Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Nov 25, 2014

CERPEN : MENAKUTKAN (Antara Kisah Semalam)


Menakutkan : Antara kisah semalam

Bab 1 : Permulaan Cerita Cinta

Suasana pejabat yang suram dan muram ditegah oleh...

Sep 15, 2014

Kisah indah ? .... mengapa

hAssalamualaikum..... rasa dah lama tak update blog ini kan .... biasalah sekarang sibuk duduk kt asrama . jarang or x dk msa nk update blog. Tapi hari ini rasa terpanggil nak update blog pulak ... mengenai sbuah kisah ... kisah indah  ..tak perlu aku mention namanya disibi tapi inilah hakikatnya yg mahu aku kongsi .sepanjang aku berada dimrsm aku rasa satu cerita inah ... walaupun jujurnya aku takut bila orang berbicara mengenai result exam ... tapi result? haha itu bukan sebuah kisah indah ... yang indahnya aku kenal seorang atau sebuah keluarga baru kat sini keluarga yang mengajar aku .... apa itu kehidypan ... gurau senda ... tapi seketika gurau senda itu dirobok oleh sebuah kisah hitam .. kisah hitam yang aku maksudkan adalah lehilangan 2 org yg bagi aku amat baik ..... tpi mungkin rezeki mereka bersama eightbatch smpai sini saja . episod indah kemvali dilakar .... bila bnyak kisah indah dicipta ....

disibi aku belajar apa itu nikmat kehidupan bersama rakan .... cara nk survivevevevevvevevwvwve hahahah .... dan kisah indahnya akan kulakar m cerpen baru yg akankutulis nanti .... kerana dalam cerpen itulah kisah indah sebenar bgiku dilakar ..... untuk malam nie .. aku cuma nak update lepas rindu kt blog yg dh lama x update ... update pon guna n ... so rasa agak malas nk update bnyak2


sekian dari saya ... mohon maaf tunggu cerpen  ..... gud bye my freinds

Nov 3, 2013

Aku Ini Siapa ?


Nov 1, 2013

Umat Islam Akhir Zaman - Sheikh Zainul Asri





Oct 12, 2013

CERPEN : Mungkin Itu Terbaik

Mungkin sebelum ini saya cuba jauhi kisah itu , kisah yang menghantui diri saya sejak tujuh tahun yang lepas . kisah yang membuatkan aku dan kamu jauh dan tidak pernah bercakap . Mungkin hakikatnya salah saya membenarkan kamu masuk dalam hati saya. Kisah silam yang mebuatkan aku tidak berani melangkah walau selangkah. Pernah pada mula aku cuba , terus mencuba dan mencuba , namun keputusannya sama sahaja . Kadangkala aku sering menangis bila memikirkan perkara itu , ramai orang kata aku ini panas baran , berani sebab seringkali tampil kehadapan mewakili banyak acara. Namun hakikanya aku menangis bila memikirkan perkara itu .  Tapi aku perlu melalui perkara ini juga . Eloklah kita mula berbicara dari mula , orang kata , Tak kenal maka tak cinta . Aku kenalkan diriku , namaku , Fiz pelajar lulusan UPSR disebuah sekolah rendah di utara semenanjung . Kisah yang aku gambarkan ini bermula ketika usiaku , DARJAH 3 , pelik? ha aku juga pelik dengan kisah ini , mengapa aku sudah mempunyai perasaan kasih dan sayang itu walaupun aku masih baru mengenal dunia , mungkin ini anungerah Allah . Aku mula mengenalinya sejak darjah dua . Dia seorang yang bijak , perwatakan baik . melangkah kedarjah tiga aku mula menghampirinya . Aku pernah bercakap dengan dia . Aku mula merasakan hati ini membenarkan dia masuk dalam diri aku .

Tiba-tiba aku tersedar , hakikatnya sekarang aku ini pelajar yang agak bermasalah , malas . Walaupun berada dalam kelas yang sama dengan dia , namun aku ini malas orangnya . Habit buruk itu aku ada sehingga sekarang . Aku merangkak dan terus merangkak , aku terus mengubah diri aku , tapi seorang pelajar yang bermasalah sebagai seorang pengawas , mungkin aku terlalu taksub dengan dia . Kesedaran aku bahawa aku tidak sekufu dengannya , aku mula mendiamkan diri aku , tidak pernah bercakap dengan dia . Aku hanya berkongsi masalah aku dengan rakan karibku Mior , masalah perasaan suka aku juga aku kongsikan bersama Mior . Mior pada ketika itu memahami perasaan aku kerana dia juga sedang berbuih cintanya bersama Nabila . Hebatkan? Baru sekolah rendah perasaan itu kami alami . AKu percaya bahawa Mior boleh memahami aku . Tapi, mior menceritakan perasaan suka aku ini kepada Nabila . Nabila ialah kawan karib dia pada masa itu . Nabila dengan tidak sengaja menceritakan perasaan aku kepada dia.

