Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Jun 30, 2012

Senyum Melihat Merpati

Assalamualaikum

Hari sukan sekolah yang meriah , Awal pagi merak yang sombong mulakan episod baru melihat merpati terbang dan berjuang sewaktu hari sukan . Walaupun merak hanya pembantu padang tetapi merak sentiasa mahukan merpati . Merpati comel sangat sewaktu merpati berjuang . Merpati hanya senyum tak kala Merak cuba senyum kepada merpati . Itu sudah cukup buat merak yang merindui Merpati . 

....

Aku sentiasa medoakan yang terbaik untuk merpati . Merpati tahu tak tadi sewaktu rumah merah kalam time merpati lari . Ada beberapa ekor gagak kejam yang mehina merpati . Merak taknak merpati dihina. Merak cakap kat mereka semua "Jup janji rumah merah masuk final " . Semoga terbaik untuk Mu merpati

Jun 26, 2012

Ingatan Diri

Assalamualaikum

Biarlah kita jadi matahari , Walaupun tidak disukai oleh orang ramai kerana kepanasannya , tapi matahari tetap menyinar kerana matahari tahu bahawa kita masih boleh gunakannya dan mendapat manfaatnya.
Biarlah kita jadi rama-rama , yang dari ulat yang dibenci orang dan tersiksa didalam kepompom tapi apabila ulat tadi sabar dia akan menjadi rama-rama yang indah.

.....

Kalau ada yang mengatakan bahawa diri mereka lemah , mereka sebenarnya hanyalah takut bayang-bayang sendiri , Mengapakah kita perlu takut dengan bayang-bayang sedangkan bayang-bayang itu sentiasa mengekori kita , Mengharapkan satu kehidupan yang baru bukan mudah . Tapi ianya akan menjadi mudah sekiranya kita berusaha . Kalau tidak di pecahkan ruyng manakan dapat sagunya. tapi kalau hanya berdoa tanpa ikhtiar dan menyalahkan takdir , Kita sebenarnya sengaja membunuh hati kita . Kenapa kita perlu malu dengan masa depan . Mungkinkah tidak ada lagi kehidupan dalam hidup ini.


.....



Mencelah dikesunyian malam , Malam ini aku merasakan kehilangan sesuatu . Iaitu kehidupan. Pada mulanya aku tidak merasakan apa-apa tapi lama kelamaan aku mula sedar bahawa aku tidak boleh hidup tanpa seorang sahabat yang jatuh bangun bersama-sama sahabat yang lain . Adakah apa yang aku lakukan ini betul dengan melupakan sahabat aku. Aku tahu salah aku juga kerana tidak berusaha mendapatkan kembali sahabat . Kawan memang ramai tetapi sahabat sukar dicari . Dalam hidup aku sahabat aku adalah Azim dan Aizzat yang sentiasa berada dibelakang ku dan membantu aku tika ku lemah .

.....


Aku baru sedar jangnlah kita jadi seperti kekatu yang terpengarauh dengan cahaya . Walaupun cahaya lilin yang panas . Walaupun lilin itu panas dia tetap datang dekat dan akhirnya mati terbakar . Begitu juga aku . Aku adalah kekatu yang mengejar Kegemilangan tanpa aku sedar bahawa kegemilangan itu yang akan membuat aku jatuh .


.....


Malam yang sunyi , ditambah dengan kekosongan dalam diri ini membuat aku tertanya-tanya ? ADAKAH AKU MASIH MEMPUNYAI SAHABAT atau aku rebah dibumi ini . Sahabat ini ibarat kaki , Kalau tanpa kaki kita tidak akan boleh berdiri , berjalan mahupun berlari . Jadi hargailah Sahabat anda.


.....


