Assalamualaikum. lama jugak tak mengupdate blog aku nie . yelalah takda masa. tapi tak pa lah aku nak terus ketajuk.. Bacalah yer :
Pada
tahun akhir 2012 aku telah dihantarkan kesekolah budak-budak jahat kerana telah
mencederakan guru ketika mengajar perkara itu aku sendiri tidak menyedari. Aku
seolah-olah dikawal oleh sesuatu. Kalau hendak diikutkan aku sebenarnya seorang
pelajar yang baik disekolah namun sejak akhir bulan April 2012 aku sering
dimarahi oleh guru itu , sehingga membuat aku marah dan membaling kaca cermin
tingkap kepada guru tersebut yang mengakibatkan guru tersebut dimasukan ke
Hospital selama 2 hari kerana cedera ringan. Sewaktu aku bersekolah aku amat
mencintai seorang kawan aku , iaitu
#, aku sering menemainya pulang kerumahnya .Namun selepas peristiwa
itu berlaku aku tidak lagi berhubungan dengannya. Aku juga bersahabat baik
dengan Azim , Aizzat dan Nabil. Melalui peristiwa itu aku dihantar kesekolah
tersebut dalam tempoh masa 3 tahun . Pada awal tahun 2015 aku telah dibenarkan
pulang selama sebulan untuk menjeguk kehidupanku, dan untuk merawat rindu yang
lama.
Aku
dihantar pulang oleh pihak polis dan masih dibawah pengawasan pihak polis . Aku
meminta kebenaran untuk mereka menghantar aku pulang ke rumah ku untuk aku
berjumpa dengan keluargaku,selepas sampai kerumahku aku terkejut kerana disitu
tiada siapa yang tinggal. Aku terus mencengah kerumah jiran sebelahku. Aku
menanyakan soalan kemanakah keluargaku lantas jiranku menjawab mereka semua
telah pindah sebulan aku dihantar kepenjara pada tahun 2012 diatas alas an mahu
menenagkan diri.Aku menyoal kembali kepada jiranku , kemanakah mereka pindah. Namun
jiranku hanya menjawab tidak tahu. Aku terus menangis dihadapan rumah ku yang
sudah meninggi rumputnya.Aku terus meminta kebenaran untuk menjeguk kerumah
# rakanku . Setelah sampai kerumahnya aku di sapa baik oleh keluarganya.
Selepas makan tengahari aku melihat sewaktu makan tadi # tidak ada bersama.
Aku Tanya kepada ibu # kemanakah #?. Ibunya menjawab dia telah ke
Universiti untuk melanjutkan pelajaran.Aku menceritakan pengalaman aku di
tahanan kepada Ibu # Aku menanyakan
sekali lagi bagaimanakah keadaan #, ibunya menjawab semuanya ok .
Pihak polis terus menghantarku ke
sekolah menengah lama ku. Sewaktu sampai
keSekolah , pada hari itu ada perjumpaan semula Pelajar dan ibu-bapa pelajar
sesi 2012 aku lihat semua sahabat ku seperti Azim dan Aizzat sudah menjangkau
usai belia. Sewaktu disitu aku melihat Nabil rakan lamaku sudah tidak
mengenaliku dan hanya buat tak tahu sahaja kepadaku, Aku pelik . Tidak
mengapalah aku tahu aku ini banduan. Aku mengangis melihat semua sahabatku
berkeluarga, Aku tidak. Aku menangis.Aku berdoa kepada Allah bahawa pertemukan
aku kepada keluargaku. Secara ajaibnya keluargaku juga berada disitu . Aku
berlari ke keluargaku dan memeluk mereka , itu lah orang kata benda paling
berharaga adalah benda yang kita hilang. Aku menangis melihat kearah Ibu ku
yang tidak berkata apa-apa. Lalu aku dengar perkataan keluar dari mulut ibuku.
Kamu tak penat ke. Aku menangis. Tiba-tiba aku terjaga dari lena . Rupanya aku
bermimipi. Selamat aku. Sewaktu aku terjaga aku masih menangis.