Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

May 25, 2013

Tragedi : Kebakaran di terminal bas Butterworth (2001)

Assalamualaikum , Hari ini hafiz nak berkongsi dengan dunia , atau lebih dikenali Anak Penang , yang mungkin tak tahu dengan tragedi ini , hafiz pun baru tahu dengan terperinci selepas membacanya di ArkibNegara .

Pada 20 Mei 2001, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah terbakar. Kejadian itu dilaporkan bermula pada sekitar pukul 5.00 pagi. Bangunan tersebut yang menempatkan terminal bas di tingkat bawahnya terletak berhampiran dengan pangkalan feri (yang sebahagiannya pernah runtuh pada 1988) di Butterworth, Seberang Prai. Kebakaran itu berlaku di tingkat dua bangunan tersebut yang menempatkan pasaraya terkenal Parkson dan juga Tops. Kebakaran yang boleh dikatakan sangat besar itu hanya dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 12 jam kemudian iaitu pada sekitar pukul 5.00 petang. Kemusnahan teruk di tingkat teratas yang meliputi bahagian bumbung telah menyebabkan bahagian-bahagian lain bangunan lama itu tidak dapat digunakan seperti biasa dan ia akhirnya telah dirobohkan sepenuhnya tidak lama kemudian.



Nota tambahan:
  • Tingkat satu bangunan Kompleks SPPP menempatkan kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan serta gerai-gerai makanan yang sering menjadi tumpuan para pengguna terminal bas Butterworth. Tempat itu juga biasa dijadikan lokasi melepak generasi 1980-an.
  • Gambaran bahagian belakang bangunan Kompleks SPPP ada tersemadi dalam filem Ke Medan Jaya (1983) yang menunjukkan adegan kereta penjenayah sedang meluncur keluar daripada tingkat atas sebuah feri lalu menuruni laluan keluar berhampiran dengan bangunan tersebut.
Petikan filem Ke Medan Jaya (1983)

Metro : Saya Pula Jadi Mangsa

HarianMetro - 25/5/2013

Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi semalam.
Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.
Sebelum itu, pasangan berusia 30-an itu bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.

Foto
MANGSA bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya.

Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.

Cerpen : Mencari Sebuah Cinta

Bab 1 - Mengapa  ?             




Fakri, seorang pelajar Sains Tulen di sebuah sekolah diutara semenanjung , Fakri seorang pelajar pintar yang kini berada ditingkatan 4 , sewaktu PMR yang lepas Fakri memperoleh keputusan 8A yang membuatkan Fakri diCop pelajar pilihan oleh guru-guru disekolahnya . Fakri mempunyai rupa paras yang agak kacak , berkaca mata yang menyebabkan ramai gadis disekolahnya tertarik untuk berkawan , tetapi dapatkah Fakri Mencari Sebuah Cinta yang suci tulus dari Ilahi .Perjalanan pulang dari sekolah Fakri terserempak dengan Aina , seorang rakannya di kelasnya , Aina pelajar yang diam , wajahnya , ilmunya dan hatinya membuat Fakri tertarik dengan Aina , persoalannya adakah Aina akan tahu rahsia hati ini . Di Saat dia memerhati Aina datang Fiqah dari belakang menyapa dengan Gedik Fakri , "Hai Fakri , sorang je ke . Nak ngorat boleh ? " Fakri dengan senyuman menjawab " Maaflah saya ada kerja nak kena balik awal , bye " Fakri terus beredah dari situ . Setibanya dirumah , Fakri menenagkan fikiran , solat dan berdoa , Fakri pelik mengapa dirinya dicampakkan oleh Allah rasa takut apabila berhadapan dengan Aina . Fakri cuba lupakan Aina kerana khuatir mengganggu fokus belajarnya .

