Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

May 15, 2013

CeritaIkhtibar : Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.

Peperiksaan Dalam Ujian

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته




Peperiksaan DALAM ujian , Selama 2 minggu ana menjalani PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN , ana bukan saja menjalani Peperikasaan , ana juga menjalani UJIAN ALLAH . Ana menghidap demam selsema yang agak SEDIKIT teruk . Batuk, Bersin , selsema , demam panas adalah antara ujian ana , sampai kadangkala ana tidur 15 minit ketika menjawab Peperiksaan P.T .... Mungkin ini adalah ujian penentu kejayaan , ana akan teruskan tanpa segan silu ..  Dalam menjawab peperiksaan juga ana menjalani satu ujian yang melarikan KONSETRASI ana menjawab iaitu , ana terbayang wajah SIDIA , SIDAIA? siapa? , Sidia yang membuatkan ana jatuh hati dengannya . SIAPA? , lupakan itu rahsia ana . Ana sebenarnya tak faham , jawab Math ingat dia , Jawab BM - ingat dia .. yaAllah mengapa jadi begini adakah ini ujian dalam Peperiksaan atau Peperiksaan dalam Ujian? Jawapannya HanyaAllah Yang Maha Mengetahui . Sampai menjawab Peperiksaan menuju masa depan ini juga wajhnya terbayang , ana takut apabila PMR , Bercakap tentang PMR , ana terfikir selepas PMR kemana hala tuju ana ? adakah ana masih mampu melihat wajhnya di Sekolah ? atau dia akan berpindah kesekolah yang lebih baik? atau ana yang perlu berpindah ? Ana mahu mengambil STAM .. Ana mahu ke UniAl-Azhar , tapi masalahnya Ana tidak punya Basic Agama. YaAllah . Kenapa dulu semasa muda saya tidak merasakan agama itu besar?. 

May 10, 2013

Kenapa Ana Takut ?

  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Kenapa Ana boleh takut dengan DIA , Ana berani berhadapan ribuan penonton ketika berpidato , mampu berhadapat dengan ratusan pelajar ketika berucap diSekolah , ana berani meluahkan pendapat ana kepada Guru-Guru , namun ana takut dengan DIA , DIA hanya seorang wanita tetapi aku takut untuk bersuara , walaupun dengan hanya memberi salam ? Kenapa ana jadi sePenakut seperti ini hanya dengan DIA seorang Manusia ? Persoalan itu yang ana selalu mainkan dikotak minda dan hati ana . Ana tidak berani untuk berdiri  berdekatan dengan DIA , walaupun hanya untuk menuntut Ilmu ? Mengapa ? Mengapa Allah letakkan perasaan takut dan Malu ini . Mungkin ada hikmahnya . Jujurnya punca utama buatkan ana menjadi kekok untuk berbicara dengan DIA adalah disebabkan oleh Ana Tidak pernah cakap dengan DIA dari darjah 3 . Lamanya . Mungkin ini faktor utama . Persoalannya kenapa Ana boleh jadi sePenakut itu . YaALLAHminggu depan ana sudah mahu berperang , berperang memerah otak berfikir , Minggu depan PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN . Ana akan tolak tepi hal KETAKUTAN ini dan bangun untuk belajar. TAHUKAH ANDA saya telah melanggar beberapa Undang-Undang DARURAT utama iaitu , Menggunakan Laman Sosial dan internet serta tidak mengulangkaji pelajaran walaupun undang-undah DARURAT memutuskan 2 JAM sehari


Cik Tom Mengaji Taranumm ?

Assalamualaikum



Pulau Pinang -  Satu fenomena kuasa Allah di sini telah membuktikan Tom Sikucing bertaranum , CikTom atau nama sebenar , KunTOM adalah kucing dari siam dan tersesat disini. Beliau telah menyertai MTQ- Peringkat Kebangsaan dan telah mendapat naib Johan . Sebenarnya , Tom ini adalah satu aplikasi yang digunakan sebagai hiburan tapi kini menjadi satu medan dakwah . TOM si Kucing kini menjadi satu medium untuk merakam Al-Quran menjadi satu penyedaran , Sedangkan Kucing reti mengaji .. inikan kita manusia.


 

Persiapan Peperangan .

  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
 
 
Saya Yang Dipertuan Blog , Dato'seri Muhammad Hafiz Bin Muhammad Ahyat , dengan ini melancarkan strategi Persiapan Perang , demi menjaga keamanan Diri dan Ilmu didada . Selapas saya melancarkan darurat tempoh hari saya ingin berkongsikan persiapan Peperangan . 
 
#SEBENARNYA SAYA BELUM BERSEDIA!!
Tidak sekejut mana , yang lebih mengejutkan , mengapa saya melanggar peraturan darurat dengan menggunakan laman Internet ? hehehhe Tepuk dada tanya Hati .. Berusaha, Berdoa TANDA TAWAKAL kepada ALLAH......
 
