Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Jun 9, 2013

KULIAH : Ustaz Don - Ketika Cinta Bertasbih

Jun 8, 2013

Islam : Hati Menjadi Keras MENGAPA ?

Assalamualaikum , Kenapa Hati Kita Keras . JOM MUHASABAH.









Jun 6, 2013

TERKINI! Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh .

BERITA DIPETIK DARI ASTRO:

Runtuhan struktur binaan di Jambatan P.Pinang kedua
BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.
Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.

Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat.





 

Agama: Isra’ dan Mi’raj – Ibrah sepanjang hayat menuju kejayaan dunia akhirat



264972_478989525445249_1625215063_n
Sempurna penjagaan solat, membawa kejayaan dunia dan akhirat
Akal manusia bisa berfungsi untuk menilai fitrah sesuatu perkara sama ada baik atau buruk. Ia juga boleh mencapai tahap berfikir tentang kebesaran dan nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan dalam hambanya. Sebab itu, kita lihat dalam al-Quran banyak peristiwa Allah bertanya kepada manusia tidakkah melihat atau meneliti suatu perkara yang telah terjadi atau dikurniakan kepada kamu?
Pun begitu, sifat insani tidak dapat lari dari kekurangan. Seorang manusia boleh menguasai kebanyakan bidang pengajian tetapi mustahil untuk kuasai kesemuanya sekali. Jika begitu akal manusia yang cetek bagaimana mungkin dia mengingkari suatu perkara yang wujud tetapi tidak tercapai akalnya sedangkan dia tahu bahawa perbatasan dalam penggunaan akal?
Isra’ dan mi’raj antara satu peristiwa yang tidak mampu seorang manusia menggunakan logic akal untuk mengekspresiasi kejadian tersebut. Namun, akal yang sihat yang terpandu dengan penggunaan dalil agama yang sihat membawa akal manusia membenarkannya. Sebagai contoh dalam bentuk analogi:
Seekor semut yang berada di dalam poket tuannya yang kini berada di Malaysia. Tuannya itu menaiki kapal terbang ke suatu tempat yang agak jauh dan pulang semula pada hari yang sama setelah selesai tugasannya di sana. Setelah pulang semut itu bercerita kepada kawan-kawannya bahawa dia telah pergi ke suatu tempat yang jauh dan telah selamat pulang.
Allah adalah sebaik-baik contoh. Jika kita fikir tidakkah peristiwa ini janggal bagi kumpulan semut yang mendengar? Tetapi bukankah ia benar-benar berlaku? Peristiwa isra’ dan mi’raj juga begitu. Ia benar berlaku kerana Allah sebagai tuan kepada Rasulullah s.a.w dan sekalian alam yang menjemput baginda untuk bertemu-Nya. Bahkan maha suci Allah dari sama dari sesuatu bahkan Allah bisa melakukannya tanpa sebarang alasan dan logic.
Namun sebagai orang yang beriman, kita diwajibkan untuk percaya kerana peristiwa ini disebutkan dalam al-Quran dan hadis. Justeru itu, peristiwa ini secara tidak langsung menjadi ujian bagi mereka yang mempunyai iman yang meragukan.

