Assalamualaikum
Biarlah kita jadi matahari , Walaupun tidak disukai oleh orang ramai kerana kepanasannya , tapi matahari tetap menyinar kerana matahari tahu bahawa kita masih boleh gunakannya dan mendapat manfaatnya.
Biarlah kita jadi rama-rama , yang dari ulat yang dibenci orang dan tersiksa didalam kepompom tapi apabila ulat tadi sabar dia akan menjadi rama-rama yang indah.
.....
Kalau ada yang mengatakan bahawa diri mereka lemah , mereka sebenarnya hanyalah takut bayang-bayang sendiri , Mengapakah kita perlu takut dengan bayang-bayang sedangkan bayang-bayang itu sentiasa mengekori kita , Mengharapkan satu kehidupan yang baru bukan mudah . Tapi ianya akan menjadi mudah sekiranya kita berusaha . Kalau tidak di pecahkan ruyng manakan dapat sagunya. tapi kalau hanya berdoa tanpa ikhtiar dan menyalahkan takdir , Kita sebenarnya sengaja membunuh hati kita . Kenapa kita perlu malu dengan masa depan . Mungkinkah tidak ada lagi kehidupan dalam hidup ini.
.....
Mencelah dikesunyian malam , Malam ini aku merasakan kehilangan sesuatu . Iaitu kehidupan. Pada mulanya aku tidak merasakan apa-apa tapi lama kelamaan aku mula sedar bahawa aku tidak boleh hidup tanpa seorang sahabat yang jatuh bangun bersama-sama sahabat yang lain . Adakah apa yang aku lakukan ini betul dengan melupakan sahabat aku. Aku tahu salah aku juga kerana tidak berusaha mendapatkan kembali sahabat . Kawan memang ramai tetapi sahabat sukar dicari . Dalam hidup aku sahabat aku adalah Azim dan Aizzat yang sentiasa berada dibelakang ku dan membantu aku tika ku lemah .
.....
Aku baru sedar jangnlah kita jadi seperti kekatu yang terpengarauh dengan cahaya . Walaupun cahaya lilin yang panas . Walaupun lilin itu panas dia tetap datang dekat dan akhirnya mati terbakar . Begitu juga aku . Aku adalah kekatu yang mengejar Kegemilangan tanpa aku sedar bahawa kegemilangan itu yang akan membuat aku jatuh .
.....
Malam yang sunyi , ditambah dengan kekosongan dalam diri ini membuat aku tertanya-tanya ? ADAKAH AKU MASIH MEMPUNYAI SAHABAT atau aku rebah dibumi ini . Sahabat ini ibarat kaki , Kalau tanpa kaki kita tidak akan boleh berdiri , berjalan mahupun berlari . Jadi hargailah Sahabat anda.
.....
Kepada sahabatku Azim dan Aizzat walaupun aku lupakan korang berdua tetapi korang
tetap bersama aku
tetap bersama aku
0 Orang Kata:
Post a Comment