Kepada sahabatku Azim dan Aizzat walaupun aku lupakan korang berdua tetapi korang
tetap bersama aku 

Jun 22, 2012

Kuliah Jumaat dan Khutbah

Assalamualaikum

Jumaat adalah hari yang mulia dan penghulu sekalian hari justeru kita seharusnya menggunakan hari ini untuk merapatkan diri dengan Allah. Hari ini kuliah dan Khutbah disampaikan oleh penceramah hebat


Ust. ABDULLAH KHAIRI

Jun 19, 2012

Esok Sukan Tara

Assalamualaikum

Esok adalah sukantara nak kutip mata rumah merah, Aku rasa macam tak mau pergi jer esok tapi tadi sewaktu aku update Page Merak.Merpati.Gagak aku rasa macam nak pergi jugak esok sebab merpati juga rumah merah. Memandangkan aku tak boleh tengok dia time sekolah sebab aku dalam sangkar lain so aku bolehlah curi masa ini untuk melepaskan rindu. :) merpati kalau baca post ini jangan marah..


Jun 17, 2012

Marina Cove ? Mengejut. PART 1

Assalamualaikum

Bermula pada hari Jumaat aku balik dari sekolah , tdalam perjalanan pulang aku disoal oleh ibuku tentang tawaran bapa saudaraku untuk bersama bapa saudaraku menyertai hari keluarga KWSP. Di lumut . Marina Cove aku tak buang masa menerima pelawaan itu


.....


* Jambatan Menghubungkan Marina Island dengan Lumut *



Tiba-tiba kakak membuat keputusan untuk menyertai bersama-sama ku.. perhh terbaik.. Kami bertolak pada jam 12.30 dan terus ke lumut perak.. Memang best perjalanan . Sampai dan Check IN sekitar jam 3.30 petang. Kami pergi makan tengah Hari di Marina ISLAND pulau buatan berhampiran dengan pulau pangkor. Lepas tu kami terus ke Water park.. Dengan kupon yang diberi kami masuk secara percuma. Pada malamnya kami makan di Cafe Theme Park. 





.....

Esoknya kami sekali lagi ke theme park , Sekali lagi kami masuk secara percuma... Perhh best... Hahahaha. Terbaik..

Sekian .. * sambung Part 2 *



Jun 14, 2012

Aku Bawa Kota Cinta Ke Malaysia

Assalamualaikum

Orang kata Paris adalah kota cinta dan menara eiffel buktinya. Untuk membuktikan aku adalah peminat rahsia merpati aku bawakan replika lambang Kota cinta iaitu replika menara eiffel dan aku serahkan kepada merpati. Pada mulanya aku rasa sukar untuk aku lakukannya , tapi hanya untuk merpati aku rela bawa bukti kota cinta ke malaysia

.....

Tapi tembul persoalan dimindaku . Kemana menara itu akan pergi adakah ianya akan pergi kepada merpati ataupun dirampas oleh gagak. Apapun aku berdoa agar merpati dapat apa yang aku berikan dan simpannya agar Bukti kota cinta aku telah terbangkan ke Malaysia




Jun 11, 2012

Aku Jumpa Merpati

Assalamualaikum

Sewaktu aku datang untuk menjalani latihan rumah sukan (Merah) aku namapk merpati yang juga rumah merah dan datang menjalani latihan . Aku nampak merpati , tetapi aku hanya boleh tengok merpati dari jauh. Sebab sewaktu itu merpati telah terbang tinggi diudara.

....

 Aku lupa satu benda , Aku merak , tak boleh terbang tinggi langsung. Tapi aku sebagai merak , secara jujurnya aku juba perbaiki sikap sombong aku setiap kali aku bersama merpati, tapi sayangnya merpati tak perasan pun. Aku tak kisah yang penting aku dapat lihat Merpati secara dekat , sebelum dia terbang bersama rakannya. Lepas juga rindu aku .


Panas

Assalamualaikum

Panasnyer hari ini apasal pown tak tau macam nak terbakardah rasanyer.. " Arrhh  takpe hafiz baru panas dunia" Hatikecilku memujuk. Petang nie ada latihan rumah sukan. Rumah merah. Sakitnya hati . Tapi tak pe.. Ape.. Aku lihat di bajuku sudah dibasahi peluh . Mengapa bukankan masih belum Bersukan. Panasnya rase..

.....

