Assalamualaikum , Hari ini hafiz nak berkongsi dengan dunia , atau lebih dikenali Anak Penang , yang mungkin tak tahu dengan tragedi ini , hafiz pun baru tahu dengan terperinci selepas membacanya di ArkibNegara .
Pada 20 Mei 2001, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah terbakar. Kejadian itu dilaporkan bermula pada sekitar pukul 5.00 pagi. Bangunan tersebut yang menempatkan terminal bas di tingkat bawahnya terletak berhampiran dengan pangkalan feri (yang sebahagiannya pernah runtuh pada 1988) di Butterworth, Seberang Prai. Kebakaran itu berlaku di tingkat dua bangunan tersebut yang menempatkan pasaraya terkenal Parkson dan juga Tops.
Kebakaran yang boleh dikatakan sangat besar itu hanya dapat dipadam
sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 12 jam kemudian iaitu pada sekitar
pukul 5.00 petang. Kemusnahan teruk di tingkat teratas yang
meliputi bahagian bumbung telah menyebabkan bahagian-bahagian lain
bangunan lama itu tidak dapat digunakan seperti biasa dan ia akhirnya
telah dirobohkan sepenuhnya tidak lama kemudian.
Nota tambahan:
- Tingkat satu bangunan Kompleks SPPP menempatkan kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan serta gerai-gerai makanan yang sering menjadi tumpuan para pengguna terminal bas Butterworth. Tempat itu juga biasa dijadikan lokasi melepak generasi 1980-an.
- Gambaran bahagian belakang bangunan Kompleks SPPP ada tersemadi dalam filem Ke Medan Jaya (1983) yang menunjukkan adegan kereta penjenayah sedang meluncur keluar daripada tingkat atas sebuah feri lalu menuruni laluan keluar berhampiran dengan bangunan tersebut.
Petikan filem Ke Medan Jaya (1983) |
0 Orang Kata:
Post a Comment