Aku mula mendiamkan diri , tidak bercakap dengan dia . Aku mula merasakan aku malu dan malu untuk bercakap dengan dia . Sedangkan aku dalam dia memerhati dia ketika dia pandang kearah lain sewaktu dikelas. Aku fikir aku mampu untuk lupakan dia , tapi tidak . Selangkah menuju kearah akhir UPSR , kini aku , dia dan kawan-kawanku melangkah ke alam Sekolah menengah . Di sekolah menegah aku berada satu kelas dengan dia .  Sebenarnya pada waktu ini kisah yang menyatakan perasaan aku sudah tersebar luas .  Sewaktu disekolah menengah dia menjadi tumpuan senior_Senior di sekolah . Pernah sekali seorang senior menyanyakan aku satu soalan yang membuatkan aku terkejut . Soalannya berbunyi " Engkau kenal Zafa ? " . oh , sebelum itu "DIA " yang aku maksudkan adalah "Zafa" . Ok sambung kembali ceritannya. Aku pun menjawab , " Ya, dia rakan sekelasku " . Kemudian senior itu tanya lagi " Kau ada apa-apa dengan dia " . Aku terdiam sambil memikirkan dalam hati "Macam mana dia tahu?".  Mulut aku mengatur bicara "Tidak , kami hanya kawan sekelas " . Senior tadi tersenyum mendengar jawapanku .

Sewaktu dikelas , biasalah awal tahun . Mencari ketua kelas , rakan sekelasku mencalonkan namaku sebagai ketua dan Zafa sebagai penolong . Aku fikir akulah paling malang masa itu . Aku tidak mahu diperli sewaktu dikelas mengambil keputusan untuk menarik diri , tetapi cikgu tidak benarkan . Hampir 2 minggu juga aku bekerjasama dengan Zafa . Pekerjaan sebagai seorang ketua kelas ini memerlukan aku bercakap dengan Zafa . Aku fikir semua , YaAllah , aku tak pernah cakap dengan Zafa . Aku gagahkan diriku . Selapas dua minggu aku mendapat idea untuk menjauhkan diri aku dari zafa . Aku mengambil keputusan menyertai kepimpinan pengawas. Dan aku berjaya . Kini aku melepaskan tanggungjawab ketua kelas . Tetapi aku mula merasakan satu perasaan yang pelik . Kenapa aku menjauhkan diri dari dia ?

MUNGKIN ITU TERBAIK untuk dirinya dan diriku .

<Bersambung> ...

Oct 8, 2013

Cerpen : Aku dan Mereka (1)

Hari ini , kita telah merdeka , gembiralah , penat lelah usaha kita , kini telah kita buktikan hanya tunggu masanya untuk mengetahui keputusan . Tepat jam 4.00 Petang , aku dan kawan-kawan sedewan menjerit keriangan kerana PMR sudah tamat . Pembelajaran Tingkatan 1 -3 telah habis kami curahkan . Kini masanya aku dan kawan-kawan memikirkan pengembaraan kehidupan kami seterusnya , sama ada berada dalam situati sekarang ini atau maju kealiran masing-masing . MRMS ? Kolej VOkesional ? Sekolah Teknik ? Sekolah berasrama penuh . Semua itu bermain difikiran ku . Wah . Adakah kami sudah merdeka ? Tapi kalau merdeka kenapa kami perlu memilih aliran kami ? Aliran Sains ? Wah banyak pilihan , tapi aku tak tahu mahu memilih yang mana .  Tapi sebelum kita mengembara kehidupan akan datang , Mari aku terfikir cepat betul masa berlalu . Rasa macam mula-mula masuk sekolah Tingkatan 1 masih teringat dikotak fikiranku . Mengimbau Pengembaraan lampau , sejarah silah kisah hidupku bersama rakan sekelas , Kata pujangga " Kita Belajar Dari Sejarah " . Ketika itu aku masih baru dalam alam sekolah menengah . Tingkatan satulah katakan . Aku tergamam dengan situasi ini . Biasalah kita masih baru , tetapi wajib sesuaikan diri dengan segera . Aku masih ingat sewaktu aku dicadangkan sebagai Ketua Kelas oleh rakan sekelas . Sebenarnya rakan sekelas aku nak menyakat aku. Mereka juga mencadangkan Zafa sebagai penolong aku . Penolong ketua kelas .  2 minggu juga aku perlu bekerja bersama Zafa . Selepas ini aku mengambil keputusan untuk menyertai pengawas sekolah , aku pun hantar borang permohonan . Selepas itu kena Temuduga . Lepas Temuduga aku berjaya . Lepas berjaya aku pun Tinggalkan tugasku sebagai ketua kelas

