Selamat Datang

BLOG PERIBADI , DISAMPING MENGEJAR REDHA ILAHI .

BERTAQWALAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

Koleksi Cerpen

Jom Baca Koleksi cerpen karya : MIKJA_MHMA99 di blog ini . :D - Sebuah Mikja , Mikja ? MEMORI ITU KITA JAGA , karya tulisan sebuah memori

Pages

Feb 28, 2013

Cinta Kerana Allah Atau Nafsu?


Assalamualaikum . 

Hari ini Hafiz ingin berbicara tentang cinta ..
Apa ada denga cinta Jom Baca :D Adakah kerana Allah Atau Nafsu.....


kerana Allah atau kerana nafsu??? tepuk dada tanya hati… kalau boleh biarlah cinta kita itu kerana Allah. kenapa?? sebab apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat la untuk cinta Allah di hati kita ini…oleh itu banyak2 kan la berdoa supaya cintaNya sentiasa mekar dihati kita ini..

Ya Allah kurniakanlah cintaMu dan juga cinta orang yang mencintaiMu dan jadikan lah cinta terhadap Engkau melebihi dari segala yang kucintai..
Jika kita cinta kepada manusia, cinta kita mestilah yang boleh menghampirkan diri kepada Allah bukan menjauhi kita dariNya. dengan ini kita kena la pastikan apakah cinta kita itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta kita itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta kita itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta kita itu didorong oleh nafsu.
tapi kita tak boleh nak jangka jugak.. kadang2 cinta tu datang tanpa kita minta pon..macam “cinta pandang pertama” yang sememangnya datang tanpa diundang dan boleh menganggu minda dan imaginasi.
kalau jadi macam ni kita digalakkan buat solat sunat istikharah dan berdoa.. 
Ya Allah,, aku suka pada orang ini.. jika dia adalah pilihan tepat untuk aku dunia akhirat maka pertemukanlah jodoh kami.. jadikanlah dia isteriku(atau suami) tetapi jika sebaliknya maka elakkanlah ia..
jika kita cintakan seseorang,,, minta la kepada yang menciptakannya iaitu Allah S.W.T kerana orang yang kita cintai itu juga makhluk Allah. Allah yang berhak menjadikan makhluknya sama ada suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini,,, terus direct kepada empunya diri…pape pon pikir2kan la ye..
kita hanya merancang,, Allah S.W.T yang menentukan segala2nya…

Feb 24, 2013

Apa Tujuan Hidup Kita ?

Assalamualaikum.


                   Dulu sewaktu kecil Hafiz Ditanya mengenai cita-cita , Hafiz menjawab cita-cita saya ingin jadi seorang Doktor . Ditanya soalan yang sama bulan hadapan , jawapan Hafiz "cikgu" .  Setiap kali ditanya pasti berubah. Bila difikirkan balik soalannya utamanya yang Hafiz jarang dengar ialah " Apa tujuan Hidup? " .
                    Tapi kan, kadang-kadang Hafiz terfikir. Adakah ni je kitaran hidup saya? Belajar, kerja, kahwin, dapat anak, jadi tua dan kemudian mati? Hafiz rasa bukan Hafiz sahaja yang fikir macam ni. Mesti ramai juga yang terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan hidup kita? Hidup terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama hari ke hari. Dan kita perhatikan manusia di sekeliling kita. Mereka juga melakukan rutin harian yang sama. Keluar pagi-pagi untuk pergi belajar atau bekerja. Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat. Esoknya rutin yang sama lagi tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga mahu menjadi seperti mereka atau adakah kita salah seorang daripada mereka?
                     Sebelum mengenali Islam yang Hakiki , Hafiz juga ingat hanya inilah kitaran hidup yang akan Hafiz jalani. Rupanya Hafiz salah. Salah besar. Sebabnya bukan ini sahaja tujuan kita diciptakan dan hidup kat dunia ni. Ada orang beritahu Hafiz  " Awak, Allah jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin dan dapat anak je. Kita ni orang Islam. Ada sebabnya Allah jadikan kita. Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."
Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita: 

