Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Jan 23, 2013

USTAZ FAWWAZ - MSABAS

Jan 21, 2013

13+ Lelaki Potong Cuping Telinga

Assalamualaikum, hari ini hafiz nk kongsikan benda yang seram sikit..

.
.
.


POTONG CUPING TELINGA adalah suatu benda paling Bodoh dalam dunia yang pernah dilakukan oleh manusia. Motifnya???








Jan 10, 2013

Fatihan Buat PakNgah

Assalamualiakum,

setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan mati itu perkara yang benar.

Adakalanya takdir itu memang menyakitkan, Takdir yang dimana telah tertulis DiLuh'Mahfuz ketika usia kita dalam kandungan 4 bulan, takdir yang dimana telah tertulis Ajal, Jodoh , Rezeki yang semuanya dalam kehidupan kita.

Takdir memang tidak boleh disangkal, takdir tidak boleh dilawan, tanggal 7 Januari 2013 , seorang yang tegas , dalam tegasnya ada kasih sayang, seorang yang prihatin , prihatin terhadap anaknya, bukan sahaja anaknya , tapi anak saudaranya juga. Seorang yang dikatakan sebagai tulang belakang sesebuah keluarga,

Pemergian Pak Ngah , buatkan aku terasa kehilangan dalam dalam hidup aku,  seorang bapa saudara yang prihatin, penyayang, suka membantu dan banyak lagi, andai dapat ku tulis kebaikannya , tentu aku akan letih , kerana terlalu banyak pengorbanan yang Beliau lakukan dalam hidupku... Imbas kembali kenangan bersama :
Marina Cove ? Mengejut. PART 1

Pengalaman berharga yang hanya dapat aku coretkan dalam sebuah doa Fatihah Buat Pakngah. Dahulu pernah aku menginap dirumahnya , di sungai petani , beliau menanyakan soalan kepadaku, " Nie ada bawak baju tak , kalau tak dak Pakngah nak bagi " Baju itu tetap kusimpan sehingga sekarang. Di tanyakan lagi kepadaku. " Bawa berus gigi tak , kalau tak bawa , pakngah boleh bagi " berus gigi juga aku guna sampai sekarang, Kenangan andai PakNgah tiba menjenguk kerumahKu cuti sekolah yang lalu, Pakngah soalku satu soalan " ini mesti tak mandi lagi kan, tengok muka pun tau " , Perkataan itu tetapku ingat dalam ingatan, 
Orang kata jangan merintih atas pemergian seseoarang. Aku cuba untuk menahan , hati ku tetap tidak dapat menahan , kesedihan pemergian Seorang yang berjasa. Pemergian itu seperti sebuah tikaman didalam hatiku ini, Kenangan bersama walaupun seketika , buatkan aku menangis.

Mendapat panggilan dari sepupuku KakLong yang menyatakan bahawa beliau sudah tiada, berita itu buatkan aku menangis , bergegegas kami kesana, melihat sepupu rapatku dan juga anak kepada PakNgahku, memangis buatkan hati ku semakin sedih, hati kecilku berbicara , " Sekiranya aku anak saudaranya merasakan kehilangan besar dalam hidupku, bagaimana pula dia? anak kepada Pakngah"

Aku rasa inilah kalinya aku mahu balas budi Pakngahku, walaupun memang tak terbalas, Dari awal pintu Van Jenazah dibuka, aku kuatkan hati untuk membantu mengusuh masuk PakNgah kedalam rumah, Setelah beberapa ketika tutupKeranda dibuka melihat Jenazah beliau aku cuba menahan, pengurusan dari mula sampai akhir aku ada untuk membatu itu yang aku mahu..

Akhir Kata , penutup bicara , Fatihan ku kirim buat Pakngah



kenangan bersama tidak aku lupa.
*gambar ketika raya 2012*

Jan 3, 2013

COUPLE ADALAH HARAM



Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…


Yang Terbaik Adalah Mengikut Cara Islam.

Solat Jamak dan Qasar

Assalamualaikum, 

Ini satu lagi kelebihan Islam . Islam itu mudah dan memudahkan, Lihat Islam memberi kelonggaran untuk solat ketika musafir.

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW  :

Jan 2, 2013

Kuliah.