Masuklah aku kedalam kepimpinan pengawas , sehingga sekarang aku berada dalam kepimpinan ini . Kini , aku perlu menabur bakti menjadi orang kanan cikgu . Walaupun bergelumbang dengan Bahaya . Tapi cerita tingkatan satu tidak berakhir disitu . Kami sekelah menerima seorang guru baru , cikgu Zatul . Cikgu yang baik , tegas . Tetapi itulah hakikatnya . Kami terus belajar dan belajar .  Kalau nak aku ceritakan juga , KERANA MULUT BADAN BINASA . Untuk pengetahuan , Kesemua ujian yang aku ambil ditingkatan satu aku tak pernah dapat Gred bawah dari C . Tetapi kerana mulut badan binasalah katakan , aku pernah mengata guru sainsku cikgu Nita . Cikgu Nita pernah masuk lewat kedalam kelas , dan saya cakap sehingga cikgu Nita terasa . Saya cakap "Cikgu lambat sebab jalan Jem " . Mulai hari itu aku tak pernah minta maaf dari cikgu . Dan ketika Peperiksaan akhir tahun dijalankan subjek sains , aku terlalu yakin ketika menjawab . Ketika mendapat result . Akulah satu-satunya pelajar dalam Tingkatan Satu yang GAGAL mendapat gred E dalam mata pelajaran Sains . Jadi aku telah mengejut sekolah dan ibu bapa aku . Kini aku menyesal dan aku berazam tidak akan mengulanginya lagi .

<Bersambung>.....

Sep 22, 2013

Ceramah Perdana - Ustaz Ismail Kamus





Masjid Taman Brown, Pulau Pinang.


Sep 10, 2013

Kuliah Perdana - Ustaz Yo - Masjid SABAS, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam

Rakaman di Masjid SABAS, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam pada 1hb Mei 2013.

~ Usaha mencari redha Allah
~ Kitab mahal dari MyVi
~ Tau hukum, tapi dok silap pilih



Sep 9, 2013

Rakaman Kuliah Maghrib : 4 Takbir Kematian - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif

Rakaman Ceramah Perdana : 4 Takbir oleh Ustaz Tarmizi Shamsul Arif di Masjid Jamek Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 31hb Ogos 2013.





~ Bilal tikam ekor
~ Peraturan buat tahlil mesti pizza hut
~ Orang 3 suku sambut Merdeka
~ Mengaji dalam hutan
~ Hukum Allah
~ Tilawah Quran vs Maharaja Lawak
~ Syarat sah syahadahhttp://www.blogger.com/blogger.g?blogID=9090541271135881381#editor/target=post;postID=8571214752590294746

Kredit : KOsuKE

*Untuk update terkini sila like Facebook Page kami : https://www.facebook.com/teamkosuke atau https://www.facebook.com/zonkuliah
dan Group Facebook : https://www.facebook.com/groups/zonkita/
Twitter : @zonkitaorg (http://twitter.com/zonkitaorg)
Sekiranya ada sebarang persoalan agama yang ingin ditanyakan kepada mana-mana ustaz, sila kemukakan soalan di FB page Ubat Apa Tok Wi? (https://www.facebook.com/tanyatokwi), insyaAllah kami akan postkan video jawapan di channel kami **


Sep 6, 2013

Sains Dan Islam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera . Mungkin benda ini saya perasan atau semua orang dah tahu . Hakikatnya Sahabat saya yang menyedarkan saya tentang hal ini ; Azim Farhan


"Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;"
(Yaa Siin 36:38)

Percaya atau tidak jika kita baca tafsir secara sepintas lalu kita akan perasan bahawa Allah bersabda dan menerangkan  "
matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya"  Secara logik fakta sains yang kita gunakan hari ini kita tahu bahawa Matahari tidak bergerak . Bumi dan Planet yang lain sahaja bergerak dalam Laluannya . Tapi jika kita lihat Allah berFirman Matahari kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkannya . Persoalannya sekarang ini adakah fakta yang kita gunakan hari ini adalah SALAH ? kerana Mustahil Al-Quran MENIPU . Al-quran diturukan sebagai petunjuk . 