             Keesokan harinya , Fakri mendiamkan diri , mencari kawasan sunyi untuk bersendirian sehingga keadaan pelik itu mengkuatirkan sahabatnya Aiman , Aiman menyapa dan menanyakan Fakri "Fakri kau nape? aku tengok macam ada problem je , cer kongsi dengan aku " . Fakri hanya senyum sahaja . "Aku ok , tak ada apa-apa , cuma aku takut sebab exam Pertengahan tahun dah dekat itu saja ." Dengan senyuman itu meyakinkan Aiman bahawa Fakri tiada masalah . "KRINGGGGG" Locong rehat berbunyi , kawan-kawan Fakri yang lain sudah turun , Fakri menunggu semua rakannya turun kemudian dia terus berada di dalam kelas . Kamal musuh utama Fakri yang dengki akan kecemerlangan Fakri melihat Fakri didalam kelas membuatkan Kamal mengatur langkah untuk mengenakan Fakri , Kamal menunggu sehingga Fakri beredar , selepas Fakri turun ke Kantin , Kamal masuk keKelas dan menyelongkar beg Aina dan mengambil Wang kelas yang dipegang oleh Aina dan meletakkan didalam beg Fakri ."KRINGGGGG"  locong berbunyi menandakan waktu rehat tamat , suasana naik keKelas bertambah kecoh dengan tangisan Aina . Setelah mendapat penerangan dari Aina , Badan Pengawas sekolah mengadakan pemerikasaan mengejut kepada semua orang di dalam kelasnya .

            Kamal dari belakang hanya tersengih apabila pengawas memulakan pemeriksaan . Sampai kepada geliran Fakri diperiksa , mereka terkejut kerana wang yang hilang itu ada didalam beg Fakri , Fakri mengaku tidak bersalah , beliau dihadapkan keMahkamah sekolah dan gagal membela diri dan menyebabkan Fakri dihukum , hukuman Fakri tidak terlalu berat hanya sebatan 2 rotan di tangan , tetapi agak memalukan kerana hukuman itu dilakukan dihadapan semua guru dan murid ketika waktu perhimpunan . Selepas itu dihari berikutnya , Fakri disihkan dan digelar Pencuri oleh rakan sekolahnya kecuali Aiman . Pulangnya Fakri kerumah dengan tangannya yang bengkak , disorokan dari pengatahuan ibunya . Fakri berlari ke Surau didalam rumahnya , mengambil wudu' dan solat zohor , selepas solat zohor beliau berdoa , selesai berdoa , dia berasa hairan MENGAPA ini semua terjadi , mengapa dia dituduh mencuri wang AINA ? mengapa Aina . Persoalan itu tidak dapat dijawabnya . Fakri tertidur sehingga waktu Asar.


BAB 2 - Bantu agama ALLAH bantu KAMU

           Fakri terjaga dari lena di atas tikar sejadah selepas terdengar azan Asar dari masjid kedengaran , pantas Fakri mengambil wuduk , dan menaiki motosikal keMasjid , dalam perjalanan pergi Fakri terserempak dengan Aina. Fakri malu kerana dia didapati bersalah mencuri wang kelas dari Aina ,walaupun sebenarnya bukan Fakri yang lakukan . Tiba-tiba Fakri terkejut . "Eh kenapa Aina lagi ?  YaAllah  mengapa " . Setibanya Fakri di Masjid Fakri segera masuk menunaikan solat berjemaah ini kerana Fakri sudah lewat untuk solat bersama. Selepas selesai , Fakri terus pulang ke Rumah , Fakri memikirkan kembali mengapakah Aina ? . " Disekolah Aina, Balik sekolah Aina , sampai nak ke Masjidpun Aina . YaAllah kenapa kau uji aku seperti ini ." Hati fakri merungut. Fakri abaikan apa yang orang hendak kata biarkanlah. Mulai saat ini Fakri berjanji akan sentiasa bersama Agama Allah. Dalam keheningan petang , sebelum masuknya Maghrib , awal-awal lagi Fakri bersiap mahu ke Masjid , biasalah masjid baharu , masih tidak sistematik pengurusannya. Fakri datang awal dan menghampar tikar sejadah membuka kipas dan pendingin hawa bagi keselesaan Jemaah lain . Pengerusi masjid melihat Fakri rajin membantu Rumah Allah ini , selepas solat maghrib , ada sesi kuliah Maghrib bersama Ustaz Azhar , guru disekolah Fakri , selesai solat Isyak Fakri mengambil keputusan untuk menanyakan adakah semua yang dialami dirinya ini satu MUSIBAH? Dikejar ustaz Azhar. " USTAZ , USTAZ ! ". "Ya saya , oh kamu Fakri kenapa? " . Fakri mula bercerita . selepas itu Fakri mendapat semangat baru selepas berbual dengan Ustaz Azhar.