Aku kena beri sepenuh masa untuk ini . Arhhh.. takpelah hafiz. Bye


Jun 10, 2012

Dua minggu .. Mana Buku Aku

Asslamualaikum

Cuti dua minggu , aku telah kehilangan banya buku tulis ,teks dan latiha aku. Dimana kau menghilang. Tidak... hahahah Ermm Mana kamu.. Nampak sangat aku tak pernah buka buku time cuti. Ya Memang tepat jawapannya. HAHAHA.

....

Dimanakah kamu wahai buku ku .. aku sedih engkau hilang kembalilah kepadaku . aku merayu . pulanglah kepadaku. Jangan kau merajuk sebab aku tak gunakan kau waktu cuti . Aku mintak maaf....


Rambut Baru

Assalamualaikum

Memandangkan esok dah mula persekolahan . Aku ngan abang aku teruskan mencari kedai gunting rambut . Sebenarnya aku pergi ikut abang aku ke Nasikandar Subaidah. Jumpa member abang aku . Borak punya borak dekat 2 jam . kami teruskan dengan agenda seterusnya . Nak tahu apa dia ? CC ataupun pusat komputer kt perda main online game . 2 jam lah jugak kami main game . 




....

lepastu kami terus ke kedai gunting rambut kt pekan penanti . Rambutku dipotong habis-habisan. Tidak ... Bagaimana dengan persekolahanku. Tak Per.. semua salah abangku . dia yang adjust semuanya... Arrrh.. rambutku.... Tak per walaupun tetap malu dengan rambutku tapi aku akur dengan undang2 SEKOLAH . Sebagai seorang pengawas yang disiplin mestilah menunjukkan Yang Terbaik.. Ok lah .. Bye... 

" ESOK SEKOLAH "

Esok Sekolah

Assalamualaikum

Esok dah mula waktu persekolahan yang penuh cabaran . Hurm aku suka sekolah , tapi aku benci org yang ada kat sekolah , bermacam raga. Aduh pening nak layat diorang semua . Tapi takpe aku tetap akan kesekolah . boleh jugak aku tengok Merpati.

....

Merpati lagi . Kenapa dengan aku nie . aduh Merak , Gagak dah ambil merpati.  Owh .. aku harus teruskan hidup aku. Mesti hebatkan . Ok Sekarang aku nak tengok Filem Chow Kit . Kt youtube hahaha TERBAIKKK. Ok nak gie tengok . Bye. Assalamualaikum


Abangku Tersadai

Assalamualaikum

Mengikut apa yang abang aku cakap tadi melalalui Telefon , dia kata dia tak dapat balik malam nie. Sorry2 aku lupa nak perkenalkan abang aku . Nama dia Bukhori org panggil E , Khori . Klau nak tengok gambar dia boleh  klik kat ini aku page kat atas tu pastu tengok gambar family aku . Yang paling cute itu lah dia. Abang aku dia kerja kat Kajang dua minggu sekali dia akan bali penang. Tapi tadi dia call mak aku , dia kata kereta dia rosak kat highway. Hurm tinggallah kau di Highway. 



....

Kalau nak tau aku lah adik dia yang suka pau dia . Aku selalu mintak jersey bola sepak , tak kiralah Jersey malaysia ker. apa ker.. Aku selalu mintak kat dia . *Walaupun aku tak reti main bola* abang aku adalah abang yang agak baik sebab suka belanja adik-adik dia. oklah kalau kami mintak dia pergi mana-mana pown mesti dia ikut . "ABANGKU TERBAIKKKKK "

Aku Ada Kau Ada

Assalamualaikum

Aku ada  kau ada best lah jugak . boleh tahan lah . citer dia. Oh lupa nak start , sebenarnya aku baru jer tengok kt youtube , Biasalah malas nak gie wayang dan mak aku tak bagi pergi , so aku tengok jer lah kt youtube . Sama jer... takde beza pown kalau kita tengok kt youtube ker , kt cd ker, Astrofirst ker, dekat wayang sekalipun. Ceritanya tetap sama.


