Pages

Apr 11, 2013

WARKAH CINTA ILAHI

BAB 1 - KEPULANGAN





      Disuatu subuh yang hening, Lapangan Terbang Bayan Lepas dipenuhi dengan keluarga Amirul menanti kepulangan Amirul dari Universiti Al-Azhar, Mesir. 40 minit sebelumnya , ibu Amirul , Fatimah menerima panggilan bahawa anaknya sudah tiba diMalaysia dan sedang berada diKLIA dan dalam perjalanan ke Pulau Pinang . Tibanya Amirul di Lapangan Terbang Bayan Lepas disambut dengan kegembiraan , senyuman dan kasih sayang seorang ibu yang bangga dengan anaknya. Amirul berusia 25 tahun dan tinggal bersama ibunya Fatimah , ayah Amirul meninggal dunia sebulan sebelum Amirul ingin bertolak ke Universiti Al-Azhar Mesir. “assalamualaikum Ummi .” Panggilan dari balai ketibaan didengari dari jauh walupun sayup sahaja. Pn. Fatimah kenal akan suara anak tunggalnya. Amirul berlari menuju kearah ibunya sambil menangis memeluk ibunya. Ummi Amirul dah balik bawak kejayaan macam yang Abi nak , Abi nak Amirul jadi macam Abi , seorang pendakwah yang berilmu . Amirul menangis dan terus menangis , suasana hening di subuh hari bertukar sayu dan sedih . “ Amirul , ummi bangga dapat anak macam Amirul , Ummi bersyukur Amirul jadi macam Abi. Amirul kena janji dengan Ummi , jadilah hamba Allah yang berilmu dan beramal dengan ilmunya”. Ibu Amirul memujuk Amirul dalam keheningan itu . “ Amirul adik beradik kita di rumah sudah siapkan jamuan makan adik beradik”. Ibu Amirul terus memujuk. “Ummi Amirul janji .”  Jawab Amirul ringkas.
        Dalam perjalanan pulang , Amirul memandu kereta ibunya . Amirul berasa pelik dengan kemajuan di Pulau Pinang yang sudah lama di tinggalkan. “ Ummi , laju sungguh kemajuan kat penang ni kan ?”.  Soal Amirul sambil terus memandu pulang kerumahnya. “ Ya  Amirul , tu lah Ummi dah kata , Penang dah maju ” . “ Ummi , Kita singgah di Masjid negeri dulu ya , Amirul nak solat subuh dulu .” Kata Amirul . “ Betul juga Ummi pun tak solat subuh lagi ”. Balas ibu Amirul. Selepas selesai sehingga habis mendengar kuliah subuh , Amirul keluar dan ingin kembali ke keretanya . Amirul terserempak dengan seorang wanita yang sungguh solehah . Mereka berdua berlaga sehingga buku yang dipegang oleh Amirul jatuh diatas tanah “ YaAllah indahnya ciptaanmu” hati amirul berbisik . “ Maafkan saya Encik saya tidak sengaja” . Gadis itu mulakan bicara dengan lembutnya tanda memohon maaf.  “ Eh , saya yang bersalah tidak mengapa , saya yang tergopoh gapah tadi”. Jawab Amirul .Selepas itu Amirul terus menaiki kereta dan pulang kerumahnya di Taman Guar Perahu . Dalam perjalanan pulang , wajah wanita tersebut sentiasa bermain dimata hati Amirul . Setibanya Amirul dan keluarga di rumah , Amirul disambut baik oleh sanak saudara . Selepas menjamu selera , mereka terus solat dhuha berjemaah. Solat itu diimamkan oleh Amirul sendiri. Selapas solat , ketika Amirul sedang membaca doa , wajah gadis yang dijumpainya di Masjid negeri tadi, seolah-olah bermain di atas tangannya.
           Selepas selesai semua acara, seperti biasa tibalah masa berbual kosong , berborak bersama keluarga namun Amirul lebih memilih kerusi dihujung dan bersendiri . Amirul kekenang arwah ayahnya yang seringkali duduk disini sambil membaca kitab-kitab tebal. Tidak disangka air mata Amirul menitis membasahi pipi Amirul . Amirul juga merasa kehilangan kerana ayahnya tidak dapat melihat Amirul berlepas ke Mesir. Namun Amirul sedar bahawa Allah sayangkan ayahnya . Ajal maut tidak dapat dihalang . Sepupu Amirul , Aiman anak kepada Pakngah Amirul datang bertanyakan masalah Amirul . Aiman seorang pelajar lulusan Universti Islam AntaraBangsa Malaysia. “ Abang Amirul , awat sedih ? , tak best ka balik Malaysia ? ” . Soal Aiman . “Aiman , Abang bukan tak suka disini , abang suka sangat balik Malaysia boleh jumpa kawan lama dan semua keluarga .” Jawab Amirul . “ Habis itu kenapa menangis ?” Soal Amirul lagi . “ Abang ingatkan arwah ayah abang , Pak teh kami Aiman . Dia tidak sempat milihat Abang berjaya macam yang dia mahukan .” Jawab Amirul . “ Abang kita umat islam , kena pecaya bahawa ajal tidak akan lari walau sesaat.”. Aiman cuba memujuk “ Abang tahu , tapi nak buat macam mana , dia ayah abang , abang masih lagi sedih .” Jawab Amirul . “Lama-lama insyaAllah biasala” . Aiman terus memujuk. Amirul menerima pujukan Aiman kemudian bangun mencari makanan yang terhidang di ruang tamu . Amirul mencapai pinggan dan mengambil nasi didalam bekas nasi . “Wah , nampak sedapnya nasi lemak ini . Alhmadulillah , dekat Mesir payah jumpa nasi lemak ini.” , Kata Amirul memuji air tangan ibunya . Selepas mengambil nasi lemaknya , Amirul terus mencari tempat di sudut hujung penjuru , dan duduk diatas kerusi rumahnya. Sedang Amirul asyik menjamah nasi lemak air tangan ibunya , Amirul teringat akan wanita yang terserempak olehnya tadi di masjid negeri. “Eh , siapakah nama gadis itu ? kenapa aku tidak tanya tadi .” Hati Amirul bebisik . Ketika Amirul asyik berhayal , datang ibunya dari belakang dan menyergahnya . “ Hai , Amirul , kamu temenung apa?” . Secara tiba-tiba Amirul seperti terkejut “ AstarfirullaHalAzim , ummi terkejut Amirul” . “Maafkan ummi , ummi tidak sengaja , Amirul termenungkan apa?” . Balas ibu Amirul. “Ummi , Amirul cuma fikirkan nikmatnya makan nasi ini.” Jawab Amirul .  “Alhamdulillah baguslah kalau Amirul cakap macam itu”. Balas ibu Amirul. Amirul terus membayang wajah dia ,  wanita yang mencuri hati Amirul pada pertama kali berjumpa. Amirul tidak menyangka pertemuan pertama kali itu membuka hatinya untuk mencintai makhluk Allah .

<BerSambung>

0 Orang Kata:

Post a Comment