Pages

Jun 9, 2013

Kisah Media- Susur Keluar Jambatan Kedua Rebah Kebumi .

PULAU PINANG 6 Jun - Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.
Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.
Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.
Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan.






Susur Jambatan Kedua runtuh: 4 dikhuatiri maut


PULAU PINANG 6 Jun - Empat maut selepas tanjak penyambung jalan sepanjang kira-kira 50 meter di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung di sini, runtuh dan menghempap sebuah kereta kira-kira pukul 7.15 malam ini.
Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada tanjak atau `ramp' di bawah kerja-kerja pembinaan dalam pakej 3A yang giat dijalankan.
Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut telah ditimpa runtuhan besi dan konkrit binaan jambatan berkenaan dari ketinggian 30 meter.
Sehingga pukul 11 malam ini, belum dapat disahkan jumlah mangsa yang terperangkap dalam kejadian berkenaan


PEMILIK KERETA YANG TERPERANGKAP DI DALAM RUNTUHAN DIKENAL PASTI


George Town, 7 Jun - Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.
Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.


so, hanya pemilik kereta kelisa itu sahaja yang dikenalpasti, tp still not sure siapa yg berada didalam kereta kelisa tu




Jambatan runtuh: Penyelamat guna 4 jek hidraulik

PULAU PINANG 7 Jun - Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan empat buah jek hidraulik bagi mengeluarkan mangsa runtuhan tanjak penyambung susur keluar jambatan kedua pulau pinang yang runtuh lewat petang semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd. Shoki Hamzah berkata, setiap jek itu mampu menampung beban sehingga 200 tan.
"Dijangkakan mangsa akan dapat dikeluarkan dalam masa dua jam kerana kerja-kerja mengangkat runtuhan konkrit seberat hampir 500 tan itu mengambil sedikit masa.
"Pihak bomba juga akan membuat operasi mencari sekiranya ada mangsa lain yang terlibat selepas mengeluarkan mangsa ini," katanya.
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai memandu Perodua Kelisa yang dihempap konkrit berkenaan.

Mangsa runtuhan jambatan P.Pinang berjaya dikeluarkanShafizan Johari| Kemas kini: Jun 07, 2013
KUALA LUMPUR: Mangsa runtuhan susur jambatan kedua Pulau Pinang berjaya dikeluarkan pada jam sembilan malam, dalam operasi yang mengambil masa lebih 24 jam.

Mangsa berketurunan melayu mati dalam insiden itu.

Mayat dibawa ke hospital sejurus dikeluarkan daripada runtuhan.

Turut berada di tempat kejadian semasa jenazah mangsa dikeluarkan ialah abang mangsa.
Beliau pengsan setelah gagal menahan sebak.

Pihak bomba kini sedang mengesahkan sama ada masih ada mangsa lain yang berada di bawah runtuhan.


Mangsa runtuhan jambatan dikebumi awal pagi ini

PULAU PINANG 8 Jun - Mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan akan dikebumikan awal pagi ini juga.
Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajudin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.
"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Mayat Zainal yang terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku lewat petang semalam itu berjaya di keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.45 malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Jambatan runtuh: Pakar Patologi sahkan mangsa maut akibat sesak nafasMALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, 7 Jun.- Pakar Patologi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh mengesahkan mangsa yang terbunuh di dalam insiden runtuh susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang meninggal dunia akibat kesesakan nafas.
Katanya, mayat Tajudin Zainal Abidin, 45 mengalami kecederaan teruk di seluruh anggota badan.
"Mangsa patah kedua-dua belah kaki serta tulang rusuk di bahagian kiri.
"Mayat mangsa juga didapati reput berikutan timbunan konkrit yang memhempapnya terlalu berat," katanya selepas membedah siasat mayat mangsa.

Operasi kesan mangsa di bawah runtuhan ditamatkan
PULAU PINANG 8 Jun - Operasi mengesan mangsa terperangkap dalam kejadian runtuhan tanjak penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Kedua di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung dekat sini akan ditamatkan pada pukul 6 petang ini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemberhentian itu dibuat selepas pasukan penyelamat yakin tiada mangsa lain yang masih terperangkap.
"Setakat ini kita telah melakukan sebanyak tiga kali operasi mengesan menggunakan empat ekor anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat tetapi tiada sebarang petanda menunjukkan ada mangsa dan kenderaan lain yang dijumpai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tanjak susur keluar Jambatan Kedua itu runtuh lewat petang Khamis lalu menyebabkan seorang pemandu kereta, Tajudin Zainal Abidin, 45, maut selepas terperangkap di bawah runtuhan itu ketika dia melalui kawasan tersebut ketika kejadian.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 8.45 malam tadi, iaitu selepas lebih 25 jam kejadian itu berlaku. - UTUSAN ONLINE


AL - FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA

0 Orang Kata:

Post a Comment