1.      Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)
2.      Sebagai khalifah.
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
(Al-Baqarah, 2: 30)
3.      Berdakwah. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik". 
(Ali-'Imran, 3: 110)

Feb 23, 2013

Cinta Mulia Bersenikan Diam

                   Assalamualaikum. Cinta. Sebagai remaja tentunya kita tidak lari dari perasaan sayang, suka , cinta . Kerana itu adalah sifat Allah yang Allah berikan kepada kita . Tapi kita seringkali menggunakan perasaan ini untuk kearah kemaksiatan. Cerita dibawah ini mmbuktikan kita bahawa DIAM juga boleh menentukan JODOH . Harta perkara kedua dalam perkahwinan.

**********************************Rujukan***

Mungkin ada yang pernah mendengarnya, atau membacanya, tetapi, ibrah di sebaliknya di abaikan, rasanya kerana cinta ini sukar diterima masa sekarang. Hakikatnya, bukan sukar untuk melaksanakannya, semua dari keteguhan hati kita, bagaimana untuk menepis bisikan-bisikan iblis yang cuba menyelinap di jiwa insan yang bercinta. Terpulang kepada pemikiran kita, untuk menafsirkan sebuah kisah, kisah cinta yang bersenikan diam.


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya.
Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya.” begitu batin Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasul-Nya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi teman perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah, hingga banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar. Uthman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab semuanya hasil dakwah dari Abu Bakar. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali.
Lihatlah berapa banyak hamba muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar. Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud, semuanya berhutang budi dengan Abu Bakar. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih mampu membahagiakan Fathimah. Sedangkan Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.
Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, kini dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali. Sewaktu Ali melihat datangnya Abu Bakar dengan tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak Abu Bakar dengan segera menjelaskan kedatangannya. “Hai Ali, engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w.
Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar itu, Saidina Ali mula mengalirkan air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan diriku sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang mengkehendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar menjadi terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali, Abu Bakar berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar berhasil mendorong keberanian Ali untuk melamar puteri Rasulullah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian, Saidina Ali datang menghadap Rasulullah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salamah Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah mendahului berkata: “Hai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga, yakni hidup bersama dengan seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasulullah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “Engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat Rasulullah mengucapkan kata-kata ijabkabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dengan baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
Ali terpana. Kemudian dia berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
*********************************************
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar.
Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhai-Nya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita.
Berusahalah ke arahnya, kerana jika kamu ingin memiliki cinta, pasti kamu akan berusaha ke arahnya. Kerana usaha itu pasti akan menambah keyakinanmu, dan menghilangkan keraguanmu. Yang penting dengan jalan yang diredhai-Nya.
Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.



Feb 21, 2013

TIPS : Tips Mengatasi Ketakutan

Assalamualaikum.

                 Mungkin Hafiz dah lama tidak meng-update blog ini. Dah bersawang . Sebab hafiz sibuk meghadapi cabaran hidup di Tingkatan Tiga dengan penglibatan Hafiz dalam :

  • Pertandingan Bahas Ala Perlimen 
  • Pertandingan syarahan agama (Spontan)
  • Choral Speaking 
Jadi Hafiz nak kongsi satu tips untuk korang semua pembaca yang Dirahmati Allah . Tidak dinafikan bahawa  apabila berada di majlis-majlis atau aktiviti atau pertandingan yang disaksikan oleh ribuan mata mesti hadir dalam diri perasaan takut. Disini Hafiz ada ubat mengatasi masalah takut berhadapan dengan jutaan mata. Ianya juga boleh digunakan untuk mencari ketenangan contohnya ketika : 

  • Sebelum Peperiksaan
  • Ketika berhadapan dengan guru ( -ketikabuatsalah)
dan sebagainya.


Caranya :

  1. Reset Minda dengan berkata "AKU BOLEH BUAT" 
  2. Angkat tangan kanan dan letakka di dada kiri ( Betul-betul Jantung )
  3. Baca Surah   Surah Ash-Syar-h :







#TipsTambahan:


SEELOKNYA BERWUDU'