Kembali Bersaing

Assalamualaikum,

Hari ini hari pertama sekolah, yang dimana Hafiz kembali kekelas gemilang Alhamdulillah, Amanah Allah untuk terus berjuang akan ku pegang..

Jan 1, 2013

Berbakti Kepada Ibu Bapa Adalah Segala-segalanya

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akhlak
Hadith: 
Dan daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As katanya, “Seorang lelaki mengadap Rasulullah lalu berkata, “Aku mengikat janji dengan engkau untuk turut serta berhijrah dan berjuang (jihad) untuk menuntut ganjaran pahala daripada Allah Taala”, Rasulullah bertanya, “Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?”,jawabnya, “Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup”. Rasulullah bertanya lagi, “Engkau mahukah menuntut pahala daripada Allah Taala?” Jawabnya, “Ya”. Kata Rasulullah, “Pulanglah kepada kedua-dua ibu bapamu dan berbuat baiklah (berbaktilah) kepada kedua-duanya”. 
Huraian Hadith: 
  1. Menjaga dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
  2. Islam menyeru umatnya supaya menjaga ibu bapa mereka dengan sebaik-baiknya.
  3. Hubungan sesama manusia adalah lebih penting lebih-lebih lagi golongan yang lebih muda dengan golongan yang lebih tua.
  4. Walaupun hijrah itu wajib tetapi apabila bertembung dengan kewajipannya terhadap ibu bapa maka diutamakan kewajipan terhadapa ibu bapa jika agama dapat dipelihara (dilaksanakan perintahnya) disisi mereka, dan jika tidak maka wajiblah berhijrah dengan meninggalkan mereka untuk menyelamatkan agama seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat (muhajirin).
Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

Rehat sebelum buka sekolah

Assalamualaikum,

Hafiz nak cerita hafiz kini berambut baru, Rileks ja Hari ini, jadual skolah pun Hafiz x tahu.. kenapa?


Sebaik Baik Orang Berhijrah


Sempena Tahun Baru , Jom Berhijrah...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
 
(al-Bukhari)

Huraian
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

2 Auta Yang Kita Sangka Fakta

Assalamualaikum , Nota  pertama tahun 2013, Sebeum itu nak Ucap selamat Tahun Baru 2013.
Tajuk hari ini  tentang Auta yang ramai orang sangka Fakta.

Sedikit Nota Kuliah - AMBANG 13



Kuliah Maghrib Ustaz Subri Arshad 31 December 2012-

Sedikit Ilmu yang didapati @ Kuliah Maghrib Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Taman Guar Perahu..


-Penggunaan 'na' dalam Al-Quran yang bermaksud 'kami'-

Allah mengagungkan dirinya didalam Al-Quran dengan menggunakan 'kami', ini dipanggil liltaqzim [mengagungkan dirinya]. [bukannya Allah itu ramai, Allah itu hanya satu.]

-Penciptaan Manusia-

Manusia dicipta daripada tanah [sulalatin' min tin] iaitu 40 jenis tanah. Sbb tu ada orang kata, manusia ada 40 perangai.

Asal daripada nutfah [setitik air mani] yang datangnya daripada tanah, pergi ke tempat yang teguh, rahim. Air mani tersebut daripada saripati tanah. kenapa? Sebab pemakanan, semua benda yang kita makan berasal daripada tanah.

Contoh, tumbuh2an, lembu [lembu makan rumput].

-Proses penciptaan manusia-

Proses penciptaan manusia telah diberitahu didalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu, iaitu :

Setitis Mani --> Segumpal Darah --> Daging --> Tulang --> Tulang yang disaluti daging --> Makhluk yang baru [Janin] --(4bulan/120hari)--> Ditiup Roh.

-3 Makhluk dicipta Allah-

1]Malaikat - Ada akal, tiada nafsu.
2]Haiwan - Ada nafsu, tiada akal.
3]Manusia - Ada nafsu, ada akal.

-Darjat Makhluk-

1] Haiwan berada di darjat terbawah sekali.
2] Jika nafsu manusia mengalahkan akal, maka darjat manusia lebih rendah daripada haiwan.
3] Jika akal manusia mengalahkan nafsu, maka darjat manusia lebih tinggi banyak daripada Malaikat.


Sumber -  AZF