Seputar Isra’ dan Mi’raj
Secara ringkas pengertian isra’ dari segi bahasa perjalanan pada sebahagian malam dari segi istilahnya sebuah perjalanan Nabi s.a.w yang  bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di al-Quds  manakala mi’raj adalah tingkatan atau tangga membelah lapisan langit hingga sampai ke Sidaratul Muntaha seterusnya Bait Al-Ma’mur untuk berjumpa Allah s.w.t dengan menaiki binatang yang bernama Buraq.
Berkisar tentang penetapan tarikh peristiwa ini berlaku terdapat 17 pendapat berbeza para ulama’ tentangnya. Yang masyhur adalah dalam bulan rejab. Cuma sebagai penanda, ia berlaku selepas baginda diutuskan dan setelah kewafatan isteri baginda yang pertama iaitu Saidatina Khadijah. Adapun perkara yang lebih penting untuk diteliti adalah ibrah yang menjadi teladan sepanjang hayat yakni solat.
Hal ini kerana orang yang berusaha menjaga solat dengan baik sebenarnya dia sedang menjaga kehidupannya dengan baik. Setiap perkara dalam kehidupan berkait dengan solat.
Sebelum solat selain daripada rukun yang perlu dilunaskan seperti wuduk, perkara-perkara kemaksiatan juga perlu dijaga untuk mendapat kekhusyukan seperti pandangan mata, fikiran positif dari kekusutan dan sebagainya.
Semasa solat, kita diajar berdisplin dengan cuba ikut arahan Allah dalam pergerakan dan bacaan di samping mengajar kita untuk hanya bergantung kepada-Nya.
Selepas solat pula, solat yang sempurna sepatutnya memberi kesan kepada jiwa dengan mendidik sifat rendah diri selain berasa malu untuk membuat maksiat seperti mendedahkan aurat, mencarut kerana manusia itu sebenarnya hanya hamba yang mempunyai Tuan yang perlu dipatuhi bukan pada waktu tertentu.
Di samping itu, isra’ dan mi’raj sebenarnya ubat duka seorang manusia iaitu baginda s.a.w oleh Allah taala setelah peristiwa kematian bapa saudaranya Abu Talib yang kuat mendokong usaha dakwah baginda meskit tidak memeluk islam, serta wafatnya isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah.
Setelah itu, usaha dakwah baginda kian terasa kepahitannya. Quraisy lebih berani hingga sampai tahap menyakiti batang tubuh baginda seperti peristiwa dilemparkan sisa najis kepada baginda ketika solat juga peristiwa baginda dilontar dengan batu hingga darah berlemuran ketika di Thaif.
Ya! Tabiat dakwah sememangnya demikian. Pahit lelah tiada kerehatan. Darah merah bertaburan. Kita mungkin belum sampai ke tahap sedemikan. Namun, Allah meminta daripada manusia untuk dikorbankan jiwa mereka dan hartanya-hartanya dan digantikan dengan nikmat yang besar iaitu mendiami syurga-Nya maka segala kudrat yang terdaya sepatutnya ada dalam jiwa kita cita-cita membantu agama-Nya.

Perjalanan seorang hamba bukan sekadar rohnya
Ulama’ berbeza pendapat tentang adakah baginda s.a.w diperjalankan dalam keadaan roh sahaja atau roh dan jasadnya sekali. Ada yang mengambil pendapat pertama ada yang kedua. Ada juga berkecuali dengan meletakkan antara isra’ dan mi’raj salah satunya adalah dengan jasad dan roh. Adapun yang paling dekat berdasarkan dalil adalah keduanya sekali iaitu jasad dan roh. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴿١
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Penafsiran ayat ini bagi mengukuhkan hujah baginda diperjalankan dengan keduanya adalah perkataan tasbih (سُبْحَانَ) merupakan perkataan yang agung dan semesetinya digunakan dalam peristiwa yang agung. Jika peristiwa ini berlaku hanya dengan roh maka ia bukan merujuk pada peristiwa yang besar kerana ia ibarat seperti bermimpi. Namun, peristiwa ini antara peristiwa yang agung di sisi umat islam.
Tambahan pula, Allah juga menggunakan istilah hamba (عَبْد) yang merujuk kepada seorang manusia yang mana bersatunya roh dan jasadnya. Hal ini kerana, jika ia hanya berlaku ketika tidur atau sekadar roh sahaja sudah tentu Allah menggunakan istilah “dengan roh hambanya” yang memisahkan asal erti kata hamba yang merangkumi dua aspek tersebut.

Catatan Khusus berkenaan peristiwa sepanjang isra’ dan mi’raj

ISRA’
1.  Pembelahan dada (kepentingan bersuci)
Ibn Hajar menyebutkan pembelahan dada berlaku sebanyak tiga kali. Pertama ketika baginda masih kecil di kampung bani Sa’ad sebagai penjagaan daripada gangguan syaitan. Keduanya ketika baginda diutuskan menjadi rasul sebagai pemuliaan dan penyediaan kepada baginda menerima wahyu dengan hati yang bersih. Ketiga isra’ hal ini berlaku ketika hendak bermunajat kepada Allah.
Hikmah kepada pembasuhan anggota sebanyak tiga kali adalah untuk mencapai kepada tahap kesempurnaan. Hal ini berlaku sebagaimana pada syariah baginda s.a.w dalam bersuci. Hikmah ini adalah yang paling agung kerana cara menyucikan itu digunakan air zam-zam yang diisi dalam bakul yang diperbuat daripada emas dan mengandungi iman dan hikmah seperti lafaz hadis dari Bukhari yang menunjukkan keagungannya.