Setahun kemudian , semasa menjawab soalan SPM , Fakri merasa tenang , dan menjawab dengan baik disamping diBantu oleh Allah . Ketika didalam dewan peperiksaan , kedudukan Fakri bersebelahan dengan meja Aina . Selesai menjawab kertas terakhir , Fakri mengambil keputusan untuk belajar Ilmu Allah . Dari belakang Aiman , rakan karibnya menyapa. " Fakri macam mana exam ok tak ? " . "Ok sahaja " jawab Fakri sambil senyum . Aiman mula mengatur satu soalan . " Fakri aku nak tanya satu soalan , dah lama aku nak tanya BETULKAH kau suka kan Aina ? " . Fakri terkejut. "Mana kau tahu nie , ya Aku memang sukakannya jaga kau bagi tahu orang lain pula. " . "Patutlah , sebenarnya aku ada rahsia , dah lama Aina bagi tahu aku , tapi aku lupa nak bagi tau dekat kau . " . Semakin hari semakin rapat . Berkat Fakri suka membantu agama Allah ketika di Masjid , mengimarahkan rumah Allah , kini Allah menghadiahkan Isteri pilihan hatinya Aina .

#Moral- Jodoh Itu Rahsia Allah , Jauh Lari jika jodoh tetap Jodoh
#Moral - Bantu agama Allah Allah bantu kamu

KARYA : hafizAhyat

Motoku diWad Kecemasan.

Assalamualaikum , Motoku telah dihantar ke wad kecemasan . Kini dah pulih sepenuhnya . Alhamdulillah ,

Rupa-rupanya para leher yang moto aku alami dah lama sejak dia Dilahirkan .













Selamat Bercuti !

Assalamualaikum ,



Cuti sekolah sudah datang :D Sekarang hafiz nak ucapkan selamat bercuti semua , relex sikit cuti ini , Tekanan belajar boleh membawa MAUT!!! ... heheh Hafiz tipu sahaja :D Sebenarnya belajar tak bawa mati pun . :D Hafiz seronok tengok kawan hafiz Cie-An bercuti kat penang , hafiz kat penang juga . Penang? oh penang bermaksud SEBELAH pulau , inilah keuinikan Pulau Pinang yang tiada di Negeri lain , Negeri di Asia tenggara yang mempunyai jambatan untuk menghubungkan keKawasan negeri yang lain , Jambatan Terpanjang di Asia Tenggara. <Trivia> .

Cuti ini cikgu ROZITA pesan , Bekukan Cuti Anda , exam dah dekat , trial PMR bulan 9 kalau hafiz tak silap , mak hafiz pun bising tengok sikap hafiz 24 jam depan Laptop :D Dah bulan lima belum juga study , Nak cover form1,2dan3 banyak itu , sabar saja lah ..


May 23, 2013

Aku Kalah .

Assalamualaikum ,

Aku kalah , kalau dari memburu dia ? Siapa ? biarlah . Bila bicara tentang Cinta , akulah orangnya , manusia yang tak reti bercinta. Aku mengaku kalah dan aku akan mengaku kalah , semua kawan aku yang menyertai pertandingan ini beranai untuk berhadapan dengan Dia namun aku tidak berani .. Berdiri dihadapan dia itupun aku tak berani inikan pula bercakap , mengelamun aku dalam Makmal Sains tadi , saya lihat awak seronok saja memperoleh Result SN -38(paper1) kalau tak silap . Tahniah , awak Tahniah , saya tahu awak memang Wajib dapat macam itu kalau tak dapat keputusan baik itu bukan awak , Mengelamaun , aku melarikan diri ke punjuru belakang makmal memikirkan apakah kesudah kisah ini . Awak saya lihat semua kawan saya semua berani cakap dengan awak tapi bukan saya . Datang sahabat saya MR.A  menyapa saya . " Hafiz kenapa? sedih sebab KALAH untuk dapatkan dia " tersentak aku , hati kecilku berbicar " Macam mana hang boleh tau " . aku mula mengatur kata " Tak lah aku risau result SN teruk " . Aku cuba ubah topik yang bermain di kotak fikiranku .

