Pages

May 29, 2013

Anak BONGSU : Inilah saya


sumber ringkas from google



Sifat :

Anak bongsu memiliki sifat fun (menyenangkan) dan manja disebabkan oleh mempunyai kakak-kakak dan abang-abang di atasnya jadi dia merasa bergantung kepada kakak atau orang tuanya (pada umumnya tapi tidak semestinya. ade juga yang independent). Selalunya anak bongsu dikatakan kurang sesuai untuk jadi seorang pemimpin kerana kurang tegas (tidak semuanya). Positif nya jadi anak bongsu ini umumnya berbadan paling sihat, jarang mengalami sakit apatahlagi penyakit yang berat-berat (kronik), dan biasanya paling awet muda (baby face la gitu.hahaha). Sifat negatif anak bongsu adalah sangat boros! -

Biasa mereka memiliki pembawaan yang menyenangkan seperti pandai bergaul, popular  tetapi mudah membuat orang jatuh hati (orang berasa senang dan suka berdampingan dengannya). Mereka juga tergolong amat mudah dipuaskan dan saat terlibat dalam hubungan percintaan mereka biasanya sangat terpaku dengan hubungan tersebut. Perhatian yang kecil saja sudah cukup membuat anak bungsu “bertekuk lutut” (haaa..tengok perhatian nak sikit je. mane ade ngade2 :D).

Tetapi di balik sifatnya yang menyenangkan, jangan sekali-sekali anda mencuba untuk mendominasi anak bungsu. Kerana mereka memiliki kecenderungan kuat untuk menentang atau paling tidak mempertanyakan authority. Mereka lebih suka dianggap seiring dengan pasangannya daripada dipandang sebagai menurut kepada pasangannya. Hal positif lain dari anak bungsu adalah
berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah serta kreatif. Mereka juga memiliki selera humor dan sifat kelakar yang paling baik.


Jodoh :

Dalam hal jodoh, anak bongsu boleh serasi dengan semuanya, namun paling ideal dengan anak sulung atau yang berfikiran dewasa untuk motivate dorang. Ini kerana anak bongsu orangya tidak terlalu memilih asalkan boleh mendapatkan jodohnya itu seorang yang baik. :)
 NagisSiBongsu

0 Orang Kata:

Post a Comment