Assalamualaikum ,
Hadir sekadar impian , engkau hadir dikala ana sedang mimikirkan masa depan , hala tuju ana kian rungsing , mengapa ana perli mengingatimu sedangkan Cinta anaTerhadap ALLAH masih ditahap yang kurang memuaskan, jujurnya ana memang mencintaimu wahai Hawa , namun ana rasa , ana tidak sanggup menduakan Cinta Ilahi , ya Ana mencintaimu tapi cinta Allah mengatasi segalanya , Jika soal hati ana tidak mahu memaksa , ana tidak mahu dipaksa dan ana tidak suka melihat Kamu wahai Hawa Terpaksa senyum tidak ikhlas kerana ana , Ana tahu , Ana sedar ana memang tidak sekufu sebab itu ana yang jadikan kehadiran anti sekadar impian yang agak Mustahil untuk dicapai . Orang kata cinta tidak boleh dibeli kerana cinta datang dari hati , mungkin ana mencintai anti , tetapi ana tidak mahu memaksa anti kerana ana tahu bahawa hati hawa tidak suka dipaksa . Macam ana tahu ? Jawapannya Mudah ..
Hawa dijadikan dari rusuk kiri Adam , Yang Bengkok , Jika dipaksa untuk luruh ianya akan patah , dan jika dibiarkan ianya akan terus bengkok. Hawa dijadikan dari rusuk kiri yang dekat dengan hati , jadi jika dia benar pemilik pemilik tulang rusuk Ana , tentunya hati ana dan hati nya bersama . Apapun bukan masanya untuk ana fikirkan itu semua , kerana bagi ana perjuangan masih jauh . Masih ada banyak lalaun yang ana perlu lalui . Tangga Utama PMR . Jika anti membaca setiap warkah cinta yang ana tuturkan di laman cetusan idea iaitu blog ana , anti akan mengetahui isi hati ana , Tapi ana tidak mengharapkan apa-apa kerana Allah bersama Ana
May 3, 2013
Hadir Sekadar Impian
5:29 PM
Tiada Balas
0 Orang Kata:
Post a Comment