TAKBIR!!!!!!!! - Panji Hitam Sudah Dinaikkan .. Ayuh Kita turun ke Medan Peperangan , Peperangan Ilmu Allah . Fardhu Ain

May 4, 2013

DARURAT

Assalamualaikum ,

Saya Yang Dipertuan Blog , Dato'seri Muhammad Hafiz Bin Muhammad Ahyat , dengan ini mengistiharkan DARURAT berkuatkuasa ESOK 5 . MEI 2013 (Ahad) sehingga 31 MEI 2013 (Jumaat) . Pengistiharaan Darurat ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN .

Peraturan Ketika Darurat .

Anda Tidak Dibenarkan :

  1. Tidak dibenarkan menggunakan Alat Komunikasi kecuali Kecemasan 
  2. Tidak dibenarkan menggunakan Komputer Kecuali Atas Hal Sekolah 
  3. Tidak dibenarkan keluar rumah , kecuali Kecemasan dan mempunyai hal Mustahak 
  4. Wajib mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya 2 Jam Sehari . 
Dan beberapa Peraturan yang bakal diputuskan dari semasa ke semasa.

Sekian  .

Yang Menurut Perintantah

h#f1)

Dato'seri Muhammad Hafiz Bin Muhammad Ahyat





Ish.-Ish.-Ish. Ingatkan darurat betul , Ana sebenarnya mengistiharkan darurat ini bagi memastikan persediaan ana menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun sekaligus Penilaian Menengah Rendah . Peperiksaan yang akan berlangsung pada Minggu-Minggu depan ini adalah penentu hala tuju ana.  HEHEHHE

May 3, 2013

Hadir Sekadar Impian

Assalamualaikum ,


Hadir sekadar impian , engkau hadir dikala ana sedang mimikirkan masa depan , hala tuju ana kian rungsing , mengapa ana perli mengingatimu sedangkan Cinta anaTerhadap ALLAH masih ditahap yang kurang memuaskan, jujurnya ana memang mencintaimu wahai Hawa , namun ana rasa , ana tidak sanggup menduakan Cinta Ilahi , ya Ana mencintaimu tapi cinta Allah mengatasi segalanya , Jika soal hati ana tidak mahu memaksa , ana tidak mahu dipaksa dan ana tidak suka melihat Kamu wahai Hawa Terpaksa senyum tidak ikhlas kerana ana , Ana tahu , Ana sedar ana memang tidak sekufu sebab itu ana yang jadikan kehadiran anti sekadar impian yang agak Mustahil untuk dicapai . Orang kata cinta tidak boleh dibeli kerana cinta datang dari hati , mungkin ana mencintai anti , tetapi ana tidak mahu memaksa anti kerana ana tahu bahawa hati hawa tidak suka dipaksa . Macam ana tahu ? Jawapannya Mudah ..



Hawa dijadikan dari rusuk kiri Adam , Yang Bengkok , Jika dipaksa untuk luruh ianya akan patah , dan jika dibiarkan ianya akan terus bengkok. Hawa dijadikan dari rusuk kiri yang dekat dengan hati , jadi jika dia benar pemilik pemilik tulang rusuk Ana , tentunya hati ana dan hati nya bersama .  Apapun bukan masanya untuk ana fikirkan itu semua , kerana bagi ana perjuangan masih jauh . Masih ada banyak lalaun yang ana perlu lalui . Tangga Utama PMR . Jika anti membaca setiap warkah cinta yang ana tuturkan di laman cetusan idea iaitu blog ana , anti akan mengetahui isi hati ana , Tapi ana tidak mengharapkan apa-apa kerana Allah bersama Ana

May 1, 2013

Bukan Dari Mulutku

Assalamualaikum ,

Walaupun ana tahu , dah berjuta kali sahabat anti bagitahu ana , dan ana sendiri telah syak yang anti mengetahui isi hati ana , tapi ana pasti yang anti tidak pernah dengar luahan sebenar dari mulut ana , Ana boleh jadi seperti sahabat ana yang lain , sahabat yang mempunyai hasrat yang sama iaitu menyukai anti , sahabat ana yang lain jauh berani untuk meminta no telefon , bercakap mahupun memberi hadiah UlangTahun kelahiran . Tapi bagi ana biarlah ana mendiamkan diri , ana tidak berhak untuk menentukan siapa yang anti suka , ana juga gembira jika anti gembira memilih Insan yang anti suka . Allah mengurniakan hati dan akal agar sama-sama saling membantu supaya tidak dikawal Nafsu .