 (hanyaSebuahGambar_)

Awak saya kalah , saya mengaku kalah , biarlah MR.Y , MR. R , atupun MR.A kejar kamu , saya disini mengaku .. Ya saya suka kamu , tapi saya tak pernah mintak awak suka saya . Sebab saya tahu saya tak SEKUFU.

Awak , nak tahu kenapa saya buat perangai macam budak-budak kat kelas tadi depan awak , sebenarnya saya nak awak benci saya , kenapa saya nak awak benci perangai saya ? kerana saya tak nanti saya masih suka awak .. biarkan awak terus benci saya .. saya tak kisah , Asalkan AWAK bahagia.

(HanyaSekadarLagu)

May 21, 2013

Wajah Atau Agama ?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 ujurnya ana pasti ana cintakan dia bukan kerana Agama tapi kerana Wajahnya ,ana pasti ana bukan sukakan dia kerana Allah , Ana tak sangka selama ini ana ditipu oleh wajahnya yang cantik , orang kata bunga cantik boleh menarik ribuan kumbang untuk meratah kecantikan itu , Islam kata , kalau mencintai seseorang Hanya kerana Wajahnya , ianya tidak akan bahagia kerana wajah akan hilang dimakan usia ,


 YaAllah Hafiz kau nie kenapa?  kenapa kau boleh ditipu dengan Syaitan Membuka Pandangan kearah kecantikan , Sebenarnya Hafiz tertarik dengan seseorang yang ilmu agamanya boleh dikatakan Sempurna , solehah lebih baik dari Merpati . Sudahlah , usah diingat kisah lama . Ok orang yang Hafiz tertarik ini memiliki kretiria orang yang Hafiz suka , Nak tahu calon yang Hafiz nak pilih? ish HAFIZ kau sekolah pun tak habis lagi , HEHEHEHEHE soorrryyyyy!!!

 STOP fikir tentang cinta manusia ini , FOKUS PMR ... Hafiz tak nak kecewakan Parents HAFIZ . 

#Kepada Sahabat yang kenal saya , bantulah saya untuk melupakan Merpati . :D 

 

May 18, 2013

Sejuta Makna Disebalik Misteri

Assalamualaikum ,

Dalam Hati ada 2 benda , yang pertama IMAN , yang kedua NAFSU .

Rasulullah SAW pernah bicara kepada sahabat Mu'adz:

"Apakah engkau mau aku tunjukkan yang menjadi landasan itu semua (ibadah-ibadah)?"

"Baik, ya Rasulullah", jawab Mu'adz.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Cegahlah ini" (sambil mengisyaratkan dengan jarinya pada mulutnya).


Lalu mu'adz berkata:

"Ya Rasulullah, apakah kita akan dimintai tanggung jawab dari apa yang kita ucapkan?"
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Kamu wahai Mu'adz, tidaklah seseorang akan ditelungkupkan wajahnya dan punggungnya ke dalam Neraka melainkan karena hasil dari lisannya."
(Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi).

"Ada dua lubang yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam Neraka, yaitu mulut dan kemaluan."
(HR Ahmad, At-Tirmidzi dan di-shahih-kannya).

Dan tatkala Uqban bin Amir bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, apakah sesuatu yang dapat menyelematkan kita?"
Lalu dijawab oleh Nabi : "Tahanlah olehmu lisanmu."



Lalu dalam kesempatan lain Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku dari apa yang ada di antara jenggot dan kumisnya (lisan) dan kedua pahanya (kemaluan), maka aku jamin untuknya Surga."
(HR. Al-Bukhari).

Maksud dalam hadits ini adalah, barangsiapa yang bisa memelihara apa yang ada di antara kedua bibirnya, yaitu mulut dari semua perkataan yang tidak bermanfaat dan bisa menjaga apa yang ada di antara kedua pahanya yaitu farji agar tidak diletakkan di tempat yang tidak dihalalkan Allah, maka jaminannya adalah Surga.

Kemudian dalam hadits yang lain Rasulullah SAW juga bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat, hendaklah berbicara yang baik atau agar ia diam."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Dan dalam sutau riwayat dari Abu Hurairah Rasulullah SAW bersabda:
"Sebagian dari tanda bagusnya Islam seseorang apabila ia bisa meninggalkan ucapan yang tidak berguna baginya." Berkata Sahl: "Barangsiapa yang masih suka bicara yang tidak berguna maka ia tidak layak dikatakan shiddiq".

Apalagi bila ucapan seseorang sampai menyakiti orang lain maka belum bisa dijadikan jaminan iman yang dimilikinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Demi Allah, tidaklah beriman, demi Allah tidaklah beriman", kemudian ditanyakan siapakah gerangan yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?
Jawabnya, "orang yang menjadikan tetangganya merasa tidak aman lantaran kejahatannya."

Hati yang tidak mengenal dengan Rabbnya, tidak melakukan ibadah sesuai dengan apa yang diperintahkanNya, dicitaiNya dan diridhaiNya. Bahkan selalu memperturutkan nafsu dan syahwatnya serta kenikmatan dan hingar bingarnya dunia, walaupun ia tahu bahwa itu amatlah dimurkai oleh Allah dan dibenciNya.

Ia tidak pernah peduli tatkala memuaskan diri dengan nafsu syahwatnya itu diridhaiNya atau dimurkaiNya, dan ia menghambakan diri dalam segala bentuk kepada selain Allah. Apabila ia mencintai maka cintanya karena nafsunya, apabila ia membenci maka bencinya karena nafsunya, apabila ia memberi maka itu karena nafsunya, apabila ia menolak maka tolakannya atas dasar nafsunya, maka nafsunya sangat berperan dalam dirinya, dan lebih ia cintai daripada ridha Allah

Dengan demikian maka hendaklah seorang mukmin mencukupkan diri dari ucapan yang tidak berguna seperti berdusta, suka mengadu domba, ucapan yang keji, ghibah, namimah, suka mencela, bernyanyi, menyakiti orang lain dan lain sebagainya. Itu semua merupakan racun-racun hati sehingga apabila seseorang banyak melakukan seperti ini maka hati akan teracuni dan bila hati sudah teracuni maka lambat laun, cepat atau lambat akan mengakibatkan sakitnya hati, semakin banyak racunnya akan semakin parah penyakit dalam hatinya, dan kalau tidak tertolong akan mengakibatkan mati hatinya.

Ketahuilah bahwa semua maksiat dalam bentuk apapun adalah merupakan racun bagi hati, penyebab sakitnya hati bahkan juga penyebab matinya hati. Berkata Abdullah Ibnu Mubarak: "Meninggalkan dosa dan maksiat dapat menjadikan hidupnya hati, dan sebaik-baik jiwa adalah yang mampu meniadakan perbuatan dosa dalam dirinya.

Maka barangsiapa yang menginginkan hatinya menjadi hati yang selamat hendaklah membersihkan diri dari racun-racun hati, kemudian dengan menjaganya tatkala ada racun hati yang berusaha menghampirinya, dan apabila terkena sedikit dari racun hati bersegeralah untuk menghilangkannya dengan taubat dan istighfar. 

Ustaz Kazim Berhenti ?

Assalamualaikum,


Ustaz Kazim Berhenti , terkejut baca Harian Metro , mengapakah ?

Baca Disini :


Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak. 

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka

~ Harian Metro

Ustaz Saya Harap Ustaz Jangan Berhenti  :D  

Inilah Pulau _ Pinang

Assalamualaikum ,

Indahnya Pulau Pinang , Walaupun ana dilahirkan di Kedah , namun ana bersyukur kerana ana dibesarkan di sebuah negeri antara negeri terkaya di Malaysia dengan hasil dagangan ImportExportnya.

Sedikit data mengenai negeri ini :



Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka . Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Geografi

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

* Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi .
* Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan .