku berada dalam kepimpinan ini . Kini , aku perlu menabur bakti menjadi orang kanan cikgu . Walaupun bergelumbang dengan Bahaya . Tapi cerita tingkatan satu tidak berakhir disitu . Kami sekelah menerima seorang guru baru , cikgu Zatul . Cikgu yang baik , tegas . Tetapi itulah hakikatnya . Kami terus belajar dan belajar .  Kalau nak aku ceritakan juga , KERANA MULUT BADAN BINASA . Untuk pengetahuan , Kesemua ujian yang aku ambil ditingkatan satu aku tak pernah dapat Gred bawah dari C . Tetapi kerana mulut badan binasalah katakan , aku pernah mengata guru sainsku cikgu Nita . Cikgu Nita pernah masuk lewat kedalam kelas , dan saya cakap sehingga cikgu Nita terasa . Saya cakap "Cikgu lambat sebab jalan Jem " . Mulai hari itu aku tak pernah minta maaf dari cikgu . Dan ketika Peperiksaan akhir tahun dijalankan subjek sains , aku terlalu yakin ketika menjawab . Ketika mendapat result . Akulah satu-satunya pelajar dalam Tingkatan Satu yang GAGAL mendapat gred E dalam mata pelajaran Sains . Jadi aku telah mengejut sekolah dan ibu bapa aku . Kini aku menyesal dan aku berazam tidak akan mengulanginya lagi .

<Bersambung>.....

0 Orang Kata:

Post a Comment