2.   Memilih susu berbanding arak (Islam agama fitrah)
Berlaku perbezaan pendapat disini dalam menentukan ketikamana baginda diberi minuman tersebut. Kata Ibn Kathir bermungkinan diberi dua kali pertama kali sebelum baginda di mi’rajkan dan kedua kali selepas baginda sampai ke sidaratul muntaha yang mana baginda melihat empat batang anak sungai yang dua antaranya adalah sungai Nil dan sungai Furat dan dua lagi disembunyikan dari pandangan baginda. Yang masyhur adalah sekali iaitu kondisi yang pertama.
Apapun ibrah yang lebih utama daripada peristiwa ini adalah islam itu adalah agama fitrah kerana Rasul s.a.w memilih susu merujuk kepada simbolik fitrah. Kata ibn Hajar susu itu dikaitkan dengan fitrah adalah ia merupakan minuman pertama manusia setelah dilahirkan. Namun, yang lebih utama apabila disebutkan agama itu adalah fitrah iaitu tidak mungkin tangga langit tersusun indah, pintu-pintunya dibuka ketika peristiwa mi’raj jika ia diselaputi penyakit yang membarah.
Ia memberi gambaran kepada manusia untuk melaksanakan sesuatu ibadah dengan sebaiknya kerana dewasa kini ramai dalam kalangan manusia beribadah namun hanya bertopengkan kerosakan bukan fitrah. Ia terselindung disebalik kecantikan luaran amal padahal hakikatnya ia tidak lebih dari berpura-pura. Dengan sebab itu, kita melihat segala permintaan sukar untuk dikabulkan kerana terdapat penghadang amal itu sampai kepada Allah s.w.t.

MI’RAJ
Langit pertama (menjauhi setiap jenis dosa-dosa)
Bertemu dengan nabi Adam a.s. Antara hikmah yang tersembunyi adalah baginda merupakan nabi yang pertama dan bapa seluruh manusia. Justeru, diperlihatkan baginda. Di samping itu, perkaitan kepada umat seterusnya adalah sebagai peringatan kepada manusia tentang hukuman Allah kepada baginda yang terkeluar dari syurga dan baginda merinduinya semula yang membawa erti manusia juga tidak terlepas dari hukuman sekiranya membuat perkara larangan juga disamakan kisah hijrah Rasulullah ke Madinah hingga merindui pulang Mekkah.
Antara perkara lain yang disebutkan adalah baginda ditunjukkan hadiah khas buat baginda iaitu telaga kauthar dan juga diperlihatkan dua kelompok dari arah kiri dan kanan baginda. Sebelah kanan tersenyum gembira kerana merekalah ahli syurga berlainan sebelah kiri menangis kerana mereka adalah ahli neraka.
Disebutkan dalam hadis yang diriwayat oleh al-baihaqi bahawa baginda melihat beberapa bentuk seksaan terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan di dunia. Walaubagaimanapun ibn Kathir menyifatkan hadis ini lemah kerana salah seorang perawinya tetapi tetap disebutkan oleh beliau disebabkan ibrah daripadanya terdapat dalil nyata yang menyokong. Antara seksaan tersebut adalah:

i)  manusia berperut besar hingga tidak mampu berdiri
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. (al-Baqarah:275)

ii)  manusia yang menelan bara api
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; (an-nisa’:10)

