Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Nov 29, 2012

#PrayForGaza

Assalamualaikum,HambaAllah sekalian.

Malaysia bumi bertuah kemana hala tuju kita di Malaysia ini. kalau kita tengok kat Gaza anak muda sanggup berjihad dijalan Islam untuk menegakkan kemenangan Islam. Kenapa kamu diMalaysia berperang dengan Politik. Kenapa tidak sekata menurut Ajaran Islam dan cara menjadi ketua yang ditunjukkan Oleh baginda Rsullullah S.A.W. Dalam islam ada dinyatakan Politik, tetapi politik disini adalah politik yang menyatupadukan ummah berlandaskan Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, bukan politik kepartian seperti dimalaysia yang membuatkan umat islam berpecah..

Apapun aku akan ikut mereka yang benar..


Nov 23, 2012

Cinta Bertepuk sebelah tangan

Assalamualaikum. Kalau sebelum ni korng dah baca cerita merak.merpati.gagak. itu lah sitausi aku sekarang... Cinta bertepuk sebelah tangan.. Aku suka dia tapi aku takut nak cakap. aku takut sebab malu nanti dia kata aku poyo.. Sebenarnya aku pelik sekarang nie kenapa setiap kali aku jumpa dia dia mesti lari dari aku.. dh mcm aku dipulau pula.... rasa itu buatkan aku lebih sayangkan dia.. aku x kisah kalau tengok dia dengan orang lain asalkan dia bahagia sudah... :D kalau aku tengok balik , aku sbenarnya x lyk nk dptkan dia.. Dia dibesarkan dalam keluarga bahagia... Bapak kerja **** ,mak jadi cikgu...  Aku tak akan boleh sara dia kalau aku kahwin dengan dia pownn #amboi apizz Kawin pulak..

Aku start mencintai dia pada usia darah 3 sehingga sekarang walupun adalah wanita laini yang aku try ... tapi hati aku tak boleh lupa dia, jujur perasaan aku terhadap dia x pernah pudar tapi aku still x leh nk buang perasan aini.. aku x phm .. kenapa???







Lama tak update

assalamualaikum. Blog yang simple buatkan aku terfikkir. mengapa aku tak boleh jadi simple , sesimple blog aq... hurmmm mengapa?? tapi takpa asalkan aku bahagia..


Nov 10, 2012

KawanKu.

Assalamualaikum , hurm.. arie nie arie sabtu  2 bermakna dah sehari berlalu , sekolah dh cuti.. melihat keburukan bercuti adalah.. buatkan aku lebih jauh dari velajar.. sebab aq nie org yg x suka baca buku kt rumah <jujur> so aq lagi suka bersekolah dan jumpa member aq ..:) smile.. hurmmm x pelah.. hurmm liku2 perjalannan ku di tinggkatan dua.. dh hampir berakhir.. mimpi ngeriku aku sewaktu di SMKGPI dlm form 2 dh habis.. nie plak edisi ke dua mimipi ngeri form 3 plak nk dtg.. PMR... arhh.. takutnya.. tapi aq still takut kat Allah... hurmm study...


Oct 31, 2012

Mimpi Kesedaran.

Assalamualaikum. lama jugak tak mengupdate blog aku nie . yelalah takda masa. tapi tak pa lah aku nak terus ketajuk.. Bacalah yer :


                Pada tahun akhir 2012 aku telah dihantarkan kesekolah budak-budak jahat kerana telah mencederakan guru ketika mengajar perkara itu aku sendiri tidak menyedari. Aku seolah-olah dikawal oleh sesuatu. Kalau hendak diikutkan aku sebenarnya seorang pelajar yang baik disekolah namun sejak akhir bulan April 2012 aku sering dimarahi oleh guru itu , sehingga membuat aku marah dan membaling kaca cermin tingkap kepada guru tersebut yang mengakibatkan guru tersebut dimasukan ke Hospital selama 2 hari kerana cedera ringan. Sewaktu aku bersekolah aku amat mencintai seorang kawan aku , iaitu  #, aku sering menemainya pulang kerumahnya .Namun selepas peristiwa itu berlaku aku tidak lagi berhubungan dengannya. Aku juga bersahabat baik dengan Azim , Aizzat dan Nabil. Melalui peristiwa itu aku dihantar kesekolah tersebut dalam tempoh masa 3 tahun . Pada awal tahun 2015 aku telah dibenarkan pulang selama sebulan untuk menjeguk kehidupanku, dan untuk merawat rindu yang lama.
                Aku dihantar pulang oleh pihak polis dan masih dibawah pengawasan pihak polis . Aku meminta kebenaran untuk mereka menghantar aku pulang ke rumah ku untuk aku berjumpa dengan keluargaku,selepas sampai kerumahku aku terkejut kerana disitu tiada siapa yang tinggal. Aku terus mencengah kerumah jiran sebelahku. Aku menanyakan soalan kemanakah keluargaku lantas jiranku menjawab mereka semua telah pindah sebulan aku dihantar kepenjara pada tahun 2012 diatas alas an mahu menenagkan diri.Aku menyoal kembali kepada jiranku , kemanakah mereka pindah. Namun jiranku hanya menjawab tidak tahu. Aku terus menangis dihadapan rumah ku yang sudah meninggi rumputnya.Aku terus meminta kebenaran untuk menjeguk kerumah # rakanku . Setelah sampai kerumahnya aku di sapa baik oleh keluarganya. Selepas makan tengahari aku melihat sewaktu makan tadi # tidak ada bersama. Aku Tanya kepada ibu # kemanakah #?. Ibunya menjawab dia telah ke Universiti untuk melanjutkan pelajaran.Aku menceritakan pengalaman aku di tahanan kepada Ibu #  Aku menanyakan sekali lagi bagaimanakah keadaan #, ibunya menjawab semuanya ok .
Pihak polis terus menghantarku ke sekolah menengah lama ku.  Sewaktu sampai keSekolah , pada hari itu ada perjumpaan semula Pelajar dan ibu-bapa pelajar sesi 2012 aku lihat semua sahabat ku seperti Azim dan Aizzat sudah menjangkau usai belia. Sewaktu disitu aku melihat Nabil rakan lamaku sudah tidak mengenaliku dan hanya buat tak tahu sahaja kepadaku, Aku pelik . Tidak mengapalah aku tahu aku ini banduan. Aku mengangis melihat semua sahabatku berkeluarga, Aku tidak. Aku menangis.Aku berdoa kepada Allah bahawa pertemukan aku kepada keluargaku. Secara ajaibnya keluargaku juga berada disitu . Aku berlari ke keluargaku dan memeluk mereka , itu lah orang kata benda paling berharaga adalah benda yang kita hilang. Aku menangis melihat kearah Ibu ku yang tidak berkata apa-apa. Lalu aku dengar perkataan keluar dari mulut ibuku. Kamu tak penat ke. Aku menangis. Tiba-tiba aku terjaga dari lena . Rupanya aku bermimipi. Selamat aku. Sewaktu aku terjaga aku masih menangis.


Sep 14, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah,
Assalamualaikum,


5-6 SEP aku wakil sekolah dalam pertandingan pidato..haha yang bestnyer.. nie kali pertama aku masuk pertandingan pidato dan pidato peringkat negeri pulak 2.

Ok2 citer balik , Aku sebenarnya tak ready untuk lawan pown. tapi aku buat yang terbaik. Alhamdulillah Aku dalm peringkat saringan dapat no 2. Perh..no 1 adalah pemegang rekod terbaik malaysia sekolah rendah iaitu Nurul Anis dri SMK A.Munsyi hurm... terbaiklah dia..

Time diorang umum sapa pergi final aku memang x jangka yang aku boleh pergi .. Time org umum 2 aku buat x tau jer main game mancing kat tablet phone yg aku bawak... hahah terkejut bila namaku tersenarai keperingkat akhir.. haha..

Dan tibalah ke tahap spontan.. Aku cabut undi dapat task spontan Rakyat Sihat Negara Sejahtera.
Haha mula2 aku rasa senangja tajuk nie.. tapi bila duduk atas pentas aku diam ja.. hahaha lawak kan..
sebab 2 aq dpt no 5. hrmm Biarlah janji aku masuk final.

Time aku duduk kt krusi fina aku perhati ada hampir 10 kamera fokus dibahagian kami. wau terasa diriku begitu bermakna ceh....

Nak tengok sedikit gambar yang aq sempat snap....

Chill.......


Yang Nie Maulud Idola Kecil....

Kamera...

Yang nie Aizzat kwn aku ...


NIE GAMBAR TIME ABIL HADIAH



SEKIAN

jadilah kalah pown x pe janji 50 INGGIT dlm tangan

Sep 1, 2012

Busy WEEK

Assalamualaikum.

Lama jugak tak online dan update blog ini biasa sibuk sebab saya admin kepada 2 blog . satu blog ini satu lagi blog facestudio. tak pelah . kita berbalik kepada cerita yang nak di tulis.

Munggu depan bermulanya pada tarikh 3. 9 .2012 adalah hari yang paling busy kerana pada 3.9.2012(isnin) saya telah terlibat dalam majlis penutupan hari kemerdekaan peringkat sekolah dalam aktiviti sajak. Dan pada hari yang sama sehingga hari rabu 6.9.2012 ( khamis ) saya terlibat dalam pertandingan pidato kemerdekaan piala perpustakaan negeri . Dan dalam waktu yang sama saja perlu menyiapkan 2 folio PMR saya yang telah diciplak oleh rakan-rakan saya.

Sibuk. saya rasa mulai esok saya tidak akan online sampai minggu depan...

Saya tenangkan fikiran dengan layan lagu nie korang nak tak layan lagu nie skali

wei kejap apasal luar umah aku kedengaran tembakan bunga api...


Aug 24, 2012

Mencari Keredhaan Ilahi.

Assalamualaikum,

Lama juga saya tidak meng-update blog ini. Tapi mulanya saya rasa tidak terlambat juga mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat seluruh Malaysia. Tajuk Post hari ini- MENCARI KEREDHAAN ILAHI..

Kalau sebut bab Ilahi, ramai orang kata , " aku orang Islam , aku tau la Allah tuhan aku." tapi sejauh mana kita menganggap Allah itu tuhan kita atau dunia ini tuhan kita . Ini sya bawakan contoh . KESIBUKAN BEKERJA. Orang ajak korang gi solat, tapi korang tak nak korang kata tunggu jap aku nk habiskan kerja aku dulu .Tapi korang sedar tak yang bagi duit kat korang itu sapa . ALLAH.

Korang pernah tak berada dalam situasi dibawah.

( KORANG SEDANG SENANG DENGAN NIKMAT ALLAH , KORANG LUPAKAN ALLAH )
  Tiba2 korang sakit atau duit korang hilang, Korang akan mintak pada Allah,
   YAAllah kau berikan kepada duit aku ya Allah.
    Tapi bila korang tak dapat balik apa korang hilang atau tuhan tak makbulkan doa korang , korang akan marah dan tidak beribat dengan tujuan protes kerana Allah tak bagi .

Sapa yang rugi....

Jul 24, 2012

Ibu Nombor 1

Assalamualaikum

Bila kita cakap tentang ibu, ramai yang hormat ibu mereka. Tapi sejauh mana mereka hormat keatas ibu mereka. Mencari ukwah sejati , Mencari berkat Ilahi, Mencari redha sang pencipta. Kita tahu , Redha Allah terletak diredah Ibubapa, Guru dan kawan -kawan. Tapi kenapa manusia hari ini Sudah tidak kenal siapa ibu mereka.

....

Aku baru sahaja bangun dari lena yang panjang. Aku bangun dan terus mencari redha illahi . Nabi bersabada : Mula-mula Allah , Kedua Rasul , Ketiga Ibu , Keempat Ibu , Kelima Ibu. Keenam Ayah. Mengapakah Nabi kata hormat ibu samapai 3 kali . Kerana ibu ini special . Wah Betapa indahnya ibu..




....





Layan Lagu Maher Zain - number 1 for me....


Jangan lupa saksikan InsyaAllah ada jalannya. Setiap hari 5.30 a.m di :





Astro Oasis - 105


Mustika Hd - 134 



Jul 4, 2012

Sekadar Renungan

Assalamualaikum,

Ini hanya sebagai renungan . Ini kerana perkara di bawah ini sering berlaku di SMK.GUAR PERAHU INDAH.... Artikel ini dipetik dari: http://bambang.smsselangor.com


DATUK DR AMRAN KASIMIN - Soalan Mengenai Histeria

Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?

Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.

Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?

J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.

Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?

J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.

S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?

J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.

Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.

S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?

J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.

S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?

J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.

Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.

Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?

J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.

S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?

J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.

S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?

J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.

S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?

J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.

Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”

S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?

J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.

Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?

J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.

S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?

J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.

S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?

J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.

S: Apakah jenis-jenis jin?

J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.