 GoogleImage

Ada orang tanya kenapa ana tertarik dengan Anti .. Jawabnya , Hanya Allah yang tahu ... Tapi  AKHLAKmu wajahmu , dan Ilmumu itu yang buat ana tertarik . Tapi selbihnya Allah yang mengaturkan hati ana tertarik kepada anti dari ana di bangku sekolah Rendah .

Aku hanya mampu tersenyum kerana Rahsiaku masih tersimpan didalam mulutku , Takkan ku luah , masanya belum tiba... 


Mimpi gapai Mimpi

Assalamualaikum , 

Mimpi biasa dikaitan dengan tidur , namun bukan itu yang ana mahu katakan , yang ana mahu katakan adalah mimpi itu adalah IMPIAN , impian . Bercakap dengan impian , ana punyai banyak impian , impian yang utama tentunya ana mahu menjadi Seorang Penghuni Syurga dan Seorang Khalifah Dunia. Dalam hidup ana , ana punyai impian untuk menjadi seorang pendakwah , gaya penyampaian ana dan bakat yang ana ada adalah 100% hak Allah dan ana mahu gunakan kejalan Dakwah . Impian ana , ana ingin menjadi seorang pendakwah yang berilmu , dan ana ingin Mati Syahid , jika boleh ana mahu terbitkan buku dakwah . Macam yang dilakukan oleh ustaz-ustaz yang lain :D . Ana mempunyai perancangan jangka panjang , entah adakah ana mampu atau tidak ana redha kerana itu semua kehendak Allah .

Perancangan Ana

  1. PMR 
  2. SPM
  3. STAM
  4. UniAl-Azhar.
  5. Pendakwah berilmu
IhaveAdream-Google

ini perancangan ana , tapi perancangan Allah jauh lebih baik . Sepulang ana dari misi Pendakwah berilmu , ana mahu lakukan satu Ibadah yang ana rasa perlu iaitu Kahwin , dalam list ana , kahwin berada selepas berilmu kerana ana mahu kumpulkan ilmu untuk menjadi Imam kepada keluarga Ana. Ana juga mahu menambah umat Islam ...

Semua terletak ditangan Allah . Allah tahu yang mana terbaik .

AkhirKalam , Wassalam




Sebuah Kata Terkunci Mati

Assalamualaikum , 


Sebuah kata terkunci mati , kata itu kadangkala membuatkan ana rungsing , rungsing memikirkan apa yang ada dengan sebuah kata jika ianya terkunci mati dalam hati . ana tidak mampu untuk melafaz kata , jika ana melafazkan jatuhlah erti persahabatan kepada erti percintaan , bukan masanya untuk bercinta , biarkan perasaan ini terkunci mati sehingga masanya tiba , kunci dibuka . memahami erti itu , jujurnya benar tidak dinafikan ana memang mempunyai perasaan kepada Dia namun ana tidak pernah mengharapkan agar dia juga mempunyai perasaan kepada ana , ana tidak berhak menentukan siapa yang Dia suka , namum ada masih mempunyai Allah tempat ana mengadu . Ana fikir ana memang tidak layak untuk meluahkan kata itu , kerana dia jauh lebih baik dari ana . Orang kata tidak SEKUFU . Sekufu ? Apakah sekufu ? 


Sekufu ialah persamaan (setaraf) diantara calon suami dan calon isteri. Persamaan ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu:-
  1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah.
  2. Pekerjaan. Contohnya lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu tidak setaraf dengan anak perempuan tokoh korporat.
  3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
BiarkanCintaItuDiam-Google


Inilah sekufu , jika dilihat ana memang TidakSekufu . Ana bukan lahir dari keluarga yang berada , namun ana bersyukur dengan apa yang ana ada. Kadangkala dikelas , ana cuba pejamkan mata dan bayangkan , Dia pergi jauh dari ana , dan disetiap Kuliah di sekolah , ana cuba untuk tidak melihat wajah Dia , tapi sukar . Ana tidak sangka ianya lebih sukar dari apa yang sangkakan . Mungkin ada pembaca yang mentafsirkan ana ini seperti "Kemaruk, Seronok Sendiri , Bertepuk sebelah tangan " tapi ana tidak pernah kisah dengan apa sekalipun tafsiran yang diungkapkan , kerana Cinta Dalam Diam mampu untuk mengubah dunia . Sejerah Islam telah membuktikan Cinta Mulia Bersenikan Diam juga berkesan........

Saidina Ali, sepupu baginda , memendamkan rasa cinta dan tidak pernah diberitahu kepada seorang Gadis yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Akhir pencintaan DIAM ini , mereka tetap bersama. 

Untuk Bacaan Penuh sila ke -> http://www.inihidupkuhafiz.blogspot.com/2013/02/cinta-mulia-bersenikan-diam.html

Coretan hidupku untuk hari ini berakhir dengan ucapan 

ASSALAMUALAIKUM