iii)  memakan daging saudara yang telah mati
 dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (al-Hujurat:12)
Terdapat pelbagai jenis seksaan lagi. Namun, sekadar suntikan buat kita untuk meninggalkan dosa-dosa yang telah dilarang oleh-Nya. Adapun seksaan yang tidak didatangkan hujah yang lebih kukuh untuk menyatakan kesahihannya adalah ditolak dari kebenaran fakta yang berkait dengan peristiwa isra’mi’raj.
Suatu perkara yang boleh kita muhasabah semula, kebanyakan seksaan yang disebutkan semua terkumpul pada umat kita pada hari. Riba berleluasa. Mengumpat berjela-jela. Justeru bagaimana penyakit ini bisa diubati? Tidak lain tidak bukan dengan kefarduan solat yang sempurna yang telah ditetapkan.
Langit Kedua (menjauhi permusuhan dan sekatan terhadap usaha dakwah)
Bertemu nabi Isa dan Yahya yang sering dimusuhi pengikutnya, telah berlaku permusuhan pada diri baginda Nabi s.a.w pada awal hijrah, baginda selalu dimusuhi orang-orang yahudi, mereka sering melakukan kejahatan terhadap baginda.
Langit Ketiga (menjauhi permusuhan saudara dan lazimi sikap memaafkan)
Bertemu nabi Yusuf a.s. yang dikhianati oleh saudara-saudara dilemparkan ke perigi namun akhirnya dimaafkan segala perbuatan selepas sujud tanda penghormatan begitu juga nabi disakiti oleh kaum kerabat terdekat seperti Abu Sufyan, namun selepas islam beliau memaafkan musuhnya.
Langit Keempat (dakwah untuk keluarga dan masyarakat seluruhnya)
Bertemu nabi Idris yang mempunyai martabat yang tinggi di sisi Allah dan merupakan nabi yang pertama berdakwah selain ahli keluarga iaitu pengikutnya.
Dan ceritakanlah ( hai Muhammad kepada mereka , kisah ) Idris yang terdapat di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 – Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” [Maryam : 56 – 57]
Langit kelima (berbuat baik balasan baik diterima dan teguh atas jalan kebaikan)
Bertemu nabi Harun a.s yang mana kaumnya kembali mencintainya setelah berbuat jahat kepadanya seperti yang berlaku ketika pembukaan kota mekkah bagi Rasulullah.
Langit keenam (sabar dalam perjuangan dibenar sifat cemburu ke arah kebaikan)
Bertemu nabi Musa a.s yang berulangkali disakiti oleh kaumnya seperti mana yang berlaku kepada baginda namun mereka tetap bersabar. Juga nabi Musa. Menangis kerana sedih dan cemburu umat nabi Muhammad s.a.w lebih ramai berbanding dengan baginda.
Langit ketujuh (kekal dalam kebaikan hingga pengakhiran)
Bertemu nabi Ibrahim yang menyandar di sisi Bait Al-Ma’mur (dimasuki oleh tujuh puluh ribu malaikat dan tidak pernah memasuki buat kali kedua) yang menunjukkan hadiah penutup buat baginda dalam umur terakhirnya iaitu manasik haji.
Ibrah umum daripada isra’ dan mikraj
Dalam peristiwa ini terdapat pelbagai macam pedoman yang boleh dijadikan panduan untuk manusia sejagat. Yang utama seperti yang disebutkan sebelum ini berkenaan solat kerana ia merupakan satu-satunya ibadah yang diterima terus oleh Rasulullah daripada Allah berbanding ibadah wajib yang lain. Adapun masih tersirat bermacam mutiara teladan yang lain padanya:

1.  Masjidil Aqsa dan isu Dunia Islam.
Keduanya mempunyai perkaitan. Ini kerana makkah selepas perutusan Rasulullah telah menjadi pusat perhimpunan dunia islam dan kesatuan visinya. Peristiwa isra’ dan mi’raj ini juga menunjukkan usaha mempertahankan Palestin sebenarnya mewakili usaha mempertahankan islam itu sendiri.
Setiap orang Islam dari pelbagai ceruk bumi wajib melaksankan dengan apa cara sekali pun. Kecuaian mempertahankan dan membebaskan Palestin merupakan kecuaian terhadap islam. Ia merupakan jenayah yang akan dihukum oleh Allah kepada setiap orang beriman dengan Allah dan rasul-Nya.

2.  lambang ketinggian umat islam
Ia sebenarnya mengangkat ketinggian darjat orang islam dengan mengatasi hawa nafsu dan syahwat dunia. Dia juga wajib menjadi manusia yang tiada tolok bandingnya dalam dikalangan seluruh manusia. Sama ada dari segi kedudukannya yang tinggi, visinya yang mulia dan sikapnya yang sentiasa berlegar-legar dalam nilai-nilai murni islam.