....

cerita dia lebih kurang macam citer akulah. merpati tapi citer aku lain sikit . tapi tak palah .semuanya ok jer . aku tak bolehlah tengok citer jiwang sebang aku akan ingat dekat merpati yang terbang bersama gagak. Biarlah hafiz , Aku berpegang kepada kata-kata kawan aku." Jangan dikejar merpati yang terbang , kelak kau kecewa 

....

Malam nie juga berlangsungnya EURO 2012 Poland-Ukrain  aku nak bagitau aku antara lelaki yang berminat dengan bola.Boleh kata klau diberi pilihan antara bola dengan komputer aku lebih gemar memilih komputer walaupun aku tahu yang komputer hanya exercice  jari tapi aku tak kisah . Bercakap pasal bersenam , pagi tadi aku berjoging ngan kawan aku .  Dah lama tak joging . boleh tahan jugak... hahaha.. Yang aku suka sekali lepas bersenam aku ngan family kluar breakfast .. perrh... Nasi lauk ayam. Gulai Ketam. perh.. . Oklah aku nak tengok Euro dulu... bye..


Jun 9, 2012

Cuti Sudah Habis Bro.

Assalamualaikum

"Cuti sudah habis bro" . mesti semua tahu siapa yang cakap macam itu kan. Malek , Watak dalam KL gangster.Tapi ini membawa maksud Cuti sekolah sudah habis bro. Haha sedara tak sedar dah dua minggu aku duduk kat rumah . Rasa macam kejap saje . Rupa-rupanya dah nak buka sekolah. Tahukah anda aku tidak pernah menyentuh buku untuk mengulangkaji waktu cuti . Aku cuma dihadapat komputer .


....

"Hang nie tak pernah nak tengok buku, Hang tengok kak hang tu baca buku juga. Hang Komputer ja " Kedengaran suara ibuku memulakan rutin harian aku setiap kali cuti. Hurm. Sukar nak ungkap dengan kata-kata . Best tau kalau dengar mak korang buat mcm itu unik sangat . Aku tak boleh bayangkan kalau aku bangun tanpa suara makaku. Haish aku nie . feeling plak. Tak per.

....

Masa cuti aku aku penuhi dengan menghadiri majlis perkawinan. Kenduri yang paling busy ialah kenduri sepupu aku Amir Yusri. Aku suka sebab aku jadi Juruacara majlis atau org kenal sebagai MC atau DJ . haha best . Ada yang lagi best. Kenduri Kawin anak kawan ayah aku . huh berbelit lidah. Ianya kenduri kawin biasa tapi yang ini, aku suka sebab kenduri itu dibuat kat dewan sekolah aku SMKGPI hahaha.



Merpati, Mengapa Sukar

Assalamualaikum.


Merpati aku tahu aku hanya merak yang sombong, aku tahu merpati putih seperti kau takkan pandang Merak yang sombong macam aku . Tapi kenapa aku tetap tidak dapat melupakan kau Merpati. Kenapa?
Aku selalu pandang kelangit melihat engkau tebang bebas , sedangkan aku tidak dapat melakukan apa-apa hanya duduk dan membiarakan kau terbang bersama Gagak. Gagak, itulah burang yang kini menemami kau untuk terbang bersama kau. 
....

Dulu engakau keseorangan aku selalu bayangkan aku terbang bersama kau walaupun aku tahu yang aku tidak boleh terbang setinggi kau. Tapi kini aku tidak boleh lagi membayangkan sedemikian kerana engau kini terbang bersama Gagak . Merpati , kalau nak tahu sudah lama aku cuma untuk mempamerkan diriku ini di hadapan kau , tapi kau tak pernah nampak pun. tapi mengapa Gagak yang kau pilih . Aku tahu munggkin gagak itu tidak baik . Tapi gagak itu dapat membahagiakan merpati.

....

Aku kena terima hakikat yang aku bukan burung yang terbang diangkasa seperti kau dan gagak tapi aku doakan yang terbaik untuk kau. Merpati untuk pengetahuan kau aku tak boleh lupakan kau walaupun aku cuba. Aku selalu tanya diriku ' Mengapa sukar untuk aku lupakannya ' .