Perkara ini yang merungsingkan . Kata cikgu kita terpengaruh dengan Fakta Barat yang sengaja menipu kita . Wallaualam :D 

 

Sep 4, 2013

40 MIN USTAZ DON - 28 JULAI 2013 MASJID ZAHIR

CERAMAH KHAS SEMPENA MOREH TUANKU AGUNG DI MASJID ZAHIR .



Sep 3, 2013

Ustaz Sayang Anda | Stadium MBPJ


  RAKAMAN :


Sempena Program Ustaz Sayang Anda di Stadium MBPJ, Petaling Jaya Selangor.
Sabtu 8hb Sept 2012


Sep 2, 2013

30 minit Ustaz Don - Cinta Rasul

Assalamualaikum , Bersama Ustaz Don selama 30 minit .

Memang Sedih :(



Kredit : Tv Al-Hijrah

Aug 31, 2013

Merdeka?

Assalamualaikum ,

Tajuk post ini berkisar dengan apa yang berlaku pada tarikh ini 56 tahun yang lepas . Merdeka? Walaupun Post dihujung waktu :P -Abaikan



Kita sering kali mengucap merdeka-Merdeka-Merdeka tapi kita lupa yang kita masih dijajah. Dijajah oleh pengaruh Barat . Dihidangkan dengan Konsert AMBANG MERDEKA? . Menagapa semua ini berlaku ? Mengapa masjid masih KOSONG sepi tanpa jemaah sedangkan kita sudah merdeka ? Mungkin ramai yang akan kata pada Hafiz " SyukurlahMalaysiaDahMerdeka" "Malaysia Aman ja , yang kau nak Protes Kenapa ? " . Hafiz tahu Malaysia merdeka tapi ROHANI kita belum merdeka . Memang Hafiz pelajar sekolah , tapi Hafiz terfikir macam mana masa depan Hafiz dan Keluarga Islam Hafiz jika MALAYSIA masih mendedahkan Rakyatnya dengan Konsert Hiburan Maksiat . Hafiz tak hairan jika Peratus Anak Tak sah Taraf Meningkat dari Tahun ke tahun  kerana Masih ada pihak yang menaja Konsert2 ini untuk hidangan Anak Muda.

Bagi Hafiz Anak muda Wajib didahkan dengan Pengisian Ilmu Agama , ini tidak , masakan mendedahkan aurat menjadi perkara biasa ? Ingat Hafiz kepada sepotong Hadis:

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

 Tapi Hafiz tengok dekat taman hafiz sendiri , Dedah aurat .. Naik Moto lepas balik sekolah Rambut terbang , kalau cantik tak apa juga , ini tak :P heheh Jujur Hafiz cakap . Hafiz rasa cara terbaik memaksa mereka menutup aurat adalah dengan mengenakan Undang2 ketat . Kalau tidak Allah akan hantar BALA? sapa suka . Ingat Tsunami 2004 di ACEH ? sehingga kita Malaysia terima Tempiasnya? . Bala Allah tak kenal sesiapa . Kalau kita Hafal Al-Quran 30 Juzuk , solat tak tinggal sekalipun jika Bala Allah datang , Kenapa pada semua Orang. Rahmat Allah itu Penting :D

Rakaman Kuliah : Kerana Cinta - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad



Tazkirah Ramadhan 19-08-11, rakaman sumbangan Tuan Saza Saad, bertempat di Surau Lake Homes, Bertam.
Isi Menarik
1- Asal Usul Sunat Tarawih
2- Islam agama yang suka kepada perpaduan.
3- Keadaan yang mungkin membuatkan Saidina Umar Al-Khattab menangis.
4- Cara nak duduk tahiyat dalam solat tarawih.
5- Test senjata kimia.
6- Kapiaq nie agama dia satu
7- Antara sebab ustaz di"rehat"kan pada tahun 2000.
8- Mimpi Rasulullah - Fitnah yang menimpa umat akhir zaman.
9- Ujian kemewahan.
10- Doa selamat depan mini bar.
11- Ketaq dengan hidayah Allah.

Kredit :
https://www.facebook.com/teamkosuke
twitter: https://twitter.com/zonKITAorg



Aug 26, 2013

Forum Indahnya Sedekah - Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Bollywood, Ustaz Sofiyuddin

Assalamualaikum :

Tamau letak intro banyak2.. cuma nak cakap.. rugi kalau tak dengaq sampai abeh.


KREDIT . KOSUKE :





**Untuk update terkini sila like Facebook Page kami : https://www.facebook.com/teamkosuke atau https://www.facebook.com/zonkuliah
dan Group Facebook : https://www.facebook.com/groups/zonkita/
Twitter : @zonkitaorg (http://twitter.com/zonkitaorg)
Sekiranya ada sebarang persoalan agama yang ingin ditanyakan kepada mana-mana ustaz, sila kemukakan soalan di FB page Ubat Apa Tok Wi? (https://www.facebook.com/tanyatokwi), insyaAllah kami akan postkan video jawapan di channel kami **


Aug 21, 2013

Rakaman : forum perdana, bulan-bulan al quran

15-06-2013 forum perdana, bulan-bulan al quran

Ahli Penel:
Dr. Asri Zainul Abidin
Dr. mazlee malik
Ustaz abu bakar bakilani
Ustaz mohamad hanif haron



Aug 20, 2013

KMMI : Ustaz Hanif Haron -Masjid Taman Guar Perahu-

Kuliah Maghrib Malam Ini ( KMMI) - Perkongsian Sekadar Rakaman  .

Rakaman Kuliah Pilihan :D  -



Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq , Taman Guar Perahu

Kuliah Maghrib
9 Januari 2013

Nama sebenar penceramah ialah mohamad hanif bin haron. dilahirkan pada 22/9/86. beliau merupakan anak kelahiran negeri pulau pinang adalah berkelulusan dalam bidang usuluddin (hadith) universiti al-azhar kaherah mesir. semasa di mesir beliau sentiasa memberi tumpuan untuk menuntut ilmu secara formal di kuliah dan juga secara tidak formal di luar kuliah dengan bertalaqqi bersama ulamak-ulamak di masjid al azhar dan tempat-tempat pengajian yang lain.
Turut dibanggakan juga bahawa beliau adalah salah seorang anak melayu yang dijemput sebagai tenaga pengajar di masjid al azhar ash sharif. kitab yang diajar oleh beliau ialah subjek mustolah hadith iaitu kitab matan baiquniah. beliau banyak menyumbang kepada mahasiswa/wi ketika dijemput untuk menjadi tenaga pengajar bagi kelas-kelas pengajian sepertoi tafaqquh fid din, kelas tutorial, diskusi kitab, pembentangan kertas kerja ilmiah dan banyak lagi.
Beliau juga aktif terlibat dalam persatuan induk pelajar-pelajar mesir iaitu persekutuan melayu republik arab mesir (pmram). antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah :
1-ketua biro dakwah badan kebajikan pelajar pulau pinang mesir (bkpppm) sesi 2006
2-yang dipertua bkpppm sesi 2007/2010
3-ketua badan penasihat bkkpppm sesi 2010
4-pengerusi biro manhal (markaz pengumpulan kajian & hasil penyelidikan) pmram sejak awal 23/8/2010 hingga 22/4/2012


Aug 19, 2013

Kuliah Dhuha : Kisah Mat Kalut dan Bewaknya [170313] - Ustaz Don Daniyal

Rakaman kuliah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang berlangsung di Surau Taman Desa Permai, Lunas Kedah.




Antara isi menarik :
1- Kisah kaset sakaratul maut
2- Panggilan Allah dan Rasul
3- Taat kepada pemimpin, bagaimana caranya?
4- Nasihat kepada para pejuang kebenaran dan Islam
5- Cara dan akhlak dalam menghadapi Pilihanraya
6- Kisah Nabi dan Mat Kalut
7- Bewak yang suka menyembang
8- Tips berjaya dalam pelajaran.



SubahanALLAH : Bulan Purnama

Assalamualaikum , Bulan Penuh kuasa ilahi .

Gambar Diambil pada :  19/8/13  | 10.15 P.M
Diambil dari Kediaman Hafiz di Taman Guar Perahu


Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Maaidah 5:120)