3. Penerokaan angkasa
Peristiwa ini membuka kaca mata manusia dari sudut sains bahawa manusia sebenarnya boleh keluar daripada daya tarikan bumi dan angkasawan pertama secara keseluruhannya adalah baginda s.a.w meskipun ia adalah sebuah mukjizat ia membuka kotak pemikiran manusia untuk meneroka.
Kesimpulan
Isra’ dan Mi’raj merupakan suatu peristiwa agung dalam lipatan sejarah umat islam. Ia bukan sekadar hari yang disambut kemuliaanya dan berlalu begitu sahaja. Bahkan, ia adalah hari di mana manusia itu dimuliakan. Dimuliakan dengan ibadah pada-Nya. Dimuliakan kerana hanya bergantung harap pada-Nya tiada yang kedua kerana ia mengandungi ibrah sepanjang hayat iaitu solat. Justeru itu, mereka yang bijak dan ingin berjaya di dunia dan lebih lagi di akhirat akan berusaha menjaga solat dengan sebaiknya.

Rujukan
Isra’ dan Mi’raj oleh Syeikh Jalaluddin As-Suyuti dan Ibn Hajar Askolani
Sirah Nabawiyah oleh Syeikh Mustafa Sibaie
Rahiq Makhtum oleh Mubarak Furi

Sumber :http://langitilahi.com/12995

Jun 4, 2013

Rush Hour Versi Saya

Assalamualaikum , Malam ni hafiz dah mula risau dengan 2 Perkara . Homework dan Exam . Homework atau buah tangan istimewa dari cikgu belum hafiz siapkan . Oh Mengapa ? Exam Trial PMR dah dekat sangat-sangat. Oh mengapa?


Ummi Hafiz dah bising suruh hafiz study 
hafiz still Layan Movie Doraemon Ini .

Inilah diANTARA ratusan Buah tangan dari cikgu

Time Study Noh .

Jun 3, 2013

Ramadhan Sudah Dekat : Jadual Pengisian Ramadhan Masjid TGP

Assalamualaikum . Ramadhan .

Rmadhan dah dekat . Hurrm Persiapan mengahdapi Ramadhan ?
 InsyaAllah Lebih baik tahun ini dari tahun lepas. :D


Mutiara Kata Renungan Bersama

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”

49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”

54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”

56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”

57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”

59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn

64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.

65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi yang Maha Pengasih.

66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.

67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita 'wahai sayang'?

68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna :)

69. " Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! "

70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.

71. "... Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun Kau ilhamkan taubat kepada kami"

72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..

73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi

74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi'e

75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan kami,yang tidak kami terdaya.

76."Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

77. Manusia itu belajar dari kesilapan.

78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]

79. Allah itu dekat.

80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.

81. Belajar kerana Allah... inshaAllah akhlak akan berubah...

82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang lain.

83. Maksiat lawannya taat.

84. "Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci."

85. "Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat"

86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka menerima hambanya...

87. "Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah.." (Surah Yusuf: 86)

88. mulakan hari mu dengan memuji Allah....

89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..

90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa hidayah dan taufik dari Allah swt~ :)

91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.

92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

93. "Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta dengan hakikat itulah sempurna"

94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.

95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.

96. "cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan" (mafhum)

97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi kita?

98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya diri dulu. 'Diri' kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?

99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do'a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.

100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya - Prof muhaya.

CERPEN : Blok 3310 - Misteri Kehilangan Jantung


            Hujan turun dengan lebat di kawasan perumahan Emely seorang pelajar sekolah menengah yang berminat dengan penyiasatan dan bercita-cita menjadi detektif . Hujan yang turun itu adalah hujan permulaan semua misteri di blok Apartment dihadapan rumahnya , BLOK 3310 , blok 4 tingkat ini sudah lama tidak didiami kerana sering barlakunya gangguan makhluk misteri di blok itu . Blok 3310 ini juga tempat berlakukanya kes bunuh yang sehingga kini belum dapat diselesaikan oleh pihak polis . Walaupun rumah Emely berhadapan dengan Blok itu , dia tidak merasa takut dan mengganggap cerita hantu dan misteri dirumah itu hanyalah rekaan orang tua-tua untuk mengelakkan anak mereka masuk keKawasan Blok itu . Imbas kembali didalam pengkalan data kes Polis Diraja Malaysia , kes Pembunuhan Ngeri 3310 yang melibat sekeluarga dibunuh kejam dan mayat mereka diCINCANG . Lebih mengerikan sekeluarga 3 beranak yang mati dicincang itu berada dalam keadaan pelik kerana ketika-tiga mayat mereka dijumpai dalam keadaan baring dan JANTUNG mereka tidak dijumpai . Polis mengtakrifkan kes ini adalah kes bunuh kerana menurut saksi keluarga ini ada berhutang dengan Ahlong . Kes pada tahun 2000 itu ditutup oleh pihak polis dan kawasan perumahan Blok 3310 ditinggalkan dan mulai malam seminggu selepas kes ditutup , terdapat bunyi bising dan kelibat aneh dirumah itu .

