Pages

Jan 10, 2013

Fatihan Buat PakNgah

Assalamualiakum,

setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan mati itu perkara yang benar.

Adakalanya takdir itu memang menyakitkan, Takdir yang dimana telah tertulis DiLuh'Mahfuz ketika usia kita dalam kandungan 4 bulan, takdir yang dimana telah tertulis Ajal, Jodoh , Rezeki yang semuanya dalam kehidupan kita.

Takdir memang tidak boleh disangkal, takdir tidak boleh dilawan, tanggal 7 Januari 2013 , seorang yang tegas , dalam tegasnya ada kasih sayang, seorang yang prihatin , prihatin terhadap anaknya, bukan sahaja anaknya , tapi anak saudaranya juga. Seorang yang dikatakan sebagai tulang belakang sesebuah keluarga,

Pemergian Pak Ngah , buatkan aku terasa kehilangan dalam dalam hidup aku,  seorang bapa saudara yang prihatin, penyayang, suka membantu dan banyak lagi, andai dapat ku tulis kebaikannya , tentu aku akan letih , kerana terlalu banyak pengorbanan yang Beliau lakukan dalam hidupku... Imbas kembali kenangan bersama :

Marina Cove ? Mengejut. PART 1

Pengalaman berharga yang hanya dapat aku coretkan dalam sebuah doa Fatihah Buat Pakngah. Dahulu pernah aku menginap dirumahnya , di sungai petani , beliau menanyakan soalan kepadaku, " Nie ada bawak baju tak , kalau tak dak Pakngah nak bagi " Baju itu tetap kusimpan sehingga sekarang. Di tanyakan lagi kepadaku. " Bawa berus gigi tak , kalau tak bawa , pakngah boleh bagi " berus gigi juga aku guna sampai sekarang, Kenangan andai PakNgah tiba menjenguk kerumahKu cuti sekolah yang lalu, Pakngah soalku satu soalan " ini mesti tak mandi lagi kan, tengok muka pun tau " , Perkataan itu tetapku ingat dalam ingatan, 
Orang kata jangan merintih atas pemergian seseoarang. Aku cuba untuk menahan , hati ku tetap tidak dapat menahan , kesedihan pemergian Seorang yang berjasa. Pemergian itu seperti sebuah tikaman didalam hatiku ini, Kenangan bersama walaupun seketika , buatkan aku menangis.

Mendapat panggilan dari sepupuku KakLong yang menyatakan bahawa beliau sudah tiada, berita itu buatkan aku menangis , bergegegas kami kesana, melihat sepupu rapatku dan juga anak kepada PakNgahku, memangis buatkan hati ku semakin sedih, hati kecilku berbicara , " Sekiranya aku anak saudaranya merasakan kehilangan besar dalam hidupku, bagaimana pula dia? anak kepada Pakngah"

Aku rasa inilah kalinya aku mahu balas budi Pakngahku, walaupun memang tak terbalas, Dari awal pintu Van Jenazah dibuka, aku kuatkan hati untuk membantu mengusuh masuk PakNgah kedalam rumah, Setelah beberapa ketika tutupKeranda dibuka melihat Jenazah beliau aku cuba menahan, pengurusan dari mula sampai akhir aku ada untuk membatu itu yang aku mahu..

Akhir Kata , penutup bicara , Fatihan ku kirim buat Pakngah



kenangan bersama tidak aku lupa.
*gambar ketika raya 2012*

0 Orang Kata:

Post a Comment