                     Emely dengan berani telah membuat kajian mengenai kes itu , dia mendapatkan data dari bapa saudarnya Isn.Kamarudin seorang anggota polis yang terlibat dalam kes itu pada tahu 2000 , menurut bapa saudaranya mayat mereka bertiga dirumah itu selepas dicincang , suspek meletakkan kembali anggota badan mereka ditempat asal kecuali Jantung mereka hilang entah kemana . Emely merasakan perkara ini pelik dan mengambil keputusan untuk memasang kamera InfraMerah di dalam rumah yang berlakunya kes pembunuhan itu pada tahun 2000 . Pagi Sabtu Emely curi-curi keluar dan masuk kerumah tersebut di Aras Bawah Blok 3310 . Setelah selesai memasang kamera dan meletakkan siaran atas talian dan memeriksa rumah itu dari bilik tidurnya . Malam pertama kajian dilakukan , Emely mendegar suara pintu rumah tersebut diketuk berulang kali namun kamera tidak dapat mengesan apa-apa , Hari kedua hingga hari Ke-empat Emely masih menunggu dari ruang biliknya sambil menyiapkan kerja rumahnya . Pada hari yang ke-Lima pulangnya dari sekolah , Emely melihat sesuatu yang pelik , Kedudukan pandangan Kamera yang dipasangnya telah diubah . Emely membezakan kedudukan kamera yang dihalakan keruang bilik tempat mayat dijumpai pada hari pertama dengan keduduakan kamera pada hari yang kelima seolah-olah diubah kerana kedudukan Kamera pada hari yang kelima menghala kedapur .

                       Keadaan ini menghairankan Emely dan mengambil keputusan untuk membiarkan kamera disitu dan cukup seminggu dia akan kembali kerumah itu untuk mengambil semua kamera yang diletakkannya disitu. Hari yang keenam , pada malam Sabtu itu Emely perasaan ada kelibat seseorang lelaki bertopeng memegang pisau dan menghala keKamera itu dan memecahkan kamera itu dan berkata "Kita Sudah Diketahui Masanya Balas Dendam" . dan siaran terputus dan Emely dengan berani mengambil keputusan keluar dari rumah pada Jam 9.30 malam dan berlari ke BLOK 3310 untuk menangkap siapakah yang memecahkan kamera itu . Setibanya disana dia terhidu bau busuk dari rumah itu dan di melangkah masuk ke dalam rumah itu dan melihat kameranya sudah rebah kebumi dan Emely terkejut melihat lelaki yang memecahkan kameranya yang dilihat di Moniter biliknya telah mati dibunuh dan mayat lelaki tersebut memegang jantung . Dalam keadaan itu Emely tiba-tiba dikejutkan dengan tangan yang memegang bahunya dan memukul kepalanya dengan kayu . Emely jatuh dan pengsan disebelah mayat lelaku tersebut .

<Bersambung>

Hadis : SAHABAT

  SAHABAT - 


 
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
 
 
Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

 
Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

 
Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:
عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)


Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)


Berkawan Sampai Syurga...Insyaallah~

Memori Semalam

HafizAhyat©2013

Assalamualaikum . | Memori Semalam | 2013

Memori Semalam , Semalam 2/7/13 hafiz , mak hafiz , abang hafiz pergi menyantap makanan kenduri di Laguna Merbokk bersama Kelaurga MAK JANG . Kau ada  . hehe Hafiz just nak berkongsi memori semalam , memang best sebab makan tepi kolam , dah rasa macam orang kaya walaupun sebenarnya SI KENDURI yang kaya  . Kawan dengan orang Berada boleh terasa tempias orang berada  Hehheh bak